Sunday, May 27, 2012

Manfaat Berjalan Laju


serenemaklong.blogspot.com



 
SELAIN makan makanan berkalori lebih rendah daripada kalori yang dibakar setiap hari, senaman seperti joging, berjalan laju (brisk walking), berbasikal dan sebagainya patut juga dilakukan demi menurunkan berat badan.


  • mencegah penyakit diabetes jenis 2. Berjalan laju boleh menurunkan berat badan sebanyak 7%, dengan itu menurunkan risiko diabetes 58%.
  • menguatkan jantung. Dalam satu kajian, kadar kematian di kalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari adalah dua kali lebih tinggi, manakala wanita yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 35%.
  • mencerdaskan otak. Wanita yang berjalan pada kadar sederhana sekurang-kurangnya 1.5 jam seminggu mempunyai fungsi otak atau kemampuan berfikir lebih tinggi daripada wanita yang berjalan kurang 40 minit seminggu.
  • menguatkan tulang. Wanita menopos yang berjalan sebatu atau 1.6 kilometer sehari mempunyai ketumpatan tulang seluruh badan.  
  • mengurangkan gejala kemurungan jika dilakukan 30 minit, sebanyak tiga hingga  lima kali seminggu.
  • mengurangkan risiko kanser payu dara dan kolon sebanyak 18% jika dilakukan 1 jam 15 minit hingga 2 jam 30 minit seminggu.
  • meningkatkan kecergasan kardio respiratori dan menurunkan lemak badan.
  • meningkatkan fungsi fizikal dan mencegah kecacatan fizikal di kalangan orang tua.

Semoga kita semua akan menjadi lebih lebih sihat dan cergas dengan berpandukan nasihat yang diberikan ini.

(Sumber: PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA)

3 comments:

  1. saya memang kena selalu berjalan kerana kaki saya kecil dan kalau berat badan naik alamat tak boleh jalan jauh ....jom berjalan sekali sekala bersama ...

    ReplyDelete