Tuesday, August 2, 2016
Berkongsi Ilmu Berkongsi Kebaikan
Lazimnya bila kita menghadiri mana-mana majlis ilmu, atau menambah ilmu melalui pembacaan, kita akan mencatatkan poin-poin yang terbaik untuk diamalkan. Sesudah merasai kemanisan amalan itu kita ingin pula berkongsi dengan orang lain supaya mereka juga turut merasainya.
Perkongsian kita lakukan melalui media sosial seperti FaceBook, Blog, Whatsapp, Line dan pelbagai aplikasi lain. Untuk sahabat dan kerabat yang kurang arif dengan aplikasi IT masa kini, perkongsian dilakukan menerusi surat menyurat.
Mungkin anda perasan bahawa ketika menulis amalan yang hendak kita kongsikan itu, datang pula pelbagai ilham baik-baik yang lain sehingga menyebabkan bahan tulisan kita menjadi semakin indah dan berstruktur.
Yakinlah bahawa semua ilham itu datangnya dari Allah yang mahukan kita melakukan amalan tersebut dengan cara yang lebih baik dan teratur berbanding kebiasaan.
Berkongsi ilmu yang bermanfaat itu adalah kebaikan yang Allah Taala perintahkan, dan Rasulullah s.a.w. anjurkan menerusi sabdanya: “Sampaikan kepadaku walau sepotong ayat.”
Semoga kebaikan yang dikongsikan itu menjadi penyebab Allah meningkatkan martabat kita ke peringkat insan MUHSININ. Aamiin.
Seseorang itu tidak disebut berilmu sehingga ia berkenan menyebarkan ilmu yang di milikinya dan mengamalkan ilmu yang di pelajari. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Ilmu itu ada dua jenis, iaitu ilmu yang terdapat di lisan, yang menjadi bukti bagi Allah atas makhluk (ciptaan)Nya.
Kedua, ilmu yang bersemayam di dalam dada yang sangat bermanfaat bagi pemiliknya.
Pada akhir zaman nanti, di dunia ini ada ahli ibadah(‘abid) yang jahil dan ada orang berilmu(‘alim) yang fasiq. Jangan pelajari ilmu untuk meyombongkan diri di depan orang atau untuk mengharapkan kemasyhuran.
Barangsiapa menyembunyikan ilmu yang dimilikinya, maka tidak ada pahala baginya. Padahal menuntut ilmu itu mulia di sisi Allah.
Barangsiapa yang ilmunya bertambah tetapi petunjuk pada dirinya tidak ikut bertambah, bererti dia semakin jauh dari cahaya petunjuk Allah.
Nabi Isa Alaihissalam pernah mengatakan: "Bagaimana mungkin engkau akan memberi petunjuk ke jalan yang benar kepada para orang lain untuk menuju ke jalan Allah, sedangkan engkau sendiri merasa kebingungan di sebabkan kegelapan yang melanda dirimu. Kebingungan itu boleh jadi disebabkan suka menyembunyikan ilmu yang dipelajari sehingga ilmu itu terkubur di jasad dan hati pun menjadi semakin gelap.
Monday, August 1, 2016
Jangan Kata Allah Tak Wujud
Di sebuah sekolah, seorang guru berdiri di hadapan para pelajar dan melontarkan pertanyaan kepada mereka: "Bolehkah kamu semua nampak saya." Para pelajar menjawab, "Ya!" Lalu kata guru, "Itu bermakna saya wujud."
Dia bertanya lagi," Adakah kamu nampak papan hitam?" Para pelajar menjawab, "Ya!" Dia lantas berkata, "Maka papan hitam itu wujud."
"Kamu nampak tak meja ini?" Jawapan serentak yang dilontarkan pelajar, "Ya!" Guru tersenyum dan berkata, "Maknanya meja ini wujud." Dia terus bertanya, "Adakah kamu melihat Allah?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Lalu dia berkata, "Itu bermakna Allah tak wujud!"
Lantas seorang pelajar bangun dan bertanya, "Kawan-kawan boleh nampak akal cikgu?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Dan pelajar tersebut berkata, "Itu bermakna akal cikgu tak wujud!"
Begitulah, hujjah guru yang menafikan wujudnya Tuhan telah dipatahkan oleh pelajarnya sendiri.
(Dinukil dari kitab ALLAH oleh Syeikh Said Hawwa)
Subscribe to:
Posts (Atom)


