serenemaklong.blogspot.com
KONSEP
Container Gardening merujuk kepada
satu cabang seni taman di mana pelbagai tanaman hiasan ditanam dalam bekas
seperti polibeg, pasu, kekotak tanaman, kekotak tingkap, raga gantung dan
sebagainya untuk menghiasi laman, taman atau ruang lain di kediaman, pejabat
atau pelbagai premis lain.
Konsep Container
Gardening hanya sesuai untuk digunakan bagi tujuan:
- Hiasan Segera – Pokok berpasu diguna untuk menghiasi pentas atau tapak pameran ekspo, majlis rasmi dan tidak rasmi seperti perkahwinan dan juga pelancaran projek bagi mengindahkan majlis tersebut selama beberapa ketika sahaja seperti beberapa jam atau hari.
- Hiasan Luaran – Pokok berpasu diguna untuk menghiasi kawasan luar kediaman, kompleks perniagaan dan pusat membeli-belah, pejabat, hotel, pihak berkuasa tempatan dan pejabat jabatan kerajaan.
- Hiasan Dalaman – Pokok berpasu diguna untuk menghiasai ruang dalaman kediaman, pejabat dan sebagainya. Tanaman yang diguna kebanyakannya adalah daripada jenis pokok berdaun cantik yang hidup lama dalam premis dan sesuai tumbuh di tempat teduh.
Tanaman hiasan ditanam dalam pasu dan bekas tanaman lain supaya
mudah dialih. Oleh itu ia boleh diganti dengan pokok baru agar
sentiasa nampak segar dan menarik. Pada masa yang sama pokok yang kurang subur
boleh dirawat semula seperti dibaja, ditukar atau ditambah medium tanamannya
agar subur semula. Tanaman juga boleh dialih untuk disusun atur semula bagi
mendapatkan kelainan dari segi penampilan pameran.
Konsep ini sesuai untuk semua jenis kediaman. Malah ia
menjadi lebih praktikal di rumah pangsa atau apartmen yang mempunyai ruang
terhad. Ruang dalaman yang sempit boleh dijelmakan menjadi kawasan taman mini
yang indah.
Teknik
penanaman dan pameran
Teknik 1: Tanaman hiasan ditanam secara solo dalam
pasu dan pelbagai bekas tanaman pilihan untuk dipamerkan keliling kediaman atau
premis. Sekiranya tanaman hiasan itu berada dalam pasu yang kurang menarik,
alihkan ia ke dalam bekas yang lebih cantik.
Susun pasu atau bekas tanaman tersebut dalam kumpulan agar tampak unik
dan indah.
Teknik 2: Beberapa jenis tanaman hiasan digubah dalam
satu pasu atau bekas tanaman yang cantik dan bersaiz besar.
Teknik 3: Tanaman hiasan ditanam dalam polibeg atau
pasu kecil boleh disusun rapi sebagai sebuah taman mini. Ia digubah seolah-olah
seperti ditanam di atas tanah.
No comments:
Post a Comment