serenemaklong.blogspot.com
Sunday, November 25, 2012
Saka
Erti saka
Memang ada beza di antara
perkataan saka dan pusaka. Pusaka lebih merujuk kepada harta benda yang
diwarisi oleh seseorang daripada seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat dan
telah meninggal dunia. Perkataan saka pula biasanya digunakan secara khusus
berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat melibatkan jin
dan syaitan.
Pusaka sangat menarik minat
pewaris sehingga mereka sanggup berebut untuk mendapatkannya, tetapi saka pula
mereka berebut untuk menolaknya. Mengapa? Sebab pusaka berbentuk harta benda
yang menggamit nafsu manusia untuk memilikinya manakala saka yang berbentuk
ilmu yang melibatkan jin dan syaitan amat menakutkan sesiapa sahaja.
Asal-usul saka
2. Saka yang berasal bukan
disebabkan keturunan, tetapi datang dari luar iaitu jika berlaku dalam keadaan berikut:
a. Mereka yang berjiran
dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan salah iaitu
menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejadian ini berlaku tanpa disedari oleh
jiran terbabit. Adalah dinasihatkan supaya jangan berjiran dengan orang
berkenaan.
b. Pemandu, tukang kebun,
orang gaji dalam sebuah rumah boleh mewarisi
saka majikan terutama jika mereka telah bekerja bertahun-tahun lamanya.
c. Mereka yang bertugas di
hospital seperti doktor, jururawat, atendan dan
lainnya juga mungkin boleh menerima saka dari pesakit yang berjin dan
bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.
2. Akibat perbuatan sihir
pada sesetengah orang. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat
tidak kiralah atas sebab apa, mereka pastinya akan berubat untuk membuang
segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai di antara
mereka sembuh, tetapi mungkin berlaku di mana masih terdapat saki baki
unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari disebabkan jin dan syaitan
hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.
3. Disebabkan ada jin atau
syaitan yang marah atas sebab tertentu atau sengaja menggoda dan merosakkan
berbagai kepentingan kehidupan manusia. Ini mudah berlaku sebab jin dan syaitan
sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana, oleh itu mudah untuk mereka memasuki
tubuh manusia.
4. Manusia yang terlibat
dengan dosa besar seperti zina, lesbian, gay, judi, minum arak dan sebagainya
sehingga menjadi ketagih. Tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak
mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini disebabkan hasutan jin dan syaitan
yang berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.
Berbagai penyakit yang ada
pada anak cucu sama seperti penyakit usul (ayah sebelah ke atas). Contoh, usul
mengalami sakit sendi maka anak cucu akan mengalami sakit sendi. Jika si usul
gagap maka si anak cucu ada yang gagap. Jika si usul selalu sendawa, sembelit
dan sebagainya maka samalah yang berlaku pada anak cucu.
Persamaan sifat dan tingkah
laku antara usul dengan anak cucu. Jika usul bersifat garang, pemarah maka anak
cucu akan mewarisinya. Begitu juga jika usul pengasih, pelembut, pengotor,
pembersih, rajin, malas, suka tidur, kuat makan, maka si anak cucu akan
mewarisi salah satu daripadanya.
Jika usul boleh nampak
hantu, boleh mendengar perbualan orang, boleh meneka dari pandangan mata orang
lain, boleh mengetahui barang hilang, mendapat alamat seseorang akan meninggal
dunia maka anak cucu juga akan mendapat sifat yang sama.
Tidak berani bertentang mata
dengan orang yang tinggi ilmu agama dan beramal pula dengan ilmunya.
Dia tahu bila ada orang
menjelirkan lidah di belakangnya dan akan berpaling secara automatik.
Meminta disembelihkan kambing
atau inginkan darah kambing dalam pengubatannya.
Membaca jampi mentera yang
tidak difahami.
Menulis dan memakaikan
pesakit tangkal azimat yang tidak difahami.
Mendakwa kononnya mengetahui
perkara-perkara ghaib.
Saka juga boleh masuk
walaupun si anak cucu memang tidak mahu menerima saka tersebut.
Saka masuk sejak kecil lagi
dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak
selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa pelbagai penyakit, susah
tidur malam dan sebagainya.
Saka datang walaupun tiada
unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan majikannya.
Saka berpindah dengan
sedikit upacara salam tangan sambil bercakap”Engkau terima ini, ya”, maka jawab
orang yang menerima “saya terima”.
Melalui ucapan pun boleh
seperti “Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara
tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Yalah kita ini memang bersaudara
dunia akhirat”.
Kaedah yang agak rumit sedikit
ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing,
kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat
makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka
tersebut.
Melalui pewarisan
barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan
sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan
pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.
Melalui mimpi seperti
bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi
dan selalu bermimpikan binatang hitam seperti kala jengking, ular dan anjing.
Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau
atau hitam dan sebagainya dan ada juga mereka akan diberikan sesuatu barang
untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan
lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama
berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.
Dengan sebab saka, manusia
boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri,
menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan
Islam dan sebagainya. Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada
kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh
Allah s.w.t dalam Surah Al-An’aam, Ayat 128 yang berbunyi
Pemilik saka sukar
beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah pula akan
menjadi sakit jika membaca Al-Quran.
Boleh menyebabkan anak cucu
pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi
bodoh.
Boleh menyebabkan institusi
kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh dan
bercerai-berai. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah
tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas
dan sebagainya.
Boleh menipu pemiliknya
kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan
saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah
semata-mata.
Boleh mengganggu si
pembelanya jika mereka melanggar pantang larang.
Boleh menyebabkan tuannya
susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.
Menyebabkan seseorang itu
tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodoh, alat kelamin tidak berfungsi,
lemah tenaga batin dan sebagainya.
Dalam hidup bermasyarakat,
orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak
beradab dan suka bergaduh dan membawa fitnah.
Saka bersifat “on” dan ”off”
iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa. Jika kita pergi berubat maka saka
akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka
akan masuk semula. Oleh itu, dipesankan
kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat
antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehingga pulih sepenuhnya.
Sentiasa membaca doa
menghalau syaitan dalam petikan Surah Al-Mukminun Ayat 97 - 98.
Selalu membaca petikan dari
Surah Al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.
Sering membaca ta’awwuz
ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
Amalkan setiap pagi dan
petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan
duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa, selepas
dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukan ke seluruh anggota badan yang
terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripada gangguan jin dan
syaitan.
Lazimkan diri dengan
melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati
manusia yang sentiasa melakukannya.
Bakar tulisan, buku, tangkal
azimat yang diterima.
Jangan berjumpa pengamal
saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
Sentiasa berpuasa sunat pada
hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari Isnin dan Khamis kerana dapat
menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin
dan syaitan dalam badan manusia.
Mendapatkan rawatan daripada
pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukan pengamal perubatan
yang berdampingan dengan jin dan syaitan.
(Sumber: Mohammad Nor Kartor)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment