Saturday, December 24, 2016
Kita Fikir Orang Fikir Tak Sama
Dulu Fuad Latip fikir bahawa orang lain perlu fikir sama macam beliau fikir kerana pada fikirannya "Takkanlah perkara yang 'common sense' pun orang itu tak boleh fikir."
Kemudian, selepas dari saat itu,beliau memahami bahawa beliau tidak harus fikir orang lain tahu sama macam beliau tahu. Sebab beliau juga tidak tahu semua yang seseorang itu tahu.
Contoh:
Suami/isteri: Kadang-kadang kita terasa hati atau juga marah-marah kerana suami/isteri kita tidak mampu faham apa yang kita inginkan.
Isteri mengharapkan suami tolong dia kemaskan rumah bersama-sama dengannya, tetapi suami duduk rilek menonton TV. Lalu isteri merajuk atau marah-marah kerana suami tidak mahu membantu sedangkan isteri tidak pernah MENYUARAKAN kehendak kepada suaminya. "Abang ni duduk je dari tadi. Tak nampak ke saya sorang-sorang kemas rumah?"
Suami mengharapkan isteri bancuhkan air setelah dahaga membersihkan kawasan rumah. Suami marah-marah.."Takkanlah tak bancuh air untuk abang. Takkanlah tak nampak abang ini penat".
Alangkah indah andainya kita memahami bahawa apa yang kita fikir kadang-kadang tak sama dengan apa yang difikirkan oleh pasangan ataupun kawan kita yang lain pada saat itu.
Oleh itu mintalah dan suarakanlah dengan baik kepada mereka mengenai apa yang kita perlukan. Jangan bosan walaupun kadang-kadang terpaksa berkali-kali meminta hal yang sama pada lain masa.
Rumah Suasana Madrasah
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid (adakah termasuk saya dan awak?). Lantas suami tidak mampu mengajar anak isteri untuk memahami Agama. Maka wujudlah tiga suasana di rumah-rumah di seluruh dunia:
1) Suasana Rumah Seperti Pawagam
(Rumah jadi seperti pawagam.. TV dan Audio yang besar.. karaoke.. video games...seakan berada di Pawagam. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi di pentas.. Ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam).
2) Suasana Rumah seperti Hotel
(Suasana rumah yang dihias mewah seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baru.. tilam mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri dari ketika berada di rumah Allah.)
3) Suasana Rumah seperti Restoran
(Suasana rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....hanya fikir makan dan minum untuk penuhkan perut.. peti sejuk penuh dengan makanan....banyak pembaziran).
Sebab itu kita memerlukan KEFAHAMAN AGAMA agar rumah menjadi tempat lahirnya manusia yang berubah. Seperti rumah Baginda s.a.w. dan para sahabat di Madinah - Suasana Rumah seperti Madrasah. Hidupkan suasana dakwah dengan bacaan al-Quran dan Hadis. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu. Hidupkan suasana zikir dan solat sunat. Rumah penuh dengan Nur. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya.. Keluarga hidup. Lahirkan anak-anak yang alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie-Daieyah yang memperjuangkan Agama di seluruh alam..
Hari ini anak-anakkita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan sebagainya tetapi pencapaian peperiksaan tidak cemerlang. belajar tidak pandai. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tetapi sebenarrnya hati anak-anak gelap sebab tidak dengar Hadis.
Sebab itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis-hadis Nabi s.a.w. dan baca kisah para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak-anak mengenali kehidupan mereka yang telah berjaya. Barulah mereka bersiap sedia untuk hidup secara qanaah (sederhana) dan tidak berhajat kepada kemewahan sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami. Semoga kita semua berniat dan berazam untuk hidupkan suasana rumah kita seperti Madrasah.
In Shaa Allah..
YA ALLAH, ENGKAU PERBAIKI LAH KEHIDUPAN BERAGAMA BAGI KAMI
(Teks Perkongsian dari Ahmad Shukri /Foto Anis Atika Hairuddin)
Nasihat dari Ustaz Abdullah Khairi:
Bila hendak kahwin nanti, kena hafal 3 surah ini:-
1. Surah Al Kahfi Ayat 15 - untuk anak yang degil boleh jadi lembut hatinya
2. Surah Ibrahim Ayat 40 - untuk anak rajin solat dan jadi orang yang baik
3. Surah Al Furqan Ayat 74 - untuk menjadikan keluarga sebagai penyejuk hati dan mata
Dalam kita mengejar harta dunia, hendak beli rumah pertama, simpanan berpuluh ribu nilainya, jangan lupa kita kena kejar akan akhirat juga. Kita kejar kedua-duanya agar hati kita lebih tenang, dan sentiasa rasa bersyukur dan bahagia selalu.
In shaa اللّهُ..
Subscribe to:
Posts (Atom)


