serenemaklong.blogspot.com
PELBAGAI kaedah pertanian moden diperkenalkan bagi mengatasi masalah kekurangan tanah selain risiko bencana alam yang boleh merosakkan tanaman.
Sehubungan itu, saintis dan pakar pertanian menghasilkan pelbagai teknik
tanaman yang bukan saja dapat mengatasi masalah ruang penanaman, malah mampu
mengeluarkan hasil yang lebih, kalis penyakit, kurang penyelenggaraan dan mudah
ditanam.
Terbaru, untuk pencinta seni hias laman
satu lagi inovasi teknik tanaman menggunakan poket tumbuhan sesuai diaplikasi
di dalam dan luar kediaman, terutama di kawasan yang memiliki ruang terhad.
Poket tumbuhan ini diilhamkan untuk laman vertikal iaitu
laman yang menggunakan konsep landskap atas permukaan menegak dengan pokok
tumbuh dengan baik di atas dasar itu. Permukaan ini disokong dengan struktur tertentu serta mengandungi medium
tanaman atau tanah mencukupi.
Di pasaran Amerika Syarikat (AS), poket tumbuhan ini dikenali sebagai ‘Woolly Pocket’ dihasilkan adik beradik Miguel dan Rodney Nelson.
Poket pokok ini juga menggantikan fungsi pasu bunga dan lebih menarik, ia dicipta bagi membolehkan pokok kekal sihat dan segar walaupun ditanam dalam kediaman.
Berikutan diwujudkan untuk laman vertikal, poket pokok ini dicipta tergantung dan melekat di dinding kediaman. Seperkara yang menarik, bekas tanaman ini mampu mengekalkan kelembapan dan memberi air kepada pokok. Namun, ini tidak mendatangkan kecacatan pada dinding.

Poket pokok juga dikenali sebagai saku
tanaman ini sesuai untuk pokok hiasan yang renek dan tidak berakar tunjang
seperti paku pakis, Aglaonema, Alocasia, Calathea Rufibarba, Decora, Marantha
dan pokok labah-labah.
Poket ini mempunyai dua komponen utama iaitu ruang udara dan tahan kelembapan. Bahagian ruang udara diperbuat daripada botol plastik kitar semula manakala ruang tahan kelembapan dihasilkan daripada botol polietilena kitar semula.
Fabrik untuk poket menggunakan kain tahan reput seperti tali guni atau geotextile. Fabrik ini dijahit menggunakan tangan dengan benang nilon tahan sinaran UV dan tidak mudah reput. Fabrik ini berfungsi sebagai ejen pengaliran air semula jadi kepada tanaman
Struktur pemegang poket pokok adalah bahan tahan karat manakala medium tanaman adalah jenis organik seperti ‘peat moss’, ‘vermiculite’, lumut dan seumpamanya.
Medium jenis itu adalah peroi dan perlu dibalut dengan kain pertanian yang boleh dibeli daripada nurseri dan kedai peralatan berkebun bagi memastikan ia tidak terkeluar daripada bekas tanaman.
Selain itu, apa kata gunakan medium jenis kain dan span yang ringan serta dapat membekal dan memegang air dengan baik tanpa mengotorkan kawasan. Dua bahan ini boleh didapati di kedai nurseri dan peralatan kebun.
Untuk poket pokok, kaedah siraman yang sesuai adalah jenis titisan dan semburan. Ini kerana medium yang digunakan mudah menyerap serta membekalkan air.
Bagi pembajaan pula, kaedah yang sesuai adalah jenis baja cecair dan jenis foliar. Ini kerana ia memudahkan nutrien dibekalkan terus kepada tanaman dengan teknik semburan terus daun.
Poket pokok sebenarnya tidak memerlukan penyelenggaraan yang banyak. Namun, tumbuh-tumbuhan masih perlu kasih sayang dan perhatian anda. Justeru, daun atau bunga yang sudah mati perlu dibuang manakala batang dan ranting yang kering pula dipangkas dari masa ke semasa.

(sumber: Berita Harian)
No comments:
Post a Comment