Wednesday, November 18, 2015

Derita Sakit

Hadis riwayat Aisyah r.a., dia berkata: "Biasanya apabila ada seorang di antara kami menderita sakit, Rasulullah s.a.w. mengusapnya dengan tangan kanan beliau, kemudian beliau berdoa: 'Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia! Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.'
"Ketika Rasulullah s.a.w. menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan beliau untuk melakukan seperti yang biasa beliau lakukan. Namun beliau menarik tangan beliau dari tanganku kemudian berdoa: 'Ya Allah! Ampunilah aku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A`la (Tuhan).' Aku bergegas untuk melihat, ternyata beliau telah wafat." [ HR.MUSLIM No:4061]

Bersahabat Dengan Malaikat

Bagi diri manusia, HATI adalah RAJA. Dalam KERAJAAN HATI manusia itu ada 2 kementerian iaitu KEMENTERIAN MALAIKAT dan KEMENTERIAN SYAITAN.
MALAIKAT, makhluk yang dicipta dari NUR ALLAH, bertubuh ghaib, tidak berjantina lelaki atau perempuan, tidak akan mati sebelum tiba Hari Kiamat dengan bilangan yang tetap, tidak melakukan dosa kepada-Nya. Mereka hanya melakukan apa yang Allah perintahkan tanpa ada inisiatif melakukan perkara lain. Mereka mengawasi, mengiringi dan membawa lintasan hati berupa ilham ketuhanan dari Allah kepada manusia.
SYAITAN dicipta dari API dan bersifat kufur kepada perintah Allah. Bertubuh ghaib, mereka membisikkan tipu daya yang menjerumuskan manusia ke arah kejahatan.
RAJA HATI manusia yang memperoleh sesuatu AJAKAN MALAIKAT, hendaklah dia memuji Allah (bertahmid) kerana itu adalah KURNIA ALLAH. Sesiapa yang menemui AJAKAN SYAITAN, hendaklah dia MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH dari tipu daya. Iman yang kukuh dan menjauhi maksiat memudahkan manusia BERSAHABAT DENGAN MALAIKAT.Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a.: Nabi s.a.w. sentiasa solat empat rakaat sebelum Asar dengan dipisahkan dua kali salam, MEMBERI SALAM KEPADA PARA MALAIKAT MUQARRABIN dan para pengikut mereka dari kalangan ORANG MUSLIM DAN MUKMIN.[Biografi Malaikat oleh Ustaz Dato' Badli Shah dalam program Cinta Ilmu di TV Al Hijrah.]