Sunday, October 28, 2018

TENTANG QALBU ZIKIR





Firman Allah Ta’ala:
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya:
“Aku buatkan didalam rongga anak Adam satu mahligai, dan didalam mahligai itu ada DADA, dan di dalam Dada itu ada HATI, dan di dalam Hati itu ada FUAD, dan di dalam Fuad itu ada SYAGOFAN, dan di dalam Syagofan itu ada LUBBAN, dan dalam Lubban itu ada RAHSIA, dalam Rahsia itu ANA/Aku.” (Hadis Qudsi).

Syarah (penjelasan)

1. SODRON (Dada), dinamakan Sodron sebabnya ia adalah tempat terbitnya “Nurul Islam”.

Seperti firman Allah:
افمن شرح الله صدره للاسلام فهو على نور من ربه.
“Adakah sama barangsiapa dibukakan Allah Ta’ala Dadanya kepada agama Islam adalah dia beroleh cahaya dari pada Tuhannya. ” (az-Zumar: 22).

2. QOLBAN ( hati), sebabnya ia adalah tempat terbitnya cahaya “Iman”.

Firman Allah:
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان.
“Merekalah yang disurat Allah di dalam hatinya iman. ”

3. FUADAN. Iaitu tempat batin sanubari, kerana ia tempat terbitnya cahaya “Ma’rifat”.

Firman Allah:
ما كذب الفؤاد ما راءى.
“Tiada bohong fuadnya pada barang yang dilihatnya. ” (an-Najm: 11).

4. SYAGOFAN. Umpama embun, kerana ia tempat terbitnya cahaya “Mahabbah” (cinta).

Firman Allah:
قد شغفها حبا.
“Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. ” (Yusuf: 30).

5..LUBBAN (Budi), sebab dia tempat terbitnya “Tauhid” atau cahaya fana’ pada Allah.

Firman Allah:
ان فى ذلك لذكرى لاؤلى الالباب.
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang berakal. ” (az-Zumar: 21).

6. SIRRON. iaitu “Rahsia”, atau cahaya baqo’ dengan Allah.

Firman Allah:
فانه يعلم السر و اخفى.
“Maka mengetahui rahsia dan yg lebih tersembunyi. ” (Thoha: 7).

7.ANA, iaitu Aku. Tempat tajalli Aku, tempat Aku taruh rahsia-Ku, tempat mengenal Aku.

Firman Allah:
قل اننى انا الله لا اله الا انا.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada ada Tuhan selain Aku. ” (Thoha: 14).

Firman Allah dalam Hadis Qudsi:
الانسان سرى و انا يره.
“Manusia itu rahsiaku dan aku rahsianya".

[Sumber FB Ahmad Ezry]

No comments:

Post a Comment