Friday, December 16, 2011

Membina Sifat Mahmudah


serenemaklong.blogspot.com






KITA semua tahu yang amalan agama seperti solat, membaca Quran, bersedekah, berakhlak baik, dan lain-lain lagi suruhan agama adalah perkara yang sangat penting untuk kejayaan dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Cuma kita selalu tiada kekuatan untuk melakukan amalan sunnah yang penuh berkat ini. Kita tahu Nabi saw dan para sahabatnya tidak pernah culas ke masjid setiap solat 5 waktu, tetapi mengapa kita tidak mampu menjadi seperti itu?
Cuba lihat carta aliran formula kejayaan seperti di bawah:
Kejayaan

Beramal dengan amalan positif secara istiqamah (Disiplin)

Sedar akan kesan beramal dengan amalan positif

Menyedarkan diri tentang kesan baik amalan positif secara istiqamah
Kejayaan tidak akan terhasil sebelum beramal dengan amalan positif secara istiqamah. Ia harus menjadi tabiat kita. Kita mesti sedar akan kesan baik apabila beramal dengannya.  Dengan berakhlak mulia kita mampu menolak rasuah, kita sedar tentang hilangnya keberkatan dari rezeki akibat rasuah. Kita tidak akan memberi rasuah kerana ada rasa hormat pada Allah yang tersemat di dalam hati.

Satu cara terbaik ialah dengan mengadakan sesi taklim di rumah sendiri. Tetapkan satu waktu dalam setiap hari untuk kita membaca fadhilat amalan agama bersama seisi keluarga. Luangkan lebih kurang 30 minit setiap hari untuk perkara ini.

Setiap hari kita jiwa kita diserang dengan berbagai-bagai dakwah negatif dari pelbagai media yang ada di dalam hidup zaman moden ini. Sekiranya kita tidak secara proaktif membina kekuatan iman, necsaya kita akan hanyut dengan segala macam kelalaian dunia.

Semoga kita semua akan berjaya menghidupkan amalan taklim di rumah masing-masing. Doakanlah supaya saya juga mampu beramal dengan apa yang saya tuliskan. Ya Allah, tolonglah kami semua. Aamiin.


(Sumber: Schanizan.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment