Suatu malam, sebelum tidur
si anak bertanyakan ayahnya.
Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak update juga?"
Ayah: "Tak boleh.
Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur selepas mati, mungkin ini
statusnya:
1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"
2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"
3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan aku dari tempat yang
menakutkan ini!"
4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri
dihimpit bumi kiri kanan)"
5. "Ya Allah! Sakitnya dipukul oleh malaikat-malaikatMu bertalu-talu. Aku bertaubat, ampunilah aku!"
6. "Ya Allah! Panas membakar seluruh tubuhku!
7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."
8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"
Anak: "Boleh tak adik balik ke dunia selepas mati?"
Ayah: "Dah tak ada peluang kedua lagi setelah jasad terpisah dari roh.
Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak akan dikembalikan ke dunia
lagi."
Anak: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update, ya."
Ayah: "Ya, tak boleh. Update facebook tak perlu. Update iman dan akhlak yang
sangat-sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Orang yang lalai dengan
facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah.
Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya akan mengalami keadaan
macam tu. Adik nak macam itukah?"
Anak menggelengkan kepala
sambil menyerahkan iPad kepada ayahnya.
Anak:
"Ayah simpanlah benda ni. Adik tak nak lagi. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran. Adik nak
belajar mengaji."
Ayah tersenyum memeluk dan mengucup lembut anaknya. Semoga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)
Ayah tersenyum memeluk dan mengucup lembut anaknya. Semoga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)
No comments:
Post a Comment