RAMAI yang pandai cakap
tetapi tidak buat apa yang mereka cakap. Ramai yang jadi hero Facebook tetapi
zero di luar sana. Ramai yang konon berilmu tetapi ilmu entah hilang ke mana
bila bab politik. Caci maki dan buka aib menjadi santapan harian. Mencari dalil
agama bagi menghalalkan perbuatan buruk. Yang sepatutnya menjadi benteng agama
kini telah menjadi benteng bangsa dan parti. Usah tuduh pihak lain tetapi
cerminlah diri sendiri dahulu.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu
tidak lakukan!- As-Saff 61:2
Itulah realiti yang berlaku. Politik
tidak boleh bercampur dengan agama sebab kita tidak mampu mengikut sunnah
Rasulullah s.a.w. waima dalam bab politik sekalipun. Cucu nabi s.a.w. sayyidina Hassan r.a. yang sanggup
memberikan kuasa khalifah kepada Muawiyah r.a. kerana mahu memelihara kesatuan
ummah.. Allah ta'ala tidak akan mensia-siakan pengorbanan cucu kesayangan nabi
s.a.w ini kerana di akhir zaman kelak pemimpin umat Islam adalah daripada
keturunan sayyidina Hassan r.a. InsyaAllah, kalau hati kita sedih lihat ummah
berpecah belah apatah lagi nabi s.a.w?
Kita sama-sama ambil iktibar surah al hujurat ayat
11-13:
Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh
jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain
(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari
wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan
janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk
panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak
bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah
al-Hujurat (49) ayat 11)
Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang
dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah
al-Hujurat (49) ayat 12)
Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Surah
al-Hujurat (49) ayat 13)
Sekadar peringatan kepada diri sendiri yang selalu
alpa.Yang baik datang daripada Allah sahaja, yang buruk datang dari kita
sendiri.
(Sumber:Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)
(Sumber:Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)
No comments:
Post a Comment