Monday, May 1, 2017
Yang Diperlihatkan Hilang Nilainya
Seorang lelaki bernama Bahlul hendak menjual sebuah istana yang dibuat dari pasir dengan harga beberapa ratus dinar.
"Marilah beli istana pasir ini, nescaya anda akan dapat mahligai yang tersergam indah! Percayalah!!!"
Ramai yang mendengar tawaran jualan itu namun tiada siapa yang berminat dan percaya akan cakap si Bahlul.
Siti Zubaidah, permaisuri Khalifah Harun ar Rashid kebetulan lalu dekat dengan tempat Bahlul, lantas datang bertanya, "Benarkah jika dibeli maka akan diberikan mahligai yang indah?"
Setelah diyakinkan oleh si Bahlul maka Siti Zubaidah pun membeli istana pasir tersebut dengan harga beberapa ratus dinar.
Apabila Siti Zubaidah pulang ke istana, suaminya telah pun tahu tentang kisah itu. Tindakannya disindir dan dianggap kurang cerdik kerana percaya istana pasir bakal bertukar menjadi mahligai indah.
Pada malam itu Khalifah Harun ar Rasyid bermimpi melihat sebuah mahligai yang amat besar lagi cantik di dalam syurga.
Baginda menghampiri mahligai itu dan cuba masuk ke dalam, namun dihalang oleh penjaga mahligai yang mengatakan bahawa pemiliknya adalah Siti Zubaidah, permaisuri baginda.
Rupa-rupanya yang menjual istana pasir kepada Siti Zubaidah adalah Bahlul al-Majnun, seorang wali Allah. Duit hasil jualan istana pasir, Bahlul al-Majnun sedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan.
Mengetahui tentang itu, Khalifah Harun ar Rasyid pun pergi menemui Bahlul al-Majnun untuk membeli istana pasir yang sama.
Tatkala menyuarakan hasrat baginda, Bahlul al-Majnun mengatakan, "Sesuatu yang nampak kini sudah tiada nilainya."
Khalifah Harun ar Rasyid rasa hampa tidak dapat memiliki mahligai di dalam syurga seperti yang diihat di dalam mimpinya.
Pengajaran:
Beribadahlah sementara Allah belum tunjukkan ganjarannya. Bila semua sudah diperlihatkan kelak, maka tiada lagi nilai apa-apa ibadah pun.
(Sumber cerita: Amir Zarith)
Hari - Pergi Tak Kembali
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ وَالْعَصْرِ
Demi Masa!
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Sayyidina Syaddad Bin Aus r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang bersolat untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya dia telah menyekutukan Allah.
Sesiapa yang berpuasa untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya dia telah menyekutukan Allah.
Sesiapa yang bersedekah untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya dia telah menyekutukan Allah."
Amalan seperti ini tidak akan mendapat ganjaran, sebaliknya azab. Na'uzubillahi min zalik.
Cuba lihat jauh ke dalam hati. Kalau ada walau sekelumit pun perasaan RIAK seperti ini, segera lemparkan jauh-jauh. Semua itu datang dari bisikan Iblis dan keturunannya (syaitan) yang memang bertekad hendak meleburkan Bani Adam.
Allah berfirman:
(maksudnya) "Iblis berkata : "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang IKHLAS di antara mereka." (al-Hijr ayat 40).
PERBETULKAN DAN PERBAHARUI NIAT. Pertolongan Allah paling sempurna hanya datang kepada hamba-hamba yang berniat tulus dan mengharapkan Redha-Nya.
Beramallah dengan ikhlas. Meskipun amalan itu kecil, pahalanya besar. Usah biarkan hari-hari berlalu tanpa kebaikan yang diredhai-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


