ALHAMDULLIAH,
jika anda sudah memakai tudung kerana
Allah SWT. Jangan sesekali memandang hina mereka yang tidak bertudung. Lebih
baik mendoakan agar Allah SWT membuka hati mereka untuk menutup aurat.
Memakai
tudung perlu menepati syarat dalam Islam. Allah SWT berfirman: “...hendaklah
mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” (Surah
An-Nur: Ayat 31).
Cara berpakaian juga perlu sopan bertepatan dengan
pemakaian tudung menutupi paras dada 360 darjah. Ia bermaksud, bahagian depan
dan belakang perlu sama panjang. Tip pemakaian tudung.
Anak
Tudung – Jika anda gemar memakai selendang daripada fabrik jojet, satin
atau pun sifon yang licin, seelok-eloknya sarungkan anak tudung terlebih
dahulu. Guna anak tudung buatan fabrik lycra kerana selendang tersebut
akan mudah dibentuk serta terletak dengan cantik.
Warna
Terang – Hitam dan putih adalah warna selamat untuk
dipadankan dengan apa jua warna. Namun boleh guna yang berwarna untuk mengubah
penampilan diri. Gunakan warna terang pada selendang agar wajah kelihatan lebih
segar dan bersemangat. Warna yang pudar, gelap atau pun kedam akan membuatkan
wajah seperti lesu dan tidak bermaya.
Corak
Tudung – Corak yang terlalu penuh pada tudung akan menyerabutkan
penampilan. Cukup sekadar renda, kerawang, jemeki atau pun corak bunga di
hujung selendang sahaja. Corak yang ringkas ini sudah boleh melengkapkan gaya
manis. Jangan sesekali memilih corak berunsur binatang yang kontra dengan budaya
Islam.
Sanggul
Belakang – Kewujudan sanggul di belakang kepala membuatkan
tudung beralun cantik, tetapi anda perlu ingat dosa yang perlu ditanggung.
Sanggul yang terlalu tinggi bukan mengikut ajaran Islam.
Nabi
Muhammad SAW bersabda, mafhumnya: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang
belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk
memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala
mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium
selama perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)
Pendedahan
bentuk leher dilarang dalam Islam walaupun ditutupi dengan kain tudung yang
nipis. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang meniru fesyen sebegini sekarang
ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka ia termasuk daripada golongan mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan
oleh Ibnu Hibban).Oleh itu, ubah gaya tudung sekarang sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment