Thursday, November 29, 2012

Sunnah Bulan Muharram



serenemaklong.blogspot.com


ISLAM adalah agama yang mudah, menyeru umatnya agar sentiasa berpegang teguh dengan dalil. Dalil dapat difahami dengan mudah bagi mereka yang percaya dengan rukun Islam dan Iman, bahawa wajib sebagai seorang Muslim itu berpegang dengan dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih diikuti dengan ijmak dan juga qiyas.

Ia menjadi lebih baik dan yakin sekiranya amalan–amalan kita semua dibatasi dengan sumber kefahaman generasi salaf bermula dari sahabat, tabii dan tabi’ tabiin dalam memahami sumber-sumber dalil yang utama iaitu Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Ini sesuai dengan hadis Nabi bermaksud : “Sebaik-baik manusia adalah manusia di kurunku, kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun selepasnya” - Sahih Al-Bukhari hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat).

Ramai antara kita lupa dan leka ketika ghairah ingin melakukan amal ibadat. Keghairahan itu sesuatu yang positif dan baik bagi seorang bergelar Muslim, namun dalam keghairahan itu, perasaan harus dipandukan dengan apa telah ditinggalkan Rasul saw dan para sahabatnya.

Nabi saw bersabda: “Kamu sekalian masih dalam keadaan baik selagi mana dalam kalangan kamu terdapat seseorang yang pernah melihatku atau melihat sahabat aku” - Majma’ Zawaied, Ibn Hajar Al-Haytami, Bab Kelebihan Sahabat.

Justeru, wajar bagi kita semua yang cintakan Nabi saw dan para sahabat agar mengamalkan dan memahami asas dan panduan sebelum mempersembahkan ibadah kita kepada ALLAH SWT. Amalan kita wajib menepati tiga syarat utama iaitu aqidah yang sahih (benar), ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah saw.

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, bulan Muharam meriah dengan adat dan upacara tertentu dalam masyarakat Melayu khususnya. Firman ALLAH bermaksud “Sesungguhnya bulan-bulan di sisi ALLAH bilangannya 12, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab ALLAH semasa Dia menjadikan langit dan bumi, lalu di antaranya terdapat empat bulan yang dihormati” - Al-Taubah: ayat 36.

Ayat ini kemudiannya diperincikan dengan sunnah Nabi apabila Baginda bersabda “Waktu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH  menjadikan langit dan bumi. Satu tahun terkandung 12 bulan, di antaranya terdapat empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara dua bulan Jamadilakhir dan Syaaban” - Hadis Riwayat al-Bukhari.
Bulan Muharam dapat dibuktikan keutamaannya berdasarkan daripada hadis-hadis Nabi yang banyak terdapat dalam kitab-kitab hadis Nabi. Sabda Rasul saw: “Sebaik-baik puasa selain Ramadan ialah bulan ALLAH al-Muharram dan sebaik-baik solat ialah selepas solat fardu adalah solat malam” - Hadis riwayat Imam Muslim.

Puasa pada 9 dan 10 Muharam, hadis ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan bulan Muharam selepas dari bulan Ramadan dan umat Islam dianjurkan serta digalakkan berpuasa apatah lagi memperbanyakkan puasa pada bulan ini.

Kenapa Asyura? Bagi sesiapa yang tidak pernah meninjau dan menyingkap sejarah berdasarkan sunnah-sunnah yang sahih, ada dalam kalangan kita yang mengingati hanya bubur Asyura. Walhal, terdapat peristiwa yang besar lagi penting sebalik nama Asyura ini.
Sebelum turun ayat wajibnya berpuasa daripada surah al-Baqarah ayat 183, telah diriwayatkan bahawa umat Islam pada ketika itu berpuasa wajib pada 10 Muharam atau dikenali hari Asyura. Apabila Nabi saw tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah, Baginda mendapati orang-orang Yahudi di  situ berpuasa pada 10 Muharam.

Baginda saw bertanya tentang sebab mereka berpuasa pada hari berkenaan. Orang-orang Yahudi menyatakan, pada hari tersebut, ALLAH SWT telah menyelamatkan  Nabi Musa a.s dan kaumnya daripada serangan Firaun. Oleh yang demikian, Nabi Musa a.s telah berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur kepada ALLAH. Sabda Nabi saw: “Kita lebih berhak terhadap Nabi Musa daripada mereka maka berpuasalah.  Kisah ini dinyatakan oleh riwayat daripada Aishah yang  terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

Selain itu, kita juga disunnahkan untuk berpuasa dengan menyelisihi kaum bukan Islam. Ini dapat difahami daripada riwayat Ibnu ‘Abbas r.a: “ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara”, setelah mendengar berita itu Rasulullah saw terus mengucapkan “jika benar  apa yang kalian katakan, pada tahun selepasnya dengan izin ALLAH, kita puasa sekali pada hari 9 Muharam.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu”- Hadis  Riwayat Muslim. Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa pada hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke-9 Muharam.

Ia juga dapat kita fahami daripada saranan Nabi saw yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya” - Riwayat Ahmad. Antara fadilat lain yang dinyatakan dalam sunnah Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa hari Asyura, aku meminta  kepada ALLAH semoga pelakunya dapat dihapuskan dosa setahun yang lalu”- Hadis Riwayat Muslim.

Di Malaysia, kita mengamalkan doa Awal dan Akhir tahun, yang mana jelas sama sekali ia tidak  terdapat sumber dan anjuran daripada sunnah-sunnah Rasul yang sahih. Ini harus kita kaji dan selidik agar masyarakat kita tidak melakukan ibadah yang jauh daripada petunjuk Rasulullah saw sebagaimana kita dapat lihat sekelompok agama dan fahaman yang sesat seperti Syiah yang menjadikan amalan 10 Muharram sebagai upacara pemujaan di atas kematian Hussein.

Dicederakan diri mereka, meratapi kematian Hussein seperti orang hilang akal. Inilah akibatnya jika nafsu didahulukan dan petunjuk Nabi saw dipinggirkan. Hal ini dapat kita perincikan dalam kitab Syaikh Abu Zaid dalam kitabnya Tashih ad-Du’a bahawa amalan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang seperti puasa tahun baru, puasa awal Muharam jelas tidak mempunyai dalil jelas akan pengsyariatannya.

Cukuplah dengan apa yang disyariatkan oleh Rasul saw sebagaimana pesan Imam Az-Zuhri “min ALLAH Al-Risalah, wa ala Rasulihi Al- Balagh, wa alaina al-taslim” (daripada ALLAH wahyu itu, Rasul yang menyampaikan, dan kita menerimanya). Wallahualam.

(Oleh AHMAD FAUZAN YAHAYA, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat iLMU)
 

Sunday, November 25, 2012

Saka


serenemaklong.blogspot.com



SAKA sangat ditakuti dalam masyarakat kita. Saka ada pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya.
Erti saka

Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga h.1170 “saka” bermakna pusaka. Saka juga bererti leluhur daripada kedua belah pihak ibu dan bapa.
Memang ada beza di antara perkataan saka dan pusaka. Pusaka lebih merujuk kepada harta benda yang diwarisi oleh seseorang daripada seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat dan telah meninggal dunia. Perkataan saka pula biasanya digunakan secara khusus berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat melibatkan jin dan syaitan.
Pusaka sangat menarik minat pewaris sehingga mereka sanggup berebut untuk mendapatkannya, tetapi saka pula mereka berebut untuk menolaknya. Mengapa? Sebab pusaka berbentuk harta benda yang menggamit nafsu manusia untuk memilikinya manakala saka yang berbentuk ilmu yang melibatkan jin dan syaitan amat menakutkan sesiapa sahaja.
Asal-usul saka

1. Saka berasal dari asal-usul kita iaitu yang diterima daripada ibubapa, datuk nenek, moyang dan usul keturunan kita di sebelah atas. Inilah pendapat umum di negara kita sehingga ada yang menyatakan saka boleh diwarisi sehingga lebih tujuh keturunan, malahan jika melanggar pantang-larang mungkin saka akan bertapak selama-lamanya dalam pewarisan berkenaan. Biasanya saka ini hanya melibatkan pertalian darah, jika tiada  sukar untuk saka berkenaan memasuki tubuh seseorang.
2. Saka yang berasal bukan disebabkan keturunan, tetapi datang dari luar iaitu jika berlaku dalam keadaan berikut:
a. Mereka yang berjiran dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan salah iaitu menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejadian ini berlaku tanpa disedari oleh jiran terbabit. Adalah dinasihatkan supaya jangan berjiran dengan orang berkenaan.
b. Pemandu, tukang kebun, orang gaji dalam sebuah rumah boleh mewarisi  saka majikan terutama jika mereka telah bekerja bertahun-tahun lamanya.
c. Mereka yang bertugas di hospital seperti doktor, jururawat, atendan dan  lainnya juga mungkin boleh menerima saka dari pesakit yang berjin dan bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.

Faktor penyebab saka

1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang menggunakan jin dan syaitan.
2. Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai di antara mereka sembuh, tetapi mungkin berlaku di mana masih terdapat saki baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari disebabkan jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.
3. Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah atas sebab tertentu atau sengaja menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. Ini mudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana, oleh itu mudah untuk mereka memasuki tubuh manusia.
4. Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti zina, lesbian, gay, judi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih. Tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini disebabkan hasutan jin dan syaitan yang berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.

Beberapa jenis dan profesion saka

Saka dikenal daripada sudut ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan.

Saka daripada sudut ilmu dan amalan
Saka silat.
Saka kebal.
Saka penggerun.
Saka penunduk.
Saka syarat tubuh.
Saka seri muka.
Saka kuat nafsu.
Saka pagar rumah.
Saka kuat kerja.
Saka kasih sayang.
Saka sedap masakan.
Saka sedap suara.
Saka pukau.
Saka halimunan.
Saka kaya.
Saka pelaris.

Saka daripada sudut jenis jin dan syaitan yang digunakan
Saka harimau.
Saka buaya.
Saka hantu raya.
Saka pelesit.
Saka khadam ayat.
Saka bunian.
Saka ular.
Saka bajang.
Saka jembalang.
Saka hantu pocong.
Saka polong.

Tanda-tanda orang yang ada atau membela saka

Tanda-tanda pada fizikal iaitu jika ayah (usul) bertubuh sasa maka anak lelaki juga mempunyai bentuk sasa, jika ayah kurus kering maka si anak juga kurus kering.
Berbagai penyakit yang ada pada anak cucu sama seperti penyakit usul (ayah sebelah ke atas). Contoh, usul mengalami sakit sendi maka anak cucu akan mengalami sakit sendi. Jika si usul gagap maka si anak cucu ada yang gagap. Jika si usul selalu sendawa, sembelit dan sebagainya maka samalah yang berlaku pada anak cucu.
Persamaan sifat dan tingkah laku antara usul dengan anak cucu. Jika usul bersifat garang, pemarah maka anak cucu akan mewarisinya. Begitu juga jika usul pengasih, pelembut, pengotor, pembersih, rajin, malas, suka tidur, kuat makan, maka si anak cucu akan mewarisi salah satu daripadanya.
Jika usul boleh nampak hantu, boleh mendengar perbualan orang, boleh meneka dari pandangan mata orang lain, boleh mengetahui barang hilang, mendapat alamat seseorang akan meninggal dunia maka anak cucu juga akan mendapat sifat yang sama.
Tidak berani bertentang mata dengan orang yang tinggi ilmu agama dan beramal pula dengan ilmunya.
Dia tahu bila ada orang menjelirkan lidah di belakangnya dan akan berpaling secara automatik.
Meminta disembelihkan kambing atau inginkan darah kambing dalam pengubatannya.
Membaca jampi mentera yang tidak difahami.
Menulis dan memakaikan pesakit tangkal azimat yang tidak difahami.
Mendakwa kononnya mengetahui perkara-perkara ghaib.

Cara menerima saka

Saka diterima berdasarkan cara yang sesuai dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan:

Dengan cara pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin yang hendak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang sanggup menerima saka.
Saka juga boleh masuk walaupun si anak cucu memang tidak mahu menerima saka tersebut.
Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.
Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan majikannya.
Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap”Engkau terima ini, ya”, maka jawab orang yang menerima “saya terima”.
Melalui ucapan pun boleh seperti “Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Yalah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.
Kaedah yang agak rumit sedikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.
Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.
Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatang hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagainya dan ada juga mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.

Kesan saka

Saka meninggalkan impak yang  merangkumi semua aspek kehidupan manusia sama ada dari segi fizikal, spiritual, keagamaan, ekonomi dan sosial.
Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya. Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-An’aam, Ayat 128 yang berbunyi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَيَوۡمَ يَحۡشُرُهُمۡ جَمِيعً۬ا يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ قَدِ ٱسۡتَكۡثَرۡتُم مِّنَ ٱلۡإِنسِۖ وَقَالَ أَوۡلِيَآؤُهُم مِّنَ ٱلۡإِنسِ رَبَّنَا ٱسۡتَمۡتَعَ بَعۡضُنَا بِبَعۡضٍ۬ وَبَلَغۡنَآ أَجَلَنَا ٱلَّذِىٓ أَجَّلۡتَ لَنَاۚ قَالَ ٱلنَّارُ مَثۡوَٮٰكُمۡ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۗ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ۬ (١٢٨)

Maksudnya: “Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu Allah berfirman) “Wahai sekalian jin dan syaitan sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman “nerakalah tempat kamu, kamu kekal di dalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhamad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

Kesan dari sudut agama

Merosakkan aqidah.
Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pasti mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t. Apabila aqidah mereka sudah rosak maka sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Pemilik saka sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah pula akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.

Kesan daripada sudut kesihatan dan sosial

Boleh menyebabkan pemilik saka dan cucu cicit mereka menerima sakit yang sama seperti penyakit yang berkaitan jantung, buah pinggang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.
Boleh menyebabkan anak cucu pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.
Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh dan bercerai-berai. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.
Boleh menipu pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.
Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larang.
Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.
Menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodoh, alat kelamin tidak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.
Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh dan membawa fitnah.

Kaedah rawatan saka

Merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka berusaha membuangnya secara berterusan.
Saka bersifat “on” dan ”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa. Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu,  dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehingga pulih sepenuhnya.

Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara terbaik. Tingkatkan amalan wajib dan sunat, dirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, kekal berzikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah, kemudian berdoa memohon perlindunganNya daripada sebarang kejahatan manusia dan jin.

Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.
Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam petikan Surah Al-Mukminun Ayat 97 - 98.
Selalu membaca petikan dari Surah Al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.
Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa, selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukan ke seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripada gangguan jin dan syaitan.
Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukannya.
Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.
Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari Isnin dan Khamis kerana dapat menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.
Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukan pengamal perubatan yang berdampingan dengan jin dan syaitan.
Boleh juga memasangkan VCD bacaan rukyah di rumah sebagai usaha tambahan.
(Sumber: Mohammad Nor Kartor)
 

Friday, November 23, 2012

Payudara Kembali Mantap



serenemaklong.blogspot.com


SAIZ payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak. 

Ketika usia kandungan masuk 4-6 bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu. 

Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat & besar. 

Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu:-


Teknik urutan / Cara mengurut payudara...

URUTAN
Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Teknik urutan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. Bila kandungan masuk 7 bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku.  

Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin. 

Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering. 

Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima.  
 
Senaman Payudara :-

· Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda. 

· Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan. 

· Tolak berlawanan arah dengan serentak. 

· Lakukan ia 10 - 15 minit sehari @ mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengencangkan kembali payu dara. 

 

Tuesday, November 20, 2012

Sejarah Pendaftaran Kenderaan Di Malaysia


serenemaklong.blogspot.com

SEJARAH pendaftaran kenderaan bermula selepas British tiba di Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri memiliki kenderaan.

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan yang pertama mampu memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi. Pada masa itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakan kereta yang diguna di negeri ini bukan milik  penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi diguna oleh pemerintah British yang bertugas di Perak.
Pada 1914, jalan raya dibina menghubungkan Lembah Kinta menjadikan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan seperti di atas, negeri kedua yang banyak memiliki kereta ialah Selangor (Plat B), diikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Permulaan huruf pendaftaran kenderaan mengikut negeri :

A (Perak)
B (Selangor)
C (Pahang)
D (Kelantan)
E  (Sabah - sebelum 1980an)
EJ (Jesselton -sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES (Sandakan)
ET (Tawau)
ED (Lahad Datu)
EU (Keningau)
EK (Kudat)
EL (Labuan)
F (tiada)
G (tiada)
H (Teksi)
I (tiada)
J (Johor)
K (Kedah)
KV (Langkawi)
L (Labuan)
M (Melaka)
N (Negeri Sembilan)
O (tiada)
P (Pulau Pinang)
Q (Sarawak)
QA dan QK (Kuching)
QB (Sri Aman)
QC (Samarahan)
QL (Limbang)
QM (Miri)
QP (Kapit)
QR (Sarikei)
QS (Sibu)
QT (Bintulu)
R (Perlis)
S (Sabah - dulu E)
SA (Kota Kinabalu)
SB (Beaufort)
SD (Lahad Datu)
SK (Kudat)
SS (Sandakan)
ST (Tawau)
SU (Keningau)
T (Terengganu)
U (tiada)
V (tiada)
W (Kuala Lumpur)
X (tiada)
Y (tiada)
Z (Tentera)
Z (Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia)
ZA hingga ZD (Tentera)
ZL (Tentera Laut Malaysia)
ZU (Tentera Udara Malaysia)
ZZ (Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia)
JMF (Timbalan Setia Negeri Johor)
(Sumber: KELAB ANAK JATI PERAK DARUL RIDZUAN)