RAMAI orang Malaysia
mengatakan amalan mandi malam boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.
Kajian menunjukkan
mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh
menghilangkan stres. Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem
imun badan selain mengelak penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan
lain.
Kebanyakan penyakit
kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah
kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan
gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh
mendatangkan penyakit-penyakit ini.
Sebenarnya air mandian
suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus
berfungsi dengan baik. Tetapi kalau sedang mengalami stres, mandi dengan air
sejuk boleh membantu.
Negara ini mempunyai
iklim tropika bercuaca panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak
mendatangkan kemudaratan, kecuali anda menghidapi pneumonia dan tinggal di
negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
Di hospital, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang digalakkan
mandi. Bakteria boleh
bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan. Kesegaran mandi
membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan
kulit. Lebih baik lagi jika
kita menggunakan sabun antibakteria.
Prinsip yang sama juga ditetapkan pada amalan membasuh tangan. Ia satu
amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum
makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam.
Ekzema
Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering,
senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi
penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.
Kulit kering bukan kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Pakar dermatologi mengesyorkan
mereka yang ada masalah kulit kering supaya mandi dan menggunakan pelembab pada
waktu malam. Kulit tidak mungkin kering semasa tidur, oleh itu air lebih senang
meresap ke dalam kulit.
Jadual kerja ketat
Ramai juga yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja
yang ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai
dengan tempat di mana mereka berada.
Contohnya, para peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi dan hanya
pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana
menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.
Gagal mandi boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan,
keyakinan dan produktiviti.
Tetapi mengapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik? Sebenarnya
nasihat begitu mungkin tidak boleh dipakai lagi sekarang.
Pada masa dahulu kebanyakan rumah tidak mempunyai saluran bekalan air paip.
Penduduk luar bandar umumnya mandi menggunakan air perigi dan air sungai. Untuk
pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana
gelap mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga
bahaya di sungai. Mungkin kerana itu orang tua melarang kita mandi waktu malam.
Kini kita mempunyai kemudahan yang lebih baik. Bagi mereka yang pulang
malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.
Mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan. Setelah bekerja sehari
suntuk, otak dan badan perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur)
boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi malam kerana ramai
berpendapat ia membawa mudarat termasuk mendatangkan penyakit.
Sebenarnya ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat. Mandi menggunakan
air hangat akan membuka liang roma serta memberikan kesan yang segar, membuatkan
kita dapat tidur lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).
Menurut pengamal
homeopati, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada
minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan
lebih lama.
No comments:
Post a Comment