Saturday, December 30, 2017

Mencari Damai Dalam Dunia Huru-Hara




ASSALAMUALAIKUM DUNIA 

Walaupun kamu kini sedang huru-hara, insan individu seperti kami masih berpeluang membina kebahagiaan dalam dunia ciptaan sendiri.

Kami buangkan sifat jumud dan prasangka. Kami sebarkan salam dan kemaafan.
Kami doakan saudara kami dalam diam-diam. Kami hadapi ujian Allah dengan keredhaan. 

Duhai hati, jangan diburu lagi dunia fatamorgana ini. 
Mari kita kembali ke wadi yang penuh kedamaian abadi.

Roh Pernah Dekat Dengan Allah





Dulu, ROH KITA ASALNYA DEKAT DENGAN ALLAH. Kita berbicara secara langsung dengan Dia. Kita berjanji dengan-Nya untuk memikul tanggungjawab sebagai KHALIFAH.

Kemudian, roh kita ditiupkan ke rahim ibu dan seterusnya menjalani proses kelahiran, pembesaran dan pendewasaan.

Semasa melalui proses pendewasaan, jasad fizikal terdedah kepada segala bentuk dosa. Jasad yang bergelumang dosa, LUPA JANJI PADA ALLAH, tidak sedar ROH DAN JIWA TERSEKSA. Solat, zikir, Al Quran dan ibadah lain yang ditinggalkan menyebabkan ROH MENDERITA AKIBAT JAUH DARI DIA.

Saat hati mula gelisah, Roh merintih dan meminta tuan punya jasad meninggalkan perantauan dunia yang melekakan dan segera kembali ke kampung asal - KEMBALI KEPADA ALLAH YANG ASALNYA DIRI KITA DEKAT DENGAN-NYA. Di situ ada ketenangan.... Ketenangan kerana DEKAT DENGAN PENCIPTA.

Hikmah Ujian Ke Atas Mukmin



Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja.” 

Baginda juga bersabda: “Sungguh mengagumkan urusan seorang Mukmin, semua perkara (yang terjadi pada ) dirinya selalu baik untuknya. Kalau mendapat kesenangan, dia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan kalau tertimpa musibah, dia terus bersabar. Dan ini pun menjadi baik untuknya.”

Firman Allah: “Hanyasanya ucapan orang yang beriman apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya supaya melaksanakan hukum antara mereka, mereka berkata, ‘Kami dengar dan kami taat.’ Mereka itulah orang yang berjaya.” (An Nur ayat 51).

“(Iaitu) orang yang apabila ditimpa kesusahan, mereka berkata, ‘ Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’” (Al Baqarah ayat 156).

Indahnya Perempuan Solehah




Luqman Hakim, pendidik yang namanya termaktub dalam Al Quran pernah berkata:
"Perempuan solehah itu serupa MAHKOTA DI KEPALA SANG RAJA.
Manakala perempuan tidak solehah itu seperti BEBAN BERAT YANG DIBAWA-BAWA DI BELAKANG LELAKI TUA RENTA..."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda:
"Dunia itu perhiasan, dan PERHIASAN TERINDAH ADALAH PEREMPUAN SOLEHAH."

Menutup aurat fizikal adalah untuk menjaga kehormatan si pemakai sebagaimana firman Allah:
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Surah Al Ahzab ayat 59).

Menutup aurat batin pula bererti BERAKHLAK INDAH dan menjauhi sifat-sifat buruk (contoh, menjaga lidah dari bercakap perkara-perkara mungkar), yang boleh menodai keanggunan hijab fizikal.

Mahu jadi mahkota atau beban berat? Pilihan terletak di tangan sendiri.

Wednesday, December 27, 2017

Berkabung Atas Kematian Bukan Islam




Soalan

Bolehkah orang Islam berkabung atas kematian artis bukan Islam dengan doa, candle light vigil dan nyanyian?

Jawapan:

Kematian adalah fitrah bagi manusia dan semua makhluk yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali Imran:185)

Berhubung dengan persoalan di atas, kami membahagian kepada tiga poin besar iaitu hukum berkabung, mengucapkan takziah dan mengadakan candlelight vigil.  

Berkabung

Secara asasnya, hukum berkabung atas pemergian orang bukan Islam, apatah lagi jika ahli keluarga dan saudara terdekat adalah harus dan dibolehkan. Asas terhadap keharusan tersebut diambil daripada perbuatan Rasulullah SAW yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Nabi bernama Qays Bin Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Lihat Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/434).

Walaubagaimanapun, acara berkabung yang diisi dengan ratapan dan tangisan yang berlebihan adalah diharamkan dengan kesepakatan para fuqaha’. (Lihat al-Majmu’ 5/307; Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, 95). Ini berdasarkan hadis:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ أَوْ شَقَّ الْجُيُوبَ أَوْ دَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: “Bukan termasuk golongan kami siapa sahaja yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju, dan menyeru dengan seruan Jahiliyyah (meratap)”

(Riwayat al-Bukhari, no. 1294)

Kami juga amat khuatir, majlis berkenaan termasuk dalam perbuatan al-marathi yang diharamkan dalam Islam sebagaimana hadith daripada Ibn Abi Aufa:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن المراثي

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang al-marathi.”

(Riwayat Ibn Majah, no. 1592)

Al-ritha’ adalah ratapan atau pujian terhadap si mati setelah dikuburkan. Ia juga boleh difahami dengan kesedihan terhadap si mati akibat sesuatu yang menimpanya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 14/309) Begitu juga sebarang bentuk nyanyian bagi memperingati orang yang meninggal, bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Justeru, lebih baik ditinggalkan malah tidak ada kerugian jika tidak melakukannya.

Ucapan Takziah

Antara lafaz takziah yang diajarkan oleh Islam untuk ucapan takziah kepada bukan Islam, seperti yang terdapat di dalam al-Hawi al-Kabir, al-Majmu’ dan al-Mughni adalah seperti berikut:

أَخْلَفَ اللَّهُ عَلَيْك، وَلَا نَقَصَ عَدَدَك

Maksudnya: “Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”.

أَعْطَاك اللَّهُ عَلَى مُصِيبَتِك أَفْضَلَ مَا أَعْطَى أَحَدًا مِنْ أَهْلِ دِينِك

Maksudnya: “Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorangpun dari kalangan ahli agamamu.”

Pun begitu dalam isu yang berlaku baru-baru ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan mengucapkan takziah kerana tidak ada ahli keluarga, sahabat handai, mahupun saudara-mara artis berkenaan untuk menerima ucapan tersebut. Ucapan kepada si mati itu sendiri (seolah-olah bertutur kepada si mati) adalah hal yang tidak bermanfaat dan bukan budaya Islam.

CANDLELIGHT VIGIL

Berkenaan bagi hukum mengadakan candle light vigil, kami senada dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah kali Ke-88 itu yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

KESIMPULAN

Sebagai umat Islam, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya luar dalam berkabung. Islam meletakkan garis panduan dan adab yang terperinci dalam etika berkabung. Umat Islam perlu ada jati diri dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam hal ini. 

Dalam masa yang sama, minat terhadap seseorang artis tidaklah memerlukan kita untuk terlalu obses sehingga meninggalkan prinsip-prinsip seorang Muslim.

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda,

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

Maksudnya: “Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”
(Riwayat al-Tirmizi no. 2317)

Antara maksud hadis ini adalah antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baik berupa perkataan atau perbuatan. (Lihat Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, 1/288) Sesuatu yang tidak bermanfaat bagi seorang Muslim, boleh sahaja berbentuk perkataan atau perbuatan. 

Oleh itu, setiap perkataan dan perbuatan yang tidak ada manfaatnya samada untuk kepentingan ukhrawi seorang Muslim ataupun untuk kepentingan duniawinya, sewajarnya ditinggalkan agar sikap beragamanya menjadi lebih baik. Semoga kita sama-sama menginsafi akan dekatnya kematian itu tanpa mengira masa dan usia dan memperbanyakkan amal kita untuk bersedia menghadapinya.

Pautan ke laman web PMWP:

Sunday, December 10, 2017

Hari Datang Dan Pergi



Tidaklah datang suatu hari daripada hari-hari di dunia ini melainkan ia berkata: 'Wahai manusia! Sesungguhnya AKU ADALAH HARI YANG BARU, dan sesungguhnya AKU AKAN MENJADI SAKSI (di hadapan Allah) atas apa-apa yang kalian lakukan kepadaku.

Apabila matahari terbenam, maka AKU AKAN PERGI meninggalkan kalian dan TAKKAN PERNAH KEMBALI LAGI hingga hari kiamat."

(Imam Hasan al Basri)

Peringatan buat kita yang lalai dan terlupa saat-saat denyutan jantung mulai perlahan dan akhirnya terhenti.




Allah merindui hamba yang sentiasa menjadikan Dia sebagai sumber rujukan yang utama. Semuanya boleh belaka, senang susah suka duka.

Buat saja apa yang Dia suka, walaupun manusia tak suka. Tak perlu jelaskan apa-apa kepada siapa-siapa.

Ahli Taqwa



Di kalangan manusia terdapat golongan yang dinamakan Ahli Taqwa. Mereka sentiasa berlumba-lumba meningkatkan ranking masing-masing kerana mahu jadi yang paling dimuliakan oleh Allah.

Ahli taqwa istiqamah menjaga pegangan mereka dan sentiasa memastikan mereka berada dalam persekitaran dan suasana yang sesuai. Yang dititikberatkan ialah menjaga dua benteng utama iaitu taat kepada perintah Allah dan berusaha keras untuk mengelakkan apa jua yang dilarang-Nya

Ahli taqwa beriman kepada yang ghaib (Allah SWT, syurga dan neraka), mendirikan solat dan membelanjakan harta di jalan Allah. Mereka bertawakal hanya kepada Allah, berusaha menyimpan kemarahan, sentiasa segera bertaubat bila mendapati diri tergelincir dari jalan kebenaran.

Bila melihat kemungkaran ahli taqwa berusaha mengubah dan menghalang menurut kemampuan yang ada pada diri sendiri dengan cara yang penuh berhikmah.

Ahli taqwa sangat berhati-hati dalam mengambil asbab untuk sesuatu perkara supaya tidak menyekutukan Allah dengan asbab itu.

Contoh, jika ditimpa penyakit, ahli taqwa yakin itu adalah cara Allah SWT membersihkan dirinya daripada dosa. Sungguhpun dia mengambil ubat, dia tahu yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Ubat hanya sekadar asbab untuk penyembuhan.

Ahli taqwa sedar manusia tidak layak dipuji. Segala pujian adalah hak Allah semata-mata. Jika ada manusia memuji, ahli taqwa sentiasa mengembalikan pujian itu kepada Allah dan berdoa supaya nikmat yang ada pada dirinya tidak ditarik balik. Dia khuatir pujian tersebut bakal menimbulkan rasa bangga dalam dirinya. Hanya Allah saja yang tahu hakikat diri.

Ahli taqwa tekun menjalankan kewajipan yang difardukan ke atasnya di samping ibadah sunnah yang lain. Jika berdepan dengan masalah kehidupan, ahli taqwa sentiasa kembali kepada Allah dengan jalan Sabar dan Solat. Rasa takutnya hanya kepada Allah, tidak pernah bimbang dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain.

Akhirat itu untuk orang sepertinya. Dia bergerak dengan tenang di atas kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT menuju syurga.

Tidakkah ada keinginan untuk masuk syurga penuh bergaya? Jom persiapkan diri kita dengan meneladani sifat dan sikap AHLI TAQWA.





HADIS QUDSI:

Wahai Anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, nescaya Aku akan mengisi hatimu dengan kepuasan dan menyekat kemiskinan darimu; dan jika kamu tidak (melakukannya) Aku akan menyibukkan tanganmu dengan kerja dan Aku tidak menutup kemiskinanmu.

Tugas Daie




Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. 

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.

Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)






“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al Qur’an) dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan...

...mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi mereka yang mensyukuri.”

(Surah Fathir ayat 29-30).

Firman Allah Kepada Nabi Uzair



Allah SWT telah berfirman kepada Nabi 'Uzair:

☆ Jika engkau melakukan DOSA KECIL, maka janganlah melihat kecilnya dosa, tetapi lihatlah kepada besarnya ZAT YANG ENGKAU DERHAKAI.

☆ Jika engkau memperoleh KEBAIKAN YANG SEDIKIT, maka janganlah engkau melihat kecilnya kebaikan, tetapi lihatlah kepada ZAT YANG TELAH MEMBERIKAN REZEKI itu kepadamu.

☆ Jika engkau ditimpa musibah, maka janganlah engkau mengadukan Aku kepada makhluk-Ku, sebab Aku juga tidak pernah mengadukanmu kepada para MALAIKAT-KU ketika engkau berbuat MAKSIAT kepada-Ku.

Menjadi Hurul Ain



Betapa manisnya sifat malu, umpama berlian, dibalut sutera dewangga, disimpan dengan cermat, jauh dari pandangan liar. 

Bukan pasir dan kerikil jalanan, dipijak dan disepak oleh kaki-kaki berdebu penuh berlumpuran.

#MaluItuSifatHurulAin



Mari kita murnikan hati dengan bercerita kepada Allah. Ceritakan-hal-hal kehidupan seharian kita kepada-Nya. Sepertimana kita berbual dengan sahabat.

Zahirnya seakan-akan monolog, tetapi sebenarnya ia adalah perbualan dua hala. Dia Maha Mendengar dan sahabat terbaik. Dia memberikan jawapan terhadap persoalan kita menerusi gerak hati yang positif.

Berusahalah untuk membaca warkah cinta-Nya (Al Quran). Fahami maksud yang dibicarakan dengan mata hati. Amalkan segala perintah dan jauhi larangan-Nya. Nanti akan terzahir sesuatu yang positif dari aktiviti ini.

Latih lidah untuk mengucapkan kata-kata yang baik sehingga menjadi sebati dengan diri. Percayalah, kata-kata buruk tidak akan mampu keluar dari hati yang bersih. Yang terzahir hanya yang baik-baik saja.

Cari ketenangan hati melalui zikir dan selawat. Walaupun kadang-kadang kita tidak dapat menghadirkan hati ke dalamnya, sekurang-kurangnya bisikan-bisikan jahat tidak akan masuk ke dalam minda disebabkan lidah sibuk berzikir.

Semoga bermanfaat.




Tasbih


Daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Juwairiyah r.ah,
"Suatu hari saat subuh tiba, Juwairiyah di tempat solat dalam rumahnya dan Nabi s.a.w. meninggalkannya keluar (untuk solat di masjid), kemudian Baginda kembali ketika sudah masuk waktu duha sedangkan isteri Baginda masih tetap duduk (di tempat solat itu sambil berzikir). Maka Baginda bersabda:
""Kamu masih seperti itu sejak aku tinggalkan tadi?"
Juwairiyah mengatakan, "Ya."
Lalu Baginda bersabda: "Aku telah membaca empat kalimah selepas meninggalkan kamu tadi sebanyak tiga kali, seandainya ia ditimbang dengan zikir yang kamu ucapkan sejak awal hari ini, tentu ia melebihi zikirmu hari ini. Kalimah-kalimahnya ialah:
MAHA SUCI ALLAH DAN AKU MEMUJI-NYA DENGAN PUJIAN SEBANYAK MAKHLUK-NYA
SEBANYAK KEREDHAAN-NYA
SEBERAT TIMBANGAN ARASY-NYA
DAN SEBANYAK TINTA TULISAN KALIMAT-NYA.""
Pengajaran:
Kita hendaklah berusaha untuk memperoleh keredhaan Tuhan sebelum datang malaikat maut.
Empat ayat ini disebabkan oleh maksudnya yang menyeluruh, dapat menarik lebih banyak ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
Zikir ini boleh dibuat sebaik selepas menunaikan solat setiap hari, membebaskan diri kita seketika untuk mengingati-Nya.
("Amalan Kecil Berterusan Pahala Besar" oleh
Abu Talha Muhamnad Yunus)

Friday, December 8, 2017

Tawadhu (Rendah Hati)





Pengertian Tawadhu’ adalah rendah hati,  tidak sombong. Pengertian yang lebih dalam adalah kalau kita tidak melihat diri kita memiliki nilai yang lebih dibandingkan hamba Allah yang lainnya. Orang yang tawadhu’ adalah orang yang merasakan bahawa semua kenikmatan yang didapatinya adalah bersumber dari Allah SWT. In shaa Allah, dengan pemahamannya tersebut maka tidak pernah terlintas sedikitpun dalam hatinya kesombongan dan merasa lebih baik dari orang lain, tidak merasa bangga dengan pencapaian yang sudah dicapainya. Ia tetap rendah diri dan selalu menjaga hati dan niat segala amal solehnya dari segala sesuatu selain Allah. Tetap menjaga keikhlasan amal ibadahnya hanya kerana Allah.

Tawadhu' ialah bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh menjauhi perbuatan takabbur (sombong), ataupun sum’ah ingin diketahui orang lain amal kebaikan kita.

Tawadhu' merupakan salah satu bahagian dari akhlak mulia. Sudah selayaknya kita sebagai umat Islam bersikap tawadhu', kerana tawadhu' merupakan salah satu akhlak terpuji yang wajib dimiliki oleh setiap umat islam. Perhatikan sabda Nabi SAW berikut ini: 

Rasulullah SAW bersabda: yang ertinya “Tiada berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tiada menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhu’ kepada Allah, melainkan dimuliakan (mendapat ‘izzah) oleh Allah. (HR. Muslim).

Iyadh bin Himar RA berkata: Bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku: “Bertawadhu’lah hingga seseorang tidak menyombongkan diri terhadap lainnya dan seseorang tidak menganiaya terhadap lainnya.(HR. Muslim).

Rasulullah SAW  bersabda, “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim)

Tanda orang yang tawadhu’ adalah ketika seseorang semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemahuannya untuk membantu sesama insan. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukannya, maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai keperluan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka. Ini kerana orang yang tawadhu' menyedari akan  segala nikmat yang didapatinya adalah dari Allah SWT, untuk mengujinya apakah ia bersyukur atau kufur.

Perhatikan  firman Allah berikut ini : “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (QS. An Naml: 40).”

Berikut beberapa ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan perintah Allah SWT  untuk senantiasa bersikap tawadhu’ dan menjauhi sikap sombong, sebagai berikut:

”Dan janganlah kamu berjalan di atas bumi ini dengan menyombongkan diri, kerana kamu tidak akan mampu menembus bumi atau menjulang setinggi gunung” (QS al-Isra-37). 

Firman Allah SWT lainnya:  ”Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan kesombongan di muka bumi dan kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa (QS al-Qashshash-83.)

Wallahu a'lam.
Attachments area

Dosa Kecil Sedikit Kebaikan Dan Maksiat






Allah SWT telah berfirman kepada Nabi 'Uzair:

☆   Jika engkau melakukan DOSA KECIL, maka janganlah melihat kecilnya dosa, tetapi lihatlah kepada besarnya ZAT YANG ENGKAU DERHAKAI.

☆   Jika engkau memperoleh KEBAIKAN YANG SEDIKIT, maka janganlah engkau melihat kecilnya kebaikan, tetapi lihatlah kepada ZAT YANG TELAH MEMBERIKAN REZEKI itu kepadamu.

☆    Jika engkau ditimpa musibah, maka janganlah engkau mengadukan Aku kepada makhluk-Ku, sebab Aku juga tidak pernah mengadukanmu kepada para MALAIKAT-KU ketika engkau berbuat MAKSIAT kepada-Ku.

Firaun





Firaun adalah sebuah gelaran raja yang memerintah Mesir pada suatu ketika dahulu. Gelaran ini sangat popular malah ramai yang menganggap ia adalah seorang raja yang jahat dan zalim terhadap nabi Musa. Sedangkan di sana sebenarnya terdapat puluhan Firaun lain malah dalam sejarah terdapat salah seorang Firaun yang beriman kepada satu Tuhan seperti Firaun Akhenaten. 

Perlu difahami adalah gelaran Firaun itu merupakan perkataan yang melambangkan kepada kuasa pemerintahan seperti gelaran Raja, Sultan, Presiden dan seumpamanya dan ia bukanlah sebuah nama khusus seorang individu. 

Perkataan Firaun bermaksud “Great House” dari perkataan ‘per-o’. Perkataan Firaun juga terdapat di dalam kitab suci agama seperti Yahudi, Kristian dan Islam. 

Berdasarkan dari perkataan ini juga terdapat sesuatu perkara yang menarik untuk dibincangkan yang mana ia juga membuktikan bahawa al Quran ini adalah benar-benar mukjizat yang datang daripada Allah. Jika dirujuk di dalam al Quran, Allah menyebut mengenai Firaun hanya berkaitan dengan nabi Musa sahaja. 

Manakala jika dirujuk di dalam Bible, perkataan Firaun juga kerap kali digunakan kepada pemerintahan raja Mesir samada pada zaman nabi Yusuf, dan nabi Ibrahim yang merupakan zaman yang jauh sebelum dari zaman nabi Musa. Bible menyebut, (King James Version):

“And Pharaoh called Abram, and said…” (Genesis 12: 18)

“Then Pharaoh sent and called Joseph…” (Genesis 41: 14)   

Pada zaman nabi Musa sudah tentu Bible juga memakai perkataan Firaun kepada raja mesir. Akan tetapi, jika dirujuk di dalam al Quran, ketika Allah menceritakan tentang raja Mesir pada zaman nabi Yusuf, Allah tidak memakai kalimat Firaun seperti Bible, tetapi ia diguna kalimah “Malik” yakni raja Mesir:      

“Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir: “Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja)…” (Surah Yusuf: 50)

Al Quran tidak memakai perkataan Firaun untuk merujuk kepada raja pada zaman nabi Yusuf sepertimana kisah nabi Musa. Jika kisah nabi Musa, Allah sinonimkan pula dengan perkataan Firaun merujuk raja Mesir. Mengapa demikian?

Fakta Sejarah Penggunaan Gelaran Firaun

Menurut kajian yang dilakukan oleh Egyptologist terhadap sejarah Mesir Kuno. Mereka mendapati gelaran Firaun kepada raja-raja Mesir mula digunakan pada zaman Kerajaan Baru (New Kingdom) pada tahun 1570-1069 SM.[1] 

Ia adalah era paling popular dalam sejarah Mesir yang memberi pengaruh kepada kajian zaman sekarang kerana ramai Firaun yang hebat dan terkenal pada Dinasti ke-18 seperti Hatshepsut, Thuthmoses III, Amenhotep III, Akhenaten dan isterinya, Nefertiti, dan Tutankhamun, 

Manakala Dinasti ke-19 terkenal Firaun seperti Seti I, Ramesses II (The Great), dan Merenptah. 

Dan Dinasti ke-20 pula terkenal Firaun Ramesses III. Ketiga-tiga dinasti ini adalah termasuk di dalam kerajaan baru (New Kingdom)  ini, para penguasa Mesir pada zaman ini dikenali sebagai gelaran "Firaun", yang bermaksud "Rumah Besar" atau boleh juga bermaksud “Kediaman Diraja”. 

Sebelum dari Kerajaan Baru (New Kingdom), Kerajaan Mesir tidak menggelarkan raja mereka dengan nama Firaun. Oleh itu, gelaran Firaun mula digunakan sekitar tahun 1570 SM hingga 1069 SM (New Kingdom). 

Fakta ini menunjukkan bahawa perkataan Firaun bukanlah gelaran yang sinonim digunakan sepanjang zaman pemerintahan Mesir. Oleh itu terserlah hikmah mengapa al Quran tidak memakai gelaran Firaun kepada raja pada zaman nabi Yusuf, ini kerana zaman nabi Yusuf lebih awal dari zaman nabi Musa.

Mengikut kajian Biblical, mereka menganggarkan nabi Yusuf hidup di sekitar 1898 SM- 1806 SM.[2] Oleh itu pada zaman ini gelaran Firaun belum lagi digunakan oleh masyarakat Mesir. Raja mereka hanya dianggap sebagai Raja tanpa ada gelaran spesifik terhadapnya. 

Berkenaan dengan tahun kehidupan Musa pula banyak diperselisihkan. Mengikut catatan Rabbi Yahudi dalam buku Seder Olam Rabbah, mereka mengatakan Nabi Musa hidup sekitar 1391–1271 SM, Manakala menurut penterjemah Bible, Jerome menganggarkan ia sekitar 1592 SM manakala James Ussher pula mengatakan sekitar 1571 SM. Walaubagaimanapun, mereka sepakat bahawa pada zaman Musa, raja Mesir sudah menggunakan gelaran Firaun. Ini kerana nabi Musa lahir di dalam zaman Kerajaan Baru (New Kingdom). 

Sekali lagi hal ini menjawab dakwaan yang mengatakan al Quran menciplak Bible. Jika al Quran ini diciplak dari Bible, sudah tentu kesalahan sejarah ini juga akan terpalit sama terkandung di dalam al Quran. Ini menunjukkan bahawa al Quran terjaga keasliannya yang diturunkan oleh Allah.       

Kesimpulan

Di dalam al Quran, Allah menggunakan perkataan “Malik” merujuk kepada raja Mesir pada zaman Yusuf.  Manakala pada zaman Musa digunakan perkataan “Firaun” sesuai dengan zaman New Kingdom. Hal ini terbukti dengan kajian sejarah terhadap gelaran pemerintahan mesir kuno. 

Jika ingin difikirkan logik, jika al Quran ini bukan dari Allah, bagaimana fakta ini boleh tepat dan al Quran tidak silap menukilkanya. Jika mahu dibandingkan dengan Bible, raja-raja Mesir sebelum nabi Musa juga konsisten digelarkan sebagai Firaun sedangkan hal itu bercanggah dengan sejarah. 

Oleh itu hal ini juga membuktikan bahawa al Quran ini benar-benar datang dari Allah dan bukan dikarang oleh nabi Muhammad atau diciplak dari Bible. Semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang sentiasa berfikir dan mendapat hidayah dari Allah.   
Nota akhir:
_____________________________
[2] Bible Hub, Bible Timeline,- http://biblehub.com/timeline/

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Sebarkan Ilmu Dari Hadis



Pada suatu hari Rasululah Sholallahu ‘alaihi wassallam ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah,  siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling  dicintai oleh Allah ? 

Rasulullah menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh  Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia  yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau  melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan  kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk  menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ”. ( HR Thabrani ).



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. 

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. 

Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. 

Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)



Saf Terbaik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

Dari Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik saf orang lelaki adalah di hadapan, dan yang paling buruk adalah pada saf terakhir. Dan sebaik-baik saf wanita adalah yang terakhir, dan yang buruk adalah saf yang awal." (HR Muslim No:  664) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Kedudukan yang paling baik untuk lelaki ketika solat adalah di saf hadapan. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا 

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pada panggilan solat dan saf pertama lalu mereka tidak dapat meraihnya melainkan dengan mengundi tentulah mereka akan mengundinya. (HR Bukhari No: 2492) Status: Hadis Sahih

2.  Saf yang paling buruk pada lelaki apabila menunaikan solat berjemaah  adalah pada saf terakhir.

3.  Sebaik-baik saf bagi wanita apabila melaksanakan solat berjemaah adalah yang terakhir jika tiada tabir pembatas antara mereka dengan kaum lelaki bagi mengelakkan fitnah. 

4.  Namun  jika terdapat tabir pembatas saf dengan lelaki, saf terbaik bagi wanita adalah saf pertama seperti saf lelaki kerana tabir pembatas itu dapat menghilangkan kekhuatiran terjadinya fitnah.










Trump Iktiraf Kota Al Quds Ibu Negeri Israel




Kenyataan Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh siang tadi berikutan pengumuman Trump memindahkan kedutaan US ke Kota Al-Quds sekaligus mengiktirafnya sebagai ibu negera negara haram Israel :

1. Kerajaan Palesti di Ramallah harus mengambil sikap berani menolak Perjanjian Oslo yang menjadi punca kezaliman ke atas rakyat Palestin pada hari ini.

2. Seluruh rakyat dan ahli gerakan diseru berarak beramai-ramai menyatakan bantahan dan kemarahan terhadap keputusan biadap yang diambil Trump.

3. Esok diisytiharkan sebagai Hari Kemarahan dan seluruh rakyat dan umat Islam diseru melancarkan Intifadha baru di Gaza, Tebing Barat dan seluruh Palestin dan dunia.

4. Kita pada hari ini tidak berdepan bala bencana, malah mereka yang cuba menormalisasi isu Palestin sebenarnya yang akan berdepan bencana.

5. Isu Palestin tidak akan selesai dengan keserasian dan normalisasi, malah ia hanya akan selesai dengan penentangan, ribat dan membina kekuatan.

Maka yang mahu bersama akan bersama, dan yang menentang, teruskan menentang.

...............................................................................

Ulasan saya :

Sehingga kini tidak ada satu negara pun yang meletakkan kedutaannya di Kota Al-Quds (Jerusalem) tanda tidak mengiktiraf kota tersebut sebagai ibu negara haram Israel, malah kekal sebagai ibu negara Palestin yang sah.

Isu ketuanan ke atas Kota Al-Quds adalah titik pertelingkahan dan perselisihan panjang yang selalu merencat apa-apa usaha dan pelan damai.

Zionis mengiktiraf Kota Al-Quds sebagai ibu negara mereka setelah ia ditawan di dalam perang Arab 1963.

Barangkali tindakan Trump ini ada baiknya - ia sekurang-kurangnya membuka mata umat untuk kembali bersatu membina kekuatan menentang musuh yang semakin nyata menunjukkan belang mereka, samada musuh lama dan jelas seperti US atau musuh baru Islam seperti Arab Saudi.

Adakah kita hanya berdiam-diri sahaja? Kongsikan seluasnya!

#alqudsibunegarapalestin
#alqudsmilikumatislam

Nadir Al-Nuri di Gaza,
Jundi Majhoul, bandar Gaza,
7 Disember 2017.

Penaklukan Baitul Maqdis




Di antara tanda-tanda Kiamat adalah

Penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadis ‘Auf bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ... (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat....’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)

Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahwa kiamat telah dekat, kerana setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin kaum muslimin akan memerangi mereka dan Baitul Maqdis ditaklukkan kembali oleh kaum muslimin, sebagaimana hadis.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

Allahuakbar, penghujung dunia semakin dekat. Perbanyakkan ibadah kepada Allah dan banyakkan membaca Surah Al Kahfi setiap hari jumaat. Jika tidak mampu membaca habis, bacalah 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.

[Muslim 4 Life]

Menekuni Kedatangan Golongan Sufyani


Menekuni Kedatangan Golongan Sufyani : 
Adakah kita telah bersedia ?

# Yamani Juga Seorang Khalifah Disebut Oleh Malaikat-Malaikat

وفي: ص 107 عن أرطأة " فيجتمعون وينظرون لمن يبايعون، فبينا هم كذلك إذ سمعوا صوتا ما قاله إنس
.ولا جان: بايعوا فلانا، بإسمه، وليس من ذي ولا ذو، ولكنه خليفة يماني

“Maka mereka akan berhimpun dan melihat orang yang diberi baiah. Jadi mereka dalam keadaan ini mereka akan mendengar suara yang bukan manusia atau jin: "Berikanlah baiah kepada orang ini, Beliau bukanlah dari orang ini ataupun ini tetapi dia adalah khalifah Al Yamani."

- ”[Malahim Al Fitan Ibnu Tawoos, ms 80]

# Panji Keturunan Imam Mahdi Dilaknat

أخبرنا علي بن أحمد، قال: أخبرنا عبيد الله بن موسى العلوي، عن محمد بن الحسين، عن محمد بن – 4
:سنان، عن قتيبة الأعشى، عن أبان بن تغلب، قال
سمعت أبا عبد الله جعفر بن محمد (عليه السلام) يقول: إذا ظهرت راية الحق لعنها أهل المشرق وأهل ”
المغرب، أتدري لم ذلك؟
.قلت: لا
.((قال: للذي يلقى الناس من أهل بيته قبل خروجه ” (( 3

Diriwayatkan dari Abban Bin Taghlub : Aku mendengar Abu Abdullah a.s bersabda: 

"Apabila panji kebenaran muncul, manusia timur dan barat akan melaknatnya, kamu tahu mengapa?"

 Aku menjawab tidak, jadi beliau bersabda: " Kerana apa yang akan diketahui manusia dari keturunannya sebelum kemunculannya."

- Bihar AlAnwar: Jld. 52,Hal. 363.

Panji kebenaran adalah milik Imam Mahdi AS, dan sebelum kezuhurannya, ia diwakili oleh Al Yamani yang akan menyeru manusia kepada Imam Mahdi AS. Manusia akan melaknatnya, kerana Al Yamani adalah Mahdi Pertama, anak keturunan kepada Imam Mahdi AS seperti disebut wasiat Nabi SAW.

# Dhabbatul Ardh Muncul Sebelum Sufyani

Dari Imam Al Sadiq AS: 

“..Dan kemudian kemunculan Dhabbatul Ardh di antara rukun dan makam, dan akan tertulis di wajah Mukmin, “mukmin” dan di wajah orang kafir, “kafir”, dan kemudian adalah kemunculan Sufyani dan akan bergerak bersama tenteranya ke Iraq dan memusnahkan Zawra, Al Kufah dan Madinah dan kemudian ke Al Bayda dan ditelan bumi.” 

- AlRaja' Istrabadi hal.100

عن فً كلام طوٌل ...( :ثم تظهر دابة الأرض بٌن الركن والمقام الإمام الصادق
فتكتب فً وجه المؤمن مؤمن، وفً وجه الكافر كافر، ثم ظٌهر السفٌانً وٌسٌر بجٌشه إلى
العراق ... وٌخرب الزوراء وٌتركها حمماًا وٌخرب الكوفة والمدٌنة ... ثم خٌرج إلى البٌداء ،
فتبتلعهم.( .... … الأرض

Dari hadis ini dua perkara yang perlu kita tekankan:

1.Dhabbatul Ardh muncul antara rukun dan makam

2. Dhabbatul Ardh muncul sebelum Sufyani

سأل الاياو ابي عبذ الله (ع) سائم :يتى يكوٌ خروجه جعهُي الله فذاك ؟ قال (ع) : ارا شاء يٍ نه
انخهق والاير ، قال فهه علاية قبم رنك ؟ قال (ع) : عَى علايات شتى ، خروج دابة الارض يٍ انًشرق و
...) بحار الاَوار ج 83 ص 62

Ditanya kepada Abu Abdullah AS bilakah waktu kemunculan dan tandanya:

“Ya, tandanya banyak, kemunculan Dhabbatul Ardh dari timur..”
Bihar Al Anwar jil.83 hal.62

# Apabila Sufyani Keluar Mahdi akan Menghilang

حديث حذلم أبن بشير مع الإمام زين العابدين (ع) عن المهدي (ع) فقال الإمام (ع) ثم
يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس
وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان فإذا ظهر السفياني أختفى المهدي (ع) ثم يخرج بعد ذلك
المصدر : غيبة الطوسي ص 294 / بحار الانوار ج 52 ص 291 / الحوائج والجوائح للراوندي ص 1149 / معجم أحاديث
. المهدي (ع) ج 1 ص 50 / منتخب الأنوار المضيئة ص 50
روى حذلم بن بشير قال: قلت لعلي بن الحسين: صف لي خروج المهدي وعرفني دلائله وعلاماته فقال: يكون قبل خروجه خروج
رجل يقال له عوف السلمي بأرض الجزيرة ويكون مأواه تكريت وقتله بمسجد دمشق ثم يكون خروج شعيب بن صالح من
سمرقند ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس، وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان، فإذا ظهر السفياني اختفى المهدي ثم
يخرج بعد ذلك. *معجم احاديث الامام المهديج 3 –ص 176 بحار
الانوار ج 53 ص 213

Ali bin Al Hussain AS diminta menceritakan kemunculan Mahdi, perincian dan tandanya, beliau AS bersabda: "Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf al Silmy di bumi Al Jazira(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn
Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu." 

- Bihar al Anwar.

Para sahabat bertanya kepada Imam Ali Ibn Hussain AS tentang kemunculan Mahdi dan beliau AS menjawabnya dengan menceritakan alamat-alamat yang mendahului Imam Mahdi AS seperti Sufyani. Hadis di atas menyatakan bahawa Mahdi akan menghilang semasa waktu kemunculan Sufyani, namun bagaimana mungkin Mahdi menghilang jika Sufyani adalah kemunculan yang dijamin terjadi untuk kemunculan Imam Mahdi? Dan bagaimana mungkin Mahdi "menghilang" sebelum muncul? Sesuatu itu hanya boleh hilang apabila sudah zahir.

# Muncul Dabbatul Ardh Adalah Tanda Imam Mahdi

Dari Ali Ibn Ibrahim Ibn Mahziyar dari Imam Al Mahdi AS apabila ditanya tentang waktu urusan ini: “Di tahun sekian sekian, dan kemudian akan muncul Dhabbatul Ardh dari antara Safa Dan Marwah, bersamanya adalah tongkat Musa dan cincin Sulaiman memimpin manusia…” 

- Bisharatul Islam, halaman 236

عن الحجة ابن الحسن فً حدٌث له مع ابن مهزٌار: (قلت: اٌ سٌدي، متى كٌون هذا الأمر ؟ فقال: إذا حٌل بٌنكم
وبٌن سهل الكعبة، واجتمع الشمس والقمر، واستدارت
الكواكب والنجوم، فقلت: متى اٌ بن رسول الله ؟ قال: فً سنة كذا وكذا تخرج دابة
.) الأرض بٌن الصفا والمروة ومعها عصى موسى وخاتم سلٌمان تقود الناس إلى المحشر 

Jika Ahlulbait AS Berhimpun Atas Seorang Lelaki, Keluarlah Dengan Senjata Kamu

Dari Abu Bakr Al Hadrami melaporkan dari Imam Jaafar AS: “Dan apabila panji hitam dari Khurasan mendekati, tinggallah di dalam rumah kamu, dan jika kamu melihat kami berhimpun atas seorang lelaki, keluarlah kepada kami dengan senjata kamu.” - Ghaibah al Numani, hal. 197

عن أبً بكر الحضرمً، قال: (دخلت أنا وأبان على أبً عبد الله وذلك حٌن ظهرت الراٌات السود بخراسان،
.) فقلنا: ما ترى ؟ فقال: اجلسوا فً بٌوتكم، فإذا رأٌتمونا قد اجتمعنا على رجل فانهدوا إلٌنا بالسلاح

Satu persoalan yang merunsingkan ialah bagaimana Ahlulbait AS dapat berhimpun ke atas seorang lelaki sedangkan mereka semua sudah mati di dunia fizikal ini? Tidak dapat tidak perhimpunan ini pasti berlaku di alam malakut, berita dari mimpi, yang merupakan sebahagian dari Nubuwwah dan Iblis tidak dapat menyerupai mereka. Apabila Sufyani Keluar, Datanglah Kepada Kami

عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال:السفياني لابد منه ، ولا يخرج إلا في رجب ، فقال له رجل: يا أبا
عبد الله إذا خرج فما حالنا ؟قال: إذا كان ذلك فإلينا

Daripada Khilad al Saig dari Abu Abdullah(as): "Al Sufyani adalah tidak dapat dielakkan, dan dia tidak akan muncul kecuali dalam bulan Rajab." 

Seorang lelaki bertanya kepadanya: "Ya Aba Abdillah, jika beliau muncul, bagaimana keadaan kami?" 

Dia menjawab: "Datanglah kepada kami."

- Bihar al Anwar, jil 52, hal. 135

ا سدٌر، ألزم بٌتك وكن اًا ) : حلس من أحلاسه u عن سدٌر، قال :قال أبو عبد الله
واسكن ما سكن اللٌل والنهار، فإذا بلغك أن السفٌانً قد خرج فارحل إلٌنا ولو على
.رجلك(

Imam al Sadiq(as): "Wahai Sudair, tetaplah di rumah mu dan jadilah seperti dari kalangan ahlas dan tetaplah di dalamnya, siang dan malam. Dan jika seseorang mengisytiharkan bahawa Sufyani telah muncul, maka bergeraklah kepada KAMI walaupun dengan berjalan kaki." 

- Bihar al Anwar, JIl. 52, hal 303

قول( :إذا خرج السفٌانً بٌعث u وعن وٌنس بن أبً عٌفور، قال :سمعت أبا عبد الله
شٌاًا جٌ إلٌنا اًا ش إلٌكم، فإذا كان كذلك فأتونا على كل صعب وذلول ).

Imam al Sadiq(as): "Apabila Sufyani muncul, dia akan menghantar tentera kepada kami dan kepada kamu. Jika itu terjadi, datanglah kepada kami dengan setiap sa'ab atau thalul." - Bihar al Anwar, JIl. 52, hal 261;

Hadis- hadis di atas menyebutkan arahan Ahlulbait AS agar pergi kepada mereka apabila Sufyani muncul. Namun siapakah dari kalangan Ahlulbait AS yang wujud ketika kemunculan Sufyani, sedangkan Imam Mahdi AS akan muncul selepas Sufyani LA? Telah diketahui dari hadis-hadis yang lepas, ada seorang Mahdi yang wujud ketika kemunculan Sufyani. Kita juga mengetahui Al Yamani akan muncul sebelum Sufyani.

. عنه، عن ابن فضال، عن ابن بكير، عن محمد بن مسلم قال: يخرج قبل السفياني مصري ويماني

Imam Sadiq a.s telah berkata:

”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. - Bihar Al Anwar v.52 p.210

Oleh kerana tiada panji yang lebih baik dari panji Al Yamani sebelum zahir Imam Mahdi AS, maka jelas di sini bahawa Mahdi = Yamani = Qaim = Ahlulbait AS = Ahmad

# Ikutilah Orang Yang Muncul Dari Timur

و ... قرب الوعد، وبدا لكم النجم ذو الذنب من قبل : ( u عن أمٌر المؤمنٌن
المشرق، ولاح لكم القمر المنٌر، فإذا كان ذلك فراجعوا التوبة، واعلموا أنكم إن اتبعتم
طالع.( ...) المشرق سلك بكم مناهج الرسول

Amirul Mukminin AS:

“Janji semakin menghampiri, dan bintang yang mempunyai ekor dari timur, dan bulan yang cerah menyinari kamu...Ketahuilah, jika kalian mengikuti seorang yang muncul dari Timur dan mengikut manhaj Rasulullah SAW yang kalian ikuti, niscaya kalian akan terubat dari kebutaan, ketulian dan kebisuan (hati); kalian akan tercukupi dari permohonan bantuan dan kezaliman; dan kalian akan terhindar dari beban yang memberatkan pundak kalian. Allah tidak akan menghalau siapapun kecuali dia menolak, berbuat zalim, sewenang-wenang dan merampas sesuatu yang bukan haknya. 

“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali" 

- QS: asySyu’ara 227.

[1]” (alKafi, juz 8, hal 22)

Dari hadis di atas, kita melihat Amirul Mukminin AS menyifatkan lelaki dari timur sebagai bintang dari timur. Kita juga maklum bahawa Ahlulbait AS turut disimbolkan sebagai bintang.

Dari Ibn Kharbuz, Imam Abu Jaafar AS bersabda: “Kami adalah seperti bintang- bintang, jika sebuah bintang menghilang, sebuah lagi akan muncul.." - Miraat Al Uqool Akhbar Aal AlRasool jil.4 hal.46

أي ظهر القائم علٌه السلام و فً الإكمال بسند آخر عن ابن خربوذ قال: قلت لأبً جعفر علٌه السلام: أخبرنً
عنكم؟ قال: نحن بمنزلة النجوم إذا
مرآة العقول فً شرح أخبار آل الرسول، ج 4، ص: 46

Dan wujud hadis yang menyebutkan jika muncul bintang, maka bersyukurlah kepada Allah.

Imam Jaafar AS bersabda:

"Semasa kamu berada dalam keadaan ini, jika bintang kamu muncul, pujilah Allah dan berterima kasih kepadanya." 

- Malahem Wal Fitan,Ibn Tawoos hal.158

Mengapa Imam Jaafar AS menyuruh kita bersyukur kepada Allah ataskemunculan bintang? Apa yang boleh dibuat oleh bintang ini untuk kita jika Imam Mahdi AS masih belum muncul?

Sudah tentu, ini bukan merujuk kepada sebuah bintang fizikal. Ia merujuk kepada lelaki dari timur, Yamani dan Khalifa Al Mahdi serta Dhabbatul Ardh. Ia adalah satu bentuk simbolika.

19: Mati Di Bawah Panji Dari Khurasan

Dari Abu Tufail dari Ali AS: “Wahai Amir, jika kamu mendengar tentang
panji hitam dari Khurasan dan kamu berada di dalam kotak yang
terkunci, maka ke atas kamu adalah untuk memecahkan kunci dan kotak
tersebut sehingga kamu terbunuh di bawah mereka dan jika kamu tidak
mampu, maka bergulinglah agar kamu mati di bawah mereka." 

- Kanzul Ummal Jilid 7, halaman 278; Mu’jam Ahadis Imam Al Mahdi Jilid 3 halaman 79

عن أبً الطفٌل، أن عل اًٌا قال له: (ٌا عامر، إذا سمعت الراٌات السود مقبلة من
خراسان فكنت فً صندوق مقفل علٌك فاكسر ذلك القفل وذلك الصندوق حتى تقتل )تحتها، فإن لم تستطع
.) فتدحرج حتى تقتل تحتها

20: Moto Panji Hitam Adalah Ahmad 
Moto Panji Hitam: Ahmad

وقال الإمام الباقر (ع) (إن لله تعالى كنزا بالطالقان ليس بذهب ولا فضة ، اثنا عشر ألفا بخراسان شعارهم
((أحمد ، أحمد)) يقودهم شاب من بني هاشم على بغلة شهباء ، عليه عصابة حمراء ، كأني أنظر إليه عابر
.الفرات. فإذا سمعتم بذلك فسارعوا إليه ولو حبوا على الثلج ) منتخب الأنوار المضيئة ص 343

Imam Baqir a.s bersabda: 

“Allah swt mempunyai perbendaharaan di Thaliqan yang bukan emas dan bukan juga perak, ianya adalah 12,000 orang dari Khurasan, bendera mereka adalah “Ahmad, Ahmad. Mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashim yang menunggang keldai perang, memakai bendera merah, seolah-olah aku melihatnya di seberang Sungai Furat. Jika kamu mendengar tentangnya, maka bergegaslah kepadanya, walaupun merangkak di atas salju”

- [Mutakhab AlAnwarAlMudhi’ah, ms343]

Maka inilah slogan panji yang kita harus mati dibawahnya. Di bawah panji Ahmad. Tentera dari Khurasan taat kepada Ahmad, Khalifah al Mahdi ,  Wazir Al Mahdi.


[Sumber FB Dr Shahrol Abdul Rahim]