MARI renung-renungkan cerita di sebalik
gambar ini.
Keluarga lelaki ini tinggal di Gombak.
Disebabkan anaknya belajar di Institut Perguruan Melaka, dia bersedia melakukan
apa sahaj untuk menghantar anaknya ke sana.
Bertolak dari Gombak pada pukul 3 pagi, beliau dan anaknya masuk ke Seremban
ikut Bukit Putus. Mereka berdua solat subuh di Nilai, meneruskan perjalanan dan
bersarapan di Kuala Pilah, kemudian ke Melaka melalui Tampin.
Jalan ini jauh juga dengan selekoh yang
tajam dan lori-lori besar yang ulang-alik. Cuba bayangkan bagaimana dua beranak
ini melalui jalan ini dengan beg dan bekalan mereka. Inilah wajah seorang ayah
yang sanggup bersusah payah agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya
sendiri. Semoga Allah memberi rezki melimpah ruah kepada keluarga mereka.
Kepada
semua anak,hargailah pengorbanan ayah, bapa, walid, daddy, papa, baba kita
selagi mereka masih hidup.Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang
bernama anak.
Jangan
ingat hidup kita paling susah. Ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding
kita. Jangan sombong, kedekut ketika kita senang. Kita belum tahu bagaimana
keadaan bila Allah menguji kita dengan kesusahan satu hari nanti. Selamat
beramal!
No comments:
Post a Comment