Monday, May 1, 2017

Keperibadian - Bukan Lawak Murahan


Firman Allah S.W.T.:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan lelaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka.

Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik ...."

[Al-Hujurat ayat 11]

Cintailah sesama insan. Keperibadian dan nama baik masing-masing dijaga sebaik mungkin.

Ia bukan bahan lawak murahan. Menghina dan melukai hati sesama itu perbuatan tidak halal di sisi Tuhan. Walaupun dimaafkan, kesannya tidak mampu dihilangkan.

Ibarat mengetuk dan mencabut paku di dinding. Betapapun ditampal lubang bekas paku, permukaan itu tidak mungkin kembali licin seperti asal.

"Mulut kamu itu harimau kamu." Jangan sekali-kali dibiarkan harimau itu terlepas dari kandang dan membunuh semangat orang.

Kebaikan - Lillahi Taala


Tidak mampu beri air manis, beri air kosong.
Tidak mampu mengubah, beri perhatian.
Tidak mampu menegur, beri senyuman.
Berilah banyak-banyak walau yang ada cuma sedikit.

Ilmu bukan apa yang ada di dalam kitab.
Ilmu itu apa yang ada di dada.
Iman teruji bukan ketika berdebat.
Iman teruji pada akhlak semasa berdebat.

Jika ilmu di dada membawa faedah, akhlak jadi seindah Al-Quran & As-Sunnah.

Kata Ibn Jauzi:

Kesukaran dalam ketaatan akan hilang tetapi pahalanya akan kekal.
Keseronokan maksiat akan hilang dan seksanya akan kekal.

Sentiasalah bersama Allah. Hulurkanlah dua tanganmu di kegelapan malam dan ucapkanlah:

"Wahai Tuhan, Dunia tidak akan indah melainkan dengan mengingati-Mu.
Akhirat tidak akan indah melainkan dengan keampunan-Mu.
Syurga tidak akan indah melainkan dengan melihat-Mu."

آمِّين ... آمِّين... آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ