Wednesday, February 1, 2012

Doa - First Aid Akhir Zaman


serenemaklong.blogspot.com


TIDAK ada sesuatu yang lebih mulia bagi Allah daripada doa. Allah murka kepada orang yang tidak berdoa. Doa adalah ibadah. Firman-Nya: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenan bagimu.
(Al Ghafir; 60).

Nabi saw bersabda: Tiga macam doa yang akan dikabulkan dan tidak ada keraguan pada ketiganya, iaitu; doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dalam riwayat lain, nabi saw menambah: Doa ibu bapa membuka hijab. Mohonlah kepada ibu bapa kamu supaya mendoakankanmu. Sebagaimana Abdullah bin Ja'far telah diajarkan satu doa dari ibunya,Asma' binti 'Umais dia berkata; Rasulullah saw mengajariku beberapa kalimat yang aku baca ketika sedang susah iaitu:

اللَّهُ اللَّهُرَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

Allah, Allah, Robbku, aku tidakmenyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.

Ibu bapa bertanggungjawab mengajar dan mendidik anak-anak dalam hal agama. Tidak boleh diserahkan kepada welfare seperti Tadika, Kindergarden, Tabika, Taski, Taska dan seumpamanya. Apabila sudah dewasa, nanti dihantarkan pula kamu ke welfare iaitu Rumah Kebajikan OrangTua. Wallahu a'lam.



Kita boleh mulakan dengan mengajar solat, doa, puasa, derma dan hidup beradab. Itu tugas ibu bapa, bukan tugas guru.

Apakah doa yang perlu diajar? Masih adakah harapan di sana? Apakah kabul doa kita sedangkan hidup kita penuh dosa. 

Gaji yang dibayar kerajaan dari harta yang bercampur halal haram. Itu belum dikira menipu waktu bekerja, mencuri tulang, mencuri masa, makan riba,terlibat dengan riba pinjaman. 

Masih ada harapankah untuk mendapat zuriat yang baik? Terkabulkah doa kita?

Wahai umat akhir zaman, wahai diriku yang hidup di akhir zaman. Bersangka baiklah kepada Tuhan kita!

(Bersumber daripada Klinik Al-Muallij Al-Ansari)

No comments:

Post a Comment