Betapa manisnya sifat malu, umpama berlian, dibalut sutera dewangga, disimpan dengan cermat, jauh dari pandangan liar.
Bukan pasir dan kerikil jalanan, dipijak dan disepak oleh kaki-kaki berdebu penuh berlumpuran.
#MaluItuSifatHurulAin
Mari kita murnikan hati dengan bercerita kepada Allah. Ceritakan-hal-hal kehidupan seharian kita kepada-Nya. Sepertimana kita berbual dengan sahabat.
Zahirnya seakan-akan monolog, tetapi sebenarnya ia adalah perbualan dua hala. Dia Maha Mendengar dan sahabat terbaik. Dia memberikan jawapan terhadap persoalan kita menerusi gerak hati yang positif.
Berusahalah untuk membaca warkah cinta-Nya (Al Quran). Fahami maksud yang dibicarakan dengan mata hati. Amalkan segala perintah dan jauhi larangan-Nya. Nanti akan terzahir sesuatu yang positif dari aktiviti ini.
Latih lidah untuk mengucapkan kata-kata yang baik sehingga menjadi sebati dengan diri. Percayalah, kata-kata buruk tidak akan mampu keluar dari hati yang bersih. Yang terzahir hanya yang baik-baik saja.
Cari ketenangan hati melalui zikir dan selawat. Walaupun kadang-kadang kita tidak dapat menghadirkan hati ke dalamnya, sekurang-kurangnya bisikan-bisikan jahat tidak akan masuk ke dalam minda disebabkan lidah sibuk berzikir.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment