Sunday, December 23, 2012

Rahsia Perniagaan Waktu Pagi



serenemaklong.blogspot.com


WAKTU pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.

Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Seringkali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi - beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, difikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.

Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi.

Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari. (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Semua usahawan dan orang berjaya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan kerja anda di awal pagi, selepas rehat yan secukupnya, anda akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!

(Tulisan oleh Irfan Khairi)

No comments:

Post a Comment