Keikhlasan
serenemaklong.blogspot.com
TERASA cepat lapar dan dahaga apabila Ramadan berlalu sedangkan ketika bulan
Ramadan mampu menahan lapar dan dahaga lebih dari 12jam sehari.
Begitu juga terasa berat untuk menunaikan solat 5 kali sehari di awal kembalinya
seseorang ke pangkuan Islam. Tidak lupa kekok dan panas apabila mula berhijab
kerana perintah Allah. Tetapi kenapa segala yang sukar pada mulanya sekarang
seolah-olah mudah?
Jawapannya adalah apabila kita ikhlas melakukan sesuatu demi Allah maka Allah
akan menjadikannya mudah bagi kita dan akan menjadi sebati dengan diri kita.
Ya, logiknya mana mungkin tidak lapar, dahaga, panas berhijab dan sebagainya,
namun apabila Allah membantu kita segalanya mudah.
Ingatkah bagaimana api
menjadi sejuk tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar? Begitu juga kepanasan berhijab
menjadi sejuk apabila ikhlas dan istiqamah.
Maka adakah kita perlu menunggu sehingga ikhlas baru hendak berubah? Jawapannya
tidak. Keikhlasan perlu dipupuk secara konsisten lalu sehingga berputik kesedaran
dan kecintaan kepada Pencipta.
Sesungguhnya, Nawaitu kena betul. Ikhlaskan segalanya
kerana Allah.
No comments:
Post a Comment