ANAK umpama kain putih yang suci
dan bersih. Jika dibentuk sejak awal, in sha Allah dia akan membesar dan
menjadi hamba yang taqwa.
Jangan ajar dia menari, tetapi ajar dia cara bersolat.
Jangan ajar dia menyanyi, tetapi ajar dia membaca Al-Qur'an.
Jangan cantikkan dia dengan mekap, tetapi cantikkan dia dengan hijab.
Jangan biarkan dia menjadikan pelakon atau penyanyi sebagai contoh dalam hidup, tetapi ajarkan dia bahawa Nabi Muhammad saw dan orang-orang beriman adalah sebaik-baik contoh untuk diikuti.
Pada hari Penghakiman, hari di mana "manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu dan ayahnya", ketahuilah ibu dan ayah akan ditanya tentang segala sesuatu yang diajarkan kepada anak masing-masing.
Jadi cubalah yang terbaik untuk membesarkannya di atas landasan ajaran Islam.
No comments:
Post a Comment