Saturday, December 2, 2017

Berita Haramain 2



Masa mula-mula sampai di Madinah dulu, kerap juga saya pergi solat Jumaat di Masjid Nabawi. Jemaah yang hadir ramai sangat dari hari-hari biasa, bermacam jenis bangsa, India, Pakistan, Afrika, Indonesia, Arab dan lain-lain. Ada yang bergaya dengan pakaian tradisi masing-masing. Kalau kita orang Melayu, mestilah berbaju Melayu sepasang. 

Sementara menunggu khatib mula berkhutbah, ada yang baca al-Quran dan solat sunat tahiyatul masjid. Yang bersembang pun ada. Namun yang peliknya bila khatib naik ke mimbar dan mulakan ceramahnya, kebanyakan jemaah yang bukan Arab mula memakai earphone di telinga. Rupa-rupanya mereka dengar terjemahan khutbah dari bahasa Arab ke bahasa ibunda mereka. 

Untuk pengetahuan kalian, pihak pengurusan Dua Masjid Suci ini telah lama melancarkan program terjemahan khutbah, sama ada khutbah Jumaat, Hari Raya dan solat istisqak (solat minta Allah turunkan hujan). Ia diarahkan oleh Penjaga Dua Tanah Suci yang dahulu, Raja Abdullah bin Abdul Aziz pada Februari 2014 bagi memudahkan para jemaah yang hadir faham akan maksud yang ingin disampaikan.

Bagaimana caranya? Kalian yang berada di sekitar Makkah dan Madinah boleh buka aplikasi radio di telefon bimbit masing-masing dan setkan ke frekuensi yang telah ditetapkan. Boleh dengar secara langsung. Setakat ini, mereka sudah berjaya terjemahkan khutbah ke beberapa bahasa yang lain seperti:

1. Turkish. Siaran FM 107
2. Hausa. Siaran FM 107.3
3. Urdu. Siaran FM 105
4. English. Siaran FM 105.5
5. Melayu/ Indonesia. Siaran FM 99
6. French. Siaran FM 99.5
7. Parsi. Siaran FM 107.5

Bagi kalian yang berada di tempat lain, usah berdukacita. Pihak masjid juga ada sediakan rakaman audio khutbah dari Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah, lalu memuat naik ke dalam laman sesawang. Memudahkan sesiapa yang hendak ambil manfaat dari khutbah bumi haramain ini. Saya ada letakkan pautannya di sana.

Pada kalian yang suka membaca, saya ada letakkan pautan lain untuk muat turun teks khutbah dari Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di ruangan komen. Hanya bahasa Arab dan Inggeris yang tersedia. Bolehlah nak buat modal khutbah di masjid mukim masing-masing nanti. Belum ada rezeki untuk dengar khutbah di Haramain lagi, paling kurang baca dan dengar yang sama pun sudah cukup. Berfaedah itu pentingnya.  

Dunia Islam kena sentiasa bergerak selari dengan arus pemodenan semasa. Jadi 
fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.



Solat jenazah memiliki kelebihan yang besar. Ada hadis nabi yang mengatakan sesiapa yang menunaikan solat jenazah akan diberikan pahala satu qirat. Dan sesiapa yang turut sama ke kubur akan ditambah satu qirat lagi kepadanya. Kemudian ada sahabat yang bertanya qirat itu apa. Dan nabi jawab satu qirat itu adalah seperti besarnya Bukit Uhud.

Bukit Uhud yang berada di Madinah itu memiliki panjang yang mencecah 8 kilometer dan lebarnya pula sekitar 2-3 kilometer. Ketinggiannya pula dalam sekitar 1 kilometer lebih. Agak besar bukan?

Sekarang jemaah umrah mula berbondong-bondong masuk ke Kota Madinah dan Kota Makkah. Bagi yang belum tahu, hampir setiap kali selesai solat fardhu, akan disolatkan jenazah jenazah dari kawasan yang berhampiran secara berjemaah. Cara solatnya pula agak ringkas dan senang iaitu dengan empat kali takbir sahaja. Boleh tanya mutawwif masing-masing kalau masih tidak jelas dengan cara solat jenazah ini. 

Bayangkan berapa qirat yang dapat kita kumpul keberadaan kita di Makkah dan Madinah. Tambahan pula, pahala bagi yang solat di Masjid Nabawi akan digandakan sebanyak 1000 kali, manakala 100 000 kali ganda bagi solat di Masjidil Haram, Mekah.

Ayuh, kita solat dulu. Kemudian baru kita balik ke hotel. Nak shopping jubah atau kurma, itu lepas selesai solat jenazah. 

Mohon sampaikan pesanan ini kepada semua kenalan kita yang akan menunaikan umrah nanti. 

Najmi Farisham,
Pengerusi Kelab Cakna Jemaah Umrah.



Rahsia ibadah umrah yang sempurna: 

1-betul-betul niat kerana Allah 
2-datangnya dari duit yang halal 100%
3-selesaikan hutang dunia dan bermaaf-maafan
   
Rujuk Surah:
Al-Baqarah 2 ayat 196
Ali Imran 3 ayat 97
At-taubah 9 ayat 3
Ali Imran 3 ayat 96

Perlu hati yang bersih , jiwa yang baik. 

Solat sunat 2 rakaat di belakang makam Nabi Ibrahim, pahalanya seperti membebaskan seorang hamba. Rujuk Surah al-Balad 90 ayat 11, 12 dan 13. 

Tawaf - setiap langkah Allah swt beri 10 pahala dan hapuskan 10 dosa dan Allah naikkan 10 darjat dalam syurga. 

Saei 7 x antara Safwa dan Marwah seperti membebaskan 70 hamba. 

[Status FB Robiah Rahman]

No comments:

Post a Comment