Friday, December 8, 2017

Trump Iktiraf Kota Al Quds Ibu Negeri Israel




Kenyataan Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh siang tadi berikutan pengumuman Trump memindahkan kedutaan US ke Kota Al-Quds sekaligus mengiktirafnya sebagai ibu negera negara haram Israel :

1. Kerajaan Palesti di Ramallah harus mengambil sikap berani menolak Perjanjian Oslo yang menjadi punca kezaliman ke atas rakyat Palestin pada hari ini.

2. Seluruh rakyat dan ahli gerakan diseru berarak beramai-ramai menyatakan bantahan dan kemarahan terhadap keputusan biadap yang diambil Trump.

3. Esok diisytiharkan sebagai Hari Kemarahan dan seluruh rakyat dan umat Islam diseru melancarkan Intifadha baru di Gaza, Tebing Barat dan seluruh Palestin dan dunia.

4. Kita pada hari ini tidak berdepan bala bencana, malah mereka yang cuba menormalisasi isu Palestin sebenarnya yang akan berdepan bencana.

5. Isu Palestin tidak akan selesai dengan keserasian dan normalisasi, malah ia hanya akan selesai dengan penentangan, ribat dan membina kekuatan.

Maka yang mahu bersama akan bersama, dan yang menentang, teruskan menentang.

...............................................................................

Ulasan saya :

Sehingga kini tidak ada satu negara pun yang meletakkan kedutaannya di Kota Al-Quds (Jerusalem) tanda tidak mengiktiraf kota tersebut sebagai ibu negara haram Israel, malah kekal sebagai ibu negara Palestin yang sah.

Isu ketuanan ke atas Kota Al-Quds adalah titik pertelingkahan dan perselisihan panjang yang selalu merencat apa-apa usaha dan pelan damai.

Zionis mengiktiraf Kota Al-Quds sebagai ibu negara mereka setelah ia ditawan di dalam perang Arab 1963.

Barangkali tindakan Trump ini ada baiknya - ia sekurang-kurangnya membuka mata umat untuk kembali bersatu membina kekuatan menentang musuh yang semakin nyata menunjukkan belang mereka, samada musuh lama dan jelas seperti US atau musuh baru Islam seperti Arab Saudi.

Adakah kita hanya berdiam-diri sahaja? Kongsikan seluasnya!

#alqudsibunegarapalestin
#alqudsmilikumatislam

Nadir Al-Nuri di Gaza,
Jundi Majhoul, bandar Gaza,
7 Disember 2017.

No comments:

Post a Comment