Sunday, January 4, 2015
Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W.
Kelebihan selawat adalah 1) Dapat melaksanakan perintah Allah. 2) Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah S.A.W.3) Bersamaan dengan selawat para malaikat.4) Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat diucapkan (Selawat daripada Allah bererti rahmat) 5) Dikurniakan Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat. 6) Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat. 7) Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.8) Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.9) Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W. 10) Mendapat keampunan daripada Allah serta ditutup segala keaiban.
11) Allah akan menutupi segala dukacita.12) Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W.13) Mendapat darjat al-Siddiq 14) Dikurniakan segala hajat. 15) Kesejahteraan pada hari kiamat.16) Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas seseorang yang berselawat.17) Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.18) Kesejahteraan ketika keadaan huru-hara pada hari kiamat.19) Rasulullah S.A.W. akan menjawab secara langsung ke atas selawat yang dibacakan.20) Mudah mengingat semula perkara yang lupa. 21) Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.22) Tidak akan jatuh fakir 23) Terpelihara daripada sifat bakhil. 24) Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W. kepada yang berselawat.
25) Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.26) Menjauhkan seorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.27) Berselawat menyempurnakan qalam pujian Allah, apabila disebut di dalam doa maka ia akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.28) Selamat melepasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.29) Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.30) Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.31) Mendapat keberkatan daripada Allah.32) Mendapat kesempurnaan iman.33) Kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.34) Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.35) Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah S.A.W. secara langsung. 36) Teguh pendirian dengan iman.
37) Berselawat bererti menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah S.A.W. ke atas diri kita di samping ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah S.A.W. kepada kita.38) Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur ke atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.39) Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah S.A.W. di dalam jiwanya.40) Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah S.A.W.di dalam jiwanya.41) Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Sheikh dan Murabbi.42) Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allahhhom masolli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad....Allahhu Akbar...Mudah-mudahan ana terbiasa dengan berselawat kepada mu Ya Rosulullah sallaulah hu alai hi wassallam...
ReplyDelete