Ibu bapa kita yang melahir dan menjaga kita tidak mampu sayang kita macam Rasulullah saw sayangkan kita.
Pasangan kita yang katanya hendak sehidup semati pun takkan mampu saingi sayang Rasullullah saw pada kita.
Nanti di Padang Mahsyar, hari di mana semua orang sibuk uruskan diri sendiri, tidak pedulikan orang lain.
Hari ketika seorang ayah lari dari anak. Suami lari dari isterinya. Anak lari dari ibubapanya. Kawan lari dari kawannya. Malah semua para Anbiya' pun tidak pedulikan antara satu sama lain.
Hanya seorang saja yang sibuk ke hulu ke hilir mencari umatnya, iaitu Muhammad saw.
Dikatakan nanti di Padang Mahsyar, Rasulullah saw akan sibuk ke sana sini bertanya "Siapa kamu?"
"Umat Muhammad."
"Sini..sini.. ke mari"
Rasulullah saw kumpulkan semua umatnya, kemudian Baginda akan sujud kepada Allah dengan sujud yang sangat lama sehingga Allah berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintalah, Aku akan beri".
Rasulullah saw berkata "Ya Allah. Aku takkan bangkit dari sujud sehingga Kau beri apa yang aku minta".
Allah menjawab "Mintalah".
Rasullullah saw berkata, "Ya Allah. berikan aku kesempatan untuk bagi umatku minum. Mereka kehausan Ya Allah di bawah terik matahari".
Allah berkata "Ya Muhammad, ini telaga Al-Kautsar. Berilah mereka minum".
Rasulullah segera memberi minum kepada semua umatnya hinggakan Fatimah pernah berkata, "Ya Rasulullah, sekiranya nanti aku ingin bertemu denganmu, di mana harus aku cari?"
Rasulullah saw berpesan "Pergilah ke telaga Al-Kautsar. Aku sedang memberi minum pada umatku"
Dengan anaknya pun Baginda tidak berjumpa, tapi Baginda hendak jumpa umatnya dulu. Sedangkan Rasulullah saw sudah dijamin ke syurga tetapi baginda tidak mahu masuk selagi umatnya belum masuk.
Setelah memberi minum, Rasulullah saw sujud lagi dengan sujud yang lama sambil menangis, sehingga Allah berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintalah, Aku akan beri".
"Ya Allah, selamatkan umatku dari sirat"
Allah berkata "Tunggulah mereka di hujung sirat"
Rasulullah saw menunggu di hujung sirat sambil menyebut "Allahumma salim salim. Allahumma salim salim (Ya Allah selamatkan, selamatkan)"
Yang banyak amal, lepas. Ada juga yang jatuh ke dalam neraka.
Bila Rasulullah saw tahu ada umatnya masih ramai dalam neraka, Baginda sujud lagi sambil memohon "Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji kurma"
Lalu Allah keluarkan umatnya.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi ""Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji jagung"
Lalu Allah keluarkan umatnya.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi ""Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji sawi"
Lalu Allah keluarkan umatnya.
Rasulullah saw jemput semua masuk ke dalam syurga. Tetapi ada lagi dalam neraka. Rasulullah sujud lagi dengan sujud yang sangat lama.
Allah berkata "Apa lagi Muhammad. Bukankah aku sudah menyelamatkan ramai umatmu?"
Rasulullah sambil menangis berkata "Ya Allah. Demi kasih sayang yang Kau miliki. Selamatkanlah umatku yang tidak ada amal tapi mereka mengucapkan La Ilaha Ilaallah".
Allah perkenankan.
Rasulullah saw berlari ke neraka dan berkata "Umatku, sebutlah La Ilaha Illallah. Aku akan selamatkan kamu".
Dahsyatnya sayang Rasulullah pada umatnya. Dia hanya membukakan pintu syurga untuk umatnya sedangkan dia tak masuk lagi ke dalam.
Takkan ada sesiapa boleh sayang kita sedalam itu. Bukan ibubapa. Bukan pasangan. Hanya Rasulullah.
Sedangkan Rasulullah saw tak kenal kita. Dan kita berselawat pada dia pun malas. Rasulullah saw tidak minta "Ya Allah selamatkan umatku yang berselawat banyak padaku".
Tidak, dia tidak minta yang itu. Yang tak ada amal pun dia selamatkan, yang penting itu umatnya.
Pernah Rasulullah bertanya kepada sahabat siapa yang paling Allah cintai, kemudian dijawab oleh para sahabat "Kami, sahabatmu yang dicintai Allah"
Rasulullah jawab "Kamu sahabat-sahabatku, sudah tentu Allah cintakan kamu. Tetapi ada yang lebih Allah cintai mereka datang setelah kamu tiada. Mereka tidak pernah menyaksikan mukjizatku seperti kamu, tapi mereka beriman kepadaku. Allah mencintai mereka lebih dari kamu. Mereka adalah umatku. Allah sayangkan mereka kerana umatku adalah keluargaku".
Kita ni dianggap oleh Rasulullah saw sebagai keluarganya. Padahal Rasulullah saw tahu bukan semua di kalangan kita setia pada dia. Baginda rela seluruh hidupnya berdepan dengan kesusahan agar hidayah sampai kepada kita. Tidak ada siapa yang sanggup dihina, dicela, dilempar najis, habis harta agar dakwah dan hidayah ini sampai, melainkan Rasulullah saw.
Lepas habis baca ini, berhenti sekejap dari buat apa-apa. Selawatlah.
(Kredit: Baiti Jannati Jijan).
No comments:
Post a Comment