Friday, January 9, 2015
Segalanya Allah
Gugur bunga kerana layu. Gugur iman kerana nafsu. Gugur cinta kerana cemburu.Tertawa kerana bahagia. Menangis kerana derita. Bertaubat kerana dosa. Beribadah kerana takwa. Hidup tanpa cinta pasti hampa. Hidup gila harta pasti celaka.
Hidup penuh dosa akan ke neraka. Hidup bersyukur in sya Allah akan bahagia. Biar putus cinta dengan manusia tetapi JANGAN PUTUS CINTA DENGAN ALLAH. (Juriah Ibrahim).
Bila sasaran gagal dicapai, perasaan kecewa akan melanda. Untuk menjadi insan yang tidak berputus asa, terimalah ujian ini dengan reda dan uruslah masa kecewa dengan cara:
- melazimi zikrullah,
- meyakini hikmah Allah dengan beriman kepada qadak dan qadar,
- bersikap positif,
- menjadi insan yang optimis,
- jangan terlalu lama mengenang masa lalu,
- pandang ke hadapan dan cuba capai sasaran sekali lagi dengan pelan yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaiklah pepatah-petitih nih...selayaknya dijadikan renungan seterusnya pegangan hidup melalui liku-liku hidup penuh ranjau berduri nih...berisikan pedoman ..dan kata-kata nasihat penghibur duka lara walaupun sekadar seimbas bicara...Jazakallahhuhoiran..
ReplyDelete