serenemaklong.blogspot.com
SEBAHAGIAN besar
keladi hiasan mempunyai daun dengan corak dan warna yang menarik. Memang cantik
dijadikan tanaman hiasan, namun awas ada di antaranya mengeluarkan getah yang
beracun jika batang, tangkai, daun atau ubinya dipotong.
Keladi hiasan
tergolong dalam keluarga tumbuhan Araceae dan di antara yang beracun
termasuklah spesies dari genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia.
Pokok jenis asli ini tumbuh meliar di kebun getah, kelapa sawit atau belukar di
kampung-kampung. Pun begitu, ia telah lama ditanam oleh masyarakat kampung bagi
menghiasi halaman dan kediaman.
Di antara spesies yang sering ditanam oleh peminat seni taman ialah:
Caladium humboldtii
Saiz pokoknya kecil dan tidak tinggi, kira-kira 20 sentimeter sahaja, manakala daunnya juga agak kecil. Spesies ini dikatakan berasal dari Brazil dan Venezuela di Amerika Selatan.
Caladium lindenii
Dahulu dikenali sebagai Xanthosoma lindenii, ia dikatakan berasal dari Colombia di Amerika Selatan.
Caladium bicolor
Lebih dikenali Fancy Leaf Caladium atau Caladium berdaun aneka corak. Juga dikenali sebagai Caladium hortulanum kerana mempunyai banyak spesies kacukan baru yang dihasilkan melalui penanaman dan kacukan. Spesies asalnya dikatakan datang dari Carribean dan Amerika Selatan yang beriklim tropika.
Spesies Caladium ‘Pink Symphony’ mempunyai daun bercorak bagaikan lukisan
batik manakala Caladium ‘Red flare’ pula berwarna merah pada keseluruhan
daunnya.
Beberapa spesies pokok keladi ini sesuai dipamerkan dalam satu pasu secara
kumpulan.
Pembiakan:
Pembiakan:
Ia dibiakkan menggunakan ubinya.
Penanaman:
Langkah 1: Dapatkan ubinya yang bertunas atau tanpa tunas anaknya.
Langkah 2: Tanam dalam medium tanaman kekal
Tanam ubinya sedalam kira-kira 2 sentimeter dari permukaan medium tanaman bagi memastikan sistem akarnya terbentuk dengan baik untuk pertumbuhan yang lebih subur.
Langkah 3: Siram medium tanamannya dan letakkan bekas tanaman di tempat teduh untuk mempercepatkan pertumbuhan akar anak pokok.
Pokok ini sesuai ditanam dalam campuran medium tanah yang kaya dengan humus. Medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi:bahan organik:pasir sungai) adalah sesuai untuk penanaman.
Penjagaan
Dedahkan kepada cahaya yang banyak tetapi terlindung untuk mendapatkan corak dedaun yang cantik.
Siram medium tanamannya dua kali sehari pada hari panas untuk mengekalkan kelembapan. Namun elakkan air bertakung dalam medium tanaman kerana ini boleh menyebabkan bahagian bawah perdu pokok menjadi reput. Jika ini terjadi keluarkan pokok dari medium tanamannya yang lembap itu. Basuh serta keringkan ubinya dan tanam semula dalam medium tanaman yang baru yang lebih gembur.
Baja organik seperti najis ayam adalah terbaik. Namun anda boleh juga gunakan baja kimia untuk pokok berdaun yang tinggi kandungan nitrogen. Elak gunakan baja biji yang boleh melecurkan perdu atau dedaunnya.
Iinfo Keladi hiasan
Pokok ini mengeluarkan getah yang gatal dan beracun jika bahagian pokoknya seperti batang daun dan ubinya dipotong. Oleh itu lakukan langkah berikut:

·
Pamerkan pokoknya di kawasan yang jauh dari tempat lalu lalang orang
ramai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
·
Gunakan sarung tangan ketika memotong batang daun atau ubinya.
·
Jika terkena getahnya segera basuh dengan air.
·
Jika keracunan seperti termakan dan sebagainya, segera dapatkan rawatan
doktor.
· Pokok keladi ini sangat menarik ditanam dalam
pasu cantik sebagai pokok spesimen untuk pameran dedaunnya. Ia juga sesuai
ditanam diatas tanah untuk hiasan landskap ala tropika.
No comments:
Post a Comment