Monday, October 29, 2018

Yang Aku Takut





MENCARI HAKIKAT DIRI
MELIHAT KE DALAM DIRI

Yang aku takut, hatiku kian keras dan sukar menerima nasihat namun pandai menasihati orang lain.

Yang aku takut, aku merasa paling benar sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut, egoku terlalu tinggi hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut, aku lupa bercermin diri namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut, ilmuku akan membuatku menjadi sombong dan memandang hina pada yang berbeza denganku.

Yang aku takut, lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku namun lupa dengan aibku sendiri yang kian menggunung.

Yang aku takut, aku hanya hebat dalam berkata-kata namun buruk dalam bertindak.

Yang aku takut, aku hanya pandai berdakwah namun sukar untuk mentaati.

Yang aku takut, aku hanya bijak mengkritik namun lemah memperbetulkan diri sendiri.

Yang aku takut, aku membenci dosa orang lain namun enggan membenci dosaku sendiri.

Yang aku takut, mereka memuji memuja sedangkan aku bukanlah seperti yang mereka sangka.

Manisnya pujian umpama gula, bakal merosakkan jasmani dan jiwa.
 Pahitnya teguran umpama peria, bisa mengubati jiwa yang terleka.

Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hatiku ke arah kesesatan sedangkan Kau telah hamparkan hidayah buatku.

Aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin.


Muhasabah


Jika ada HATI, didiklah ia untuk mencintai perkara-perkara yang baik, sebelum ia MATI..

Jika ada MATA, lihatlah perkara-perkara yang baik, sebelum ia BUTA..
Jika ada LIDAH, tuturkanlah kata-kata yang baik, sebelum ia BISU..
Jika ada TANGAN, gunakanlah ia ke arah kebaikan, sebelum ia KUDUNG..
Jika ada KAKI, gunakanlah ia untuk menuju 
ke arah kebaikan, sebelum ia TEMPANG..
Jika ada IBU BAPA, kasihilah mereka seperti kita mengasihi diri sendiri, sebelum mereka pergi dijemput ILAHI...



Pintu SYURGA menjanjikan KENIKMATAN..
Pintu NERAKA mengotakan PEMBALASAN..
Pintu HIDAYAH menyuluh IMAN..
Pintu IMAN membenteng KEKUFURAN..
Pintu TAUBAT mensucikan noda KEMAKSIATAN..
Pintu HATI mendambakan KEREDHAAN..
Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN..
Pintu ILMU melahirkan CENDEKIAWAN..
Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN..
Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN..
Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..



Sunday, October 28, 2018

TENTANG QALBU ZIKIR





Firman Allah Ta’ala:
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya:
“Aku buatkan didalam rongga anak Adam satu mahligai, dan didalam mahligai itu ada DADA, dan di dalam Dada itu ada HATI, dan di dalam Hati itu ada FUAD, dan di dalam Fuad itu ada SYAGOFAN, dan di dalam Syagofan itu ada LUBBAN, dan dalam Lubban itu ada RAHSIA, dalam Rahsia itu ANA/Aku.” (Hadis Qudsi).

Syarah (penjelasan)

1. SODRON (Dada), dinamakan Sodron sebabnya ia adalah tempat terbitnya “Nurul Islam”.

Seperti firman Allah:
افمن شرح الله صدره للاسلام فهو على نور من ربه.
“Adakah sama barangsiapa dibukakan Allah Ta’ala Dadanya kepada agama Islam adalah dia beroleh cahaya dari pada Tuhannya. ” (az-Zumar: 22).

2. QOLBAN ( hati), sebabnya ia adalah tempat terbitnya cahaya “Iman”.

Firman Allah:
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان.
“Merekalah yang disurat Allah di dalam hatinya iman. ”

3. FUADAN. Iaitu tempat batin sanubari, kerana ia tempat terbitnya cahaya “Ma’rifat”.

Firman Allah:
ما كذب الفؤاد ما راءى.
“Tiada bohong fuadnya pada barang yang dilihatnya. ” (an-Najm: 11).

4. SYAGOFAN. Umpama embun, kerana ia tempat terbitnya cahaya “Mahabbah” (cinta).

Firman Allah:
قد شغفها حبا.
“Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. ” (Yusuf: 30).

5..LUBBAN (Budi), sebab dia tempat terbitnya “Tauhid” atau cahaya fana’ pada Allah.

Firman Allah:
ان فى ذلك لذكرى لاؤلى الالباب.
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang berakal. ” (az-Zumar: 21).

6. SIRRON. iaitu “Rahsia”, atau cahaya baqo’ dengan Allah.

Firman Allah:
فانه يعلم السر و اخفى.
“Maka mengetahui rahsia dan yg lebih tersembunyi. ” (Thoha: 7).

7.ANA, iaitu Aku. Tempat tajalli Aku, tempat Aku taruh rahsia-Ku, tempat mengenal Aku.

Firman Allah:
قل اننى انا الله لا اله الا انا.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada ada Tuhan selain Aku. ” (Thoha: 14).

Firman Allah dalam Hadis Qudsi:
الانسان سرى و انا يره.
“Manusia itu rahsiaku dan aku rahsianya".

[Sumber FB Ahmad Ezry]

Perempuan Berlian Tidak Jadi Pengikut Selfie




Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah سبحانه وتعالى adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki. 

Jika seseorang perempuan itu ingin melamar lelaki yang diminatinya, dia bolehlah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki berkenaan.

Bukan memperagakan kecantikannya mundar-mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan gambar di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi. 

Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian. Jikalau berlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan.

Pesanan Sheikh Nuruddin Al-Banjari 




Wanita Dan Wang


Sifat berjaga-jaga dan berhati-hati ini merupakan asset yang amat berharga untuk golongan wanita lebih mendalami segala ilmu pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan.

TIDAK seperti dulu, wanita hari ini mempunyai kuasa dan potensi menjana pendapatan yang lebih. Memang ramai wanita yang bergelar graduan setiap tahun, serta ramai juga yang memanjat tangga korporat dalam setiap industri. Kebanyakan keputusan belian untuk isi rumah juga dilakukan oleh wanita, dan kerana itu majoriti wanita menguruskan pembayaran bil keluarga.

Namun terdapat kajian mengatakan wanita masih kurang melibatkan diri dalam membina kekayaan, melabur dan merancang kewangan jangka panjang. Mengapa ini berlaku?

Sifat wanita berhati-hati membuatkan golongan ini sukar  mengambil risiko kewangan. Memang sifat ini baik terutamanya dalam meminimumkan kerugian kewangan. Sering dilihat bahawa lebih ramai golongan lelaki yang terjerumus dalam skim pelaburan yang hanya meleburkan wang mereka sahaja. 

Oleh kerana golongan wanita merupakan pembuat keputusan belian dalam isirumah seperti membeli pakaian keluarga, isi dapur dan pengurusan bil dan lain-lain, membuatkan mereka melihat transaksi kewangan jangka pendek sahaja dan kurang mengambil masa melihat pengurusan kewangan jangka panjang.

Satu lagi sebab yang mungkin membuatkan golongan Hawa kurang mencapai matlamat kewangan jangka panjang adalah sifat kasih sayang wanita yang sering mengutamakan anak dan keluarga dalam jangka masa pendek, sanggup berkorban apa sahaja termasuk kewangan demi kepentingan keluarga.

Sifat-sifat wanita yang disebutkan ini sememangnya merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Namun, ia juga boleh menjadi penghalang dari segi kewangan. Di zaman ini, mudah mendapatkan infomasi di hujung jari sahaja.

Golongan wanita zaman ini lebih ramai  yang bergelar graduan, usahawan, ahli korporat dan juga surirumah yang amat peka dengan selok belok kewangan. Dalam memperkayakan diri dan keluarga dari segi kewangan, kita perlu perkayakan diri dengan ilmu kewangan!  


Tulisan oleh Irfan Khairi

Tetapkan Fitrahnya Sejak Awal






ANAK umpama kain putih yang suci dan bersih. Jika dibentuk sejak awal, in sha Allah dia akan membesar dan menjadi hamba yang taqwa.

Jangan ajar dia menari, tetapi ajar dia cara bersolat.

Jangan ajar dia menyanyi, tetapi ajar dia membaca Al-Qur'an.

Jangan cantikkan dia dengan mekap, tetapi cantikkan dia dengan hijab.

Jangan biarkan dia menjadikan pelakon atau penyanyi sebagai contoh  dalam hidup, tetapi ajarkan dia bahawa Nabi Muhammad saw dan orang-orang beriman adalah sebaik-baik contoh untuk diikuti. 

Pada hari Penghakiman, hari di mana "manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu dan ayahnya", ketahuilah ibu dan ayah akan ditanya tentang segala sesuatu yang diajarkan kepada anak masing-masing.

Jadi cubalah yang terbaik untuk membesarkannya di atas landasan  ajaran Islam.
 



Muslimah - Anak-anak Perlukan Mu



Pesanan dari Baihaqi Alhamdulillah

Hari ini kita saksikan banyak muslimah berlumba-lumba tampil cantik. Mengejar fashion mode terbaru dan selalu update tren kekinian. Mempelajari tutorial make up dari a-z. Tidak lupa, tutorial hijab pun menjadi hobi muslimah zaman sekarang.

Para muslimah berlumba-lumba upload foto tercantik di akun sosmed masing-masing. Ada kebanggaan tersendiri ketika foto di-like banyak orang. Makin galak ketika ada yang memuji kecantikan wajahnya. Status selebgram pun menjadi cara ampuh untuk memanjat tangga sosial di kalangan anak muda zaman sekarang.

Ukhti, kelak engkau akan sedar. Ketika engkau menjadi ibu bagi anakmu, mereka tidak peerlu ibu yang super cantik. Mereka tidak perlu ibu yang boleh tampil menawan di setiap saat. Mereka tidak perlu ibu yang bajunya mahal-mahal dan kekinian. Anak-anakmu juga tidak perlu ibu yang foto selfienya di-like ribuan orang dan memiliki jutaan followers.

Tidak, mereka tidak perlu itu semua. Mereka hanya perlu ibu yang boleh mendidik mereka dengan baik. Yang mampu menjadi tempat mencurahkan isi hati mereka. Menjadi pelarian mereka saat sedang bersedih hati dan memberi pelukan hangat yang mententeramkan. Mereka perlu ibu yang boleh menjadi pendamping tepat bagi ayah mereka untuk memimpin keluarga. Mereka perlu sosok teladan yang boleh mereka banggakan dan dikenang sepanjang hidup.

Ukhti, pelajarilah agamamu dengan baik. Sungguh, berkeluarga adalah ibadah seumur hidupmu. Itulah ladang terbesarmu untuk menuai pahala. Pernikahan bukan hanya tentang Fulan jatuh cinta pada Fulanah. Itu adalah ibadah terberat yang engkau mau tidak mau harus menjalaninya. Dan tidaklah ibadah itu boleh kau lakukan dengan baik tanpa ilmu yang cukup.

Bagi engkau yang sudah menikah, mari perbaiki diri. Buka kembali rancangan awal mengapa engkau menikah dengannya. Pelajari ilmu agama dengan lebih serius dan jadilah ibu yang lebih baik bagi anak-anakmu. Belum terlambat untuk memperbaiki semuanya. Pelan-pelan, mulailah dari yang paling utama.

Bagi yang belum menikah, kesempatanmu masih ada. Sungguh, kehidupan dunia sekarang memang melalaikan. Itulah cabaran terbesar. Berusahalah untuk buat lebih baik di dunia fana ini dan mulai merangkakan perjalanan menuju akhiratmu. Pelajari ilmu agama ini sebagai pedoman utama hidup dan belajarlah dari mereka yang  berpengalaman. Segeralah membuat perancangan dengan baik, kerana sesungguhnya saat ini engkau berlumba dengan waktu. Kelak jika saat itu tiba, buatlah anakmu bangga memilikimu sebagai ibu.

Kerana engkaulah pintu syurga utama bagi anak-anakmu, maka buatlah dirimu pantas mendapat kehormatan itu...

Hakikat Qorin


Pada setiap saat sentiasa berlaku keadaan tarik menarik di antara Malaikat dan Qorin pendamping yang berusaha keras untuk menguasai jiwa manusia.

Malaikat mengajak kepada sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, kejernihan hati, mengasihi sesama manusia dan makhluk Allah yang lain, apa saja yang boleh mendekatkan manusia kepada Allah S.W.T.

Qorin pula memperindahkan sifat-sifat  mazmumah berupa hasad dengki, dendam, sombong, cinta dunia dan nafsu syahwat, apa saja keburukan yang boleh menjarakkan manusia dari Allah S.W.T.

Dunia ini kenderaan ciptaan Allah. Jika manusia memandu mengikut cara malaikat, dunia akan membawa kita kepada Allah dan Syurga-Nya.

Sebaliknya, jika dunia dikuasai Qorin yang memandu, nescaya jatuhlah manusia ke jurang neraka dan kemurkaan Allah.

Semoga Allah S.W.T. memberikan kita perlindungan dan hidayah berterusan serta pedoman untuk kita hidup dalam keadaan jiwa berTuhan.

Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbul Alamin.

ILMU



Tabahkan DIRIMU bak srikandi KHADIJAH 

Haluskan AKHLAKMU seperti FATIMAH AZ-ZAHRA 

Sampaikan ILMUMU sebijak si merah AISYAH 

Teguhkan IMANMU seteguh SUMAIYAH

Sucikan HATIMU seperti RABIATUL ADAWIYAH... 

Barulah dirimu menjadi AINUL MARDIYAH..



1. Ilmu lebih istimewa daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Haman dan Firaun.

2. Ilmu selalu menjaga kita sedangkan harta perlukan kita untuk menjaganya.

3. Orang berilmu ramai kawan sedangkan orang kaya pula ramai musuhnya.

4. Ilmu bila diajarkan semakin bertambah sedangkan harta bila dikeluarkan semakin berkurang.

5. Di hari kiamat, orang berilmu dapat memberi syafaat sedangkan orang berharta dihisab dengan berat.

6. Ilmu bila dibiarkan tidak akan rosak sedangkan harta yang tidak diusahakan akan berkurang, bahkan habis dimakan.

7. Ilmu itu penerang hati dan orang berilmu pula bersikap lemah lembut, sedangkan harta merosakkan hati dan pemilik harta bersikap takabbur, menunjuk-nunjuk dan ingkar kepada Allah.

(Inilah jawapan Ali Bin Abi Talib bila kecerdasan akalnya diuji bertalu-talu oleh 10 orang Khawarij)

Memerangi Hawa Nafsu


Kehidupan bertanya kepada kematian (maut), 
"Mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?"

Jawab maut, "Kerana kau itu kebohongan yang indah, sedangkan aku ini kenyataan yang menyakitkan."

Untuk menjadi hamba Allah yang taat perintah Allah S.W.T., kita mesti berhenti melakukan maksiat.

Sebenarnya hendak menjadi taat itu mudah bagi ramai orang namun untuk meninggalkan syahwat dan maksiat hanya mampu dibuat oleh orang-orang yang benar dalam taubat dan benar dalam janji hendak melakukan perubahan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang BERHIJRAH DARIPADA KEJAHATAN (meninggalkan kejahatan).

Dan mujahid yang sebenarnya ialah ORANG YANG MEMERANGI HAWA NAFSUNYA."

Monday, October 22, 2018

KAFAN




KAFAN ITU TIDAK BERSAKU
Tak boleh kau masukkan wang seringgit dua pun untuk jadi bekalan.

Kerana ketika kita mati,
Allah tak melihat berapa banyak hartamu.
Tapi apa yang pernah kau beri.

KAFAN ITU TAK BERWARNA WARNI
Tak dapat kau fashion-kan ketika kelak tubuhmu terbujur kaku tanpa ada daya upaya.

Kerana ketika mati,
Allah tak menilai seberapa indah dan mahal pakaian duniawimu,
yang kau kenakan tetap kain putih, murah, bahkan tak berjahit

KAFAN ITU TAK MEMILIKI TUTORIAL,
Tak perlu kreativiti ketika dikenakan.

Kerana ketika mati,
Allah tak menilai indah atau tidak seorang manusia ketika memakainya.

Pada akhirnya,
pakaian taqwa manusia bukanlah karya designer ternama, tapi secarik kain putih polos tanpa warna.

KAIN KAFAN ITU PUTIH WARNANYA…

Seperti harapan kita semua,
semoga telah putih hatinya dari khilaf dan dosa.
Agar kelak layak untuk masuk ke dalam Jannah ﺍَﻟﻠّﻪُ Azza Wa Jalla.

KAIN KAFAN ITU SAMA BAGI SEMUA MANUSIA.

Sama harganya.
Sama warnanya
Sama cara pemakaiannya
Tak boleh kau selipkan apa-apa di dalamnya.
Menutup sekujur tubuh dari kaki hingga kepala.

LALU…..,

MASIH ADAKAH RASA ANGKUH DALAM DIRI KITA
menganggap diri lebih mulia daripada segolongan manusia yang lain.?

Astaghfirulllah,
ampuni kami ya Rabb..

Wallahu a’lam Bishawab

Semoga Bermanfaat dan segala puji bagi ALLAH
Wassallam

Syirik Dan Bala Di Palu Sahaja.. Di Malaysia?




Bala akan turun apabila kemaksiatan dan kesyirikan berleluasa atau terang-terangan..dan tiada lagi teguran atau tentangan dari masyarakat.alim ulama dan masyarakat dah tidak boleh berbuat sesuatu...maka tunggulah janji Allah..

Terbukti di Palu...selepas berlaku bala gempa bumi.tsunami.likuifaksi..terlihat di dinding tembok.. tertulis..wali kota Setan... turunkan wali kota setan...angkara kemarahan rakyat kerana.. pemimpin merestui..ritual syirik.. yang telah dihentikan.. tetapi dihidupkan semula dengan restu wali kota...atas dasar tarikan pelancongan..

Apakah khurafat yang membawa kesyirikan itu tidak berlaku di sini... apakah disembunyikan saja.. tidak terang terangan...

1.Amalan sihir dan perbomohan..

Membarah dalam masyarakat hari ini.. di kalangan keluarga berlaku...adik sihir kakak..dek harta.. suami isteri disihir pemisah.. . di kalangan pekerja pejabat dan perniagaan..kedai disihir.. orang tak nampak..padahal kedai dibuka.... perebutan jawatan berlaku.. pekerja disihir dan tak mampu ke pejabat dan sakit.. .. di kalangan politik dan pentadbiran berlaku... perebutan kuasa .kerusi.jawatan...berapa ramai pemimpin yang bertemu bomoh  siam..asli dan lain lain menjelang pemilihan....dimana mana pun sihir ini tetap wujud..

2, Amalan karut Marut diamal masyarakat..dirumah ...
ladam kuda.paku..wafak.isim..diletak di dalam rumah... percaya kepada ritual amalan orang tua-tua..terhindar ahli keluarga dari gangguan hantu...takut ke syaitan pada paku??

Pemimpin juga masyarakat bersama.. meletakkan bahan pemulih setawar....d itiang seri... dalam membina rumah baru...ada amalan meletak wang syiling di atas tiang... dengan harapan rumah dibina selamat dan murah rezeki...

Kuburan.pokok besar.keramat. tasik.sungai....tempat masyarakat..meminta pertolongan dan berkat.menarik duit.dan pelbagai hajat... kuburan diikat kain kuning..di pokok . diletakkan makanan..di sungai.dihanyutkan ancak..air tasik disapu perut untuk dapat zuriat..Syilling dilempar dalam perigi.. murah rezeki..

Sejak kecil anak diamalkan dengan kesyirikan..diikat tali..d ilengan..simpulan tali dengan kepercayaan.anak tak menangis.. tidak diganggu syaitan...tidak terkena sawan dan lain lain..apalah kuasa tali. yang diserapahkan..

Bila mengandung..ada pula melenggang perut...supaya tidak keguguran...dipakai tangkal..elak janin dimakan hantu...

Persilatan..mandi minyak.kebal dan amalan yang tak tahu sumber..menarik syaitan dalam amalan .memenuhi kehendak syaitan...tertipu dengan amalan yang nampak betul tapi sesat..amalan zikir 3qul 1000x sehari nampak islamik tetapi tujuan untuk kebal..Allah tolak amalan itu.. yang ada syaitan...jurus yang menggunakan makhluk halus.. serangan dari jauh dan lain-lain.

Masih ada lagi yang meminta perlindungan dari jin dan syaitan.apabila memasuki hutan.rumah tinggal.laut. sungai..dengan..minta lalu / tabik tok nenek..minta simpang malaikat 44.

Menuntut ilmu hitam untuk kuat dan membalas dendam untuk lelaki, membela pelesit.untuk perempuan jaga suami. jadi cantik .tak kurang yang menggunakan raksa dan susuk... akhirnya menjadi saka untuk keturunan..yang berpanjangan...
.
Pelbagai kepercayaan ini tetap membarah dan semakin digemari masyarakat...dan semakin kurang yang menegur... apakah kita juga bersedia diPalu kan..

Ustaz Khairul.

Erti Ijab Qabul





Tanggungjawab BESAR suami selepas Ijab Qabul terucap dalam kalimat, ''Aku terima nikahnya si.... binti si.... dengan mas kawin......di bayar tunai....”.

Singkat, padat dan jelas.Tapi tahukah makna “perjanjian atau ikrar” tersebut? Itu tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat?

Yang tersirat ialah : "Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang dia jadikan isetri) dari ayah dan ibunya. Dosa apa saja yang telah dia lakukan. Dari tidak menutup aurat hinggad ia meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang dia jadikan isetri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahwa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk ke dalam Neraka Jahanam.. dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ".

Jika aku GAGAL (si Suami)? ”Maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka. Aku rela malaikat menyeksaku hingga hancur tubuhku”.(HR. Muslim). 

Duhai para isteri...
Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu. Kerana saat Ijab terucap, Arasy-Nya bergoncang kerana beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH, dengan disaksikan para malaikat dan manusia .Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu, maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu...

SubhanAllah.. beratnya beban yang ditanggung suami. Bukankah untuk meringankan tanggungjawabnya itu bererti seorang isteri harus patuh kepada suami,menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya? Juga mendidik putera puteri agar mengerti tentang agama dan tanggungjawab. Semoga kita semua menjadi orang tua yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah,mawaddah,dan warahmah. Aamiin Yaa Rabbal'alamiin....

Ya Allah Ya Rabb...
Anugerahkanlah Pasangan Yang baik Soleh/Soleha Untuku dan untuk semua orang yang mengucap "Aamiin" Jadikanlah keluarga kami Sakinah Mawadah Warrahma.

Aamiin Ya Robbal Alamiin

Menjelang Kematian

ALLAH Subhanahu Wata'ala telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian..

Tanda 100 hari menjelang ajal : Selepas waktu Asar (Di waktu Asar kerana pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari hujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya,

Bagi yang menyedarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyedari, tidak ada pengaruh apa-apa..

Tanda 40 hari menjelang kematian : Selepas Asar, jantung berdenyut - denyut.. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur..

Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari..

Tanda 7 hari menjelang ajal : Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan..

Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu..

Tanda 3 hari menjelang ajal : Terasa denyutan di tengah dahi, Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang
memandikan kita nanti..

Tanda 1 hari sebelum kematian : Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempat menemui Asar esok harinya..

Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bahagian pusat, kemudian ke pinggang lalu ke tenggorok, maka dalam keadaan ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimah syahadat..

Sahabatku yang budiman, subhanALLAH, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya..
Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, meng- kafani dirinya, kecuali bahagian wajah yang belum ditutup..

Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya..
SubhanALLAH..

Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang- orang yang terpilih.. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian bila dan di manapun kita berada..

Dan semoga akhir hidup kita semua Husnul Khatimah.

Marilah kita berdoa, bermunajat kepada Allah. Semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari segala dosa yang telah lalu.

Aamiin


Solat Jangan Tak Solat


1. Orang yang tak solat akan ada banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
    - Ustaz Azhar Idrus..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat
    - Ustaz Haslin Baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak, masuk api neraka! Tapi cakap, "Jom solat. Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama. InsyaAllah
        - Tuan Guru Haron Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

 Rasulullah bersabda,
 "Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 SELAMAT BERAMAL 


Saturday, October 20, 2018

Letih Berbuat Baik



Allah menjadikan lidah untuk:
- berzikir dan berselawat
- membaca al-Quran
- membimbing manusia ke jalan kebenaran
- meluahkan kehendak dan hajat, sama ada bagi urusan dunia mahupun akhirat.
- memohon/mendoakan kebaikan untuk orang lain
- dan lain-lain perkara yang baik.

Allah melarang lidah digunakan untuk:
- berbohong
- mungkir janji
- berbantah-bantah dengan pendapat orang l
lain
- memuji diri sendiri
- melaknat
- mendoakan kecelakaan ke atas orang lain
- mengejek atau memperolok-olokkan orang
lain.
- dan lain-lain perkara yang buruk.

(Bidayatul Hidayah; Imam Al-Ghazali

Keringnya Pokok


Keringnya pokok tidak disirami air.
Keringnya hati tidak disirami ilmu.
Bergunanya pokok apabila menghasilkan buah
Bergunanya ilmu apabila menghasilkan amal.

Ya Allah, berikan kami:
mata yang hanya melihat kebaikan,
hati yang pemaaf,
minda yang mampu melupa kepahitan,
jiwa yang yakin takdir-Mu adalah terbaik.

Dari air kita belajar ketenangan
Dari batu kita belajar kekuatan
Dari tanah kita belajar kehidupan
Dari rama-rama kita belajar mengubah diri
Dari padi kita belajar rendah hati
DARI ALLAH KITA BELAJAR KASIH SAYANG



Setiap seruan ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran akan datang sebagai saksi di hadapan Mahkamah Agung yang memperakui bahawa Sang Penyeru telah menunaikan kewajipannya sebagai khalifah.

Dia juga telah menjalankan kewajipan yang dianjurkan oeh Rasulnya supaya tetap menyampaikan walaupun hanya sepotong ayat.

Allah berfirman dalam Surah Al Israa':

16. Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Hidayah Turun Dari Langit Ikhlas Naik Dari Bumi



Mereka yang kufur memang jelas di mana mereka akan ditempatkan. 

Tetapi yang Muslim pun boleh berada di tempat yang sama jika gagal menepati piawaian yang Allah tetapkan (termasuk Redha dan Rahmat-Nya). 

Terlalu banyak hal-hal duniawi yang boleh menyeret kita ke sana.

"Ya Tuhan kami, janganlah Kau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Kau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; kerana Kau Maha Pemberi. (Al Baqarah ayat 8) 

Kejutkan Hati Dan Jiwa




Sahabat dan kaum kerabat: 

KEJUTKANLAH HATI DAN JIWA KITA. ALLAH SEDANG MENANTI KITA!

*DIALOG ALLAH DAN MANUSIA*

ALLAH: "Hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"

HAMBA: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."

ALLAH: "Hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"

HAMBA: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."

ALLAH: "Hamba Ku solat witir saja.."

HAMBA: "Ilahi, aku letih sekali, apa tidak ada cara lain?"

ALLAH: "Hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."

HAMBA: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."

ALLAH: "Hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."

HAMBA: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."

ALLAH: "Hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."

Sampai disini si Hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.

ALLAH: "Lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."

MALAIKAT: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."

ALLAH: "Bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."

MALAIKAT: "Ilahi, dia tetap tidur."

ALLAH: "Katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."

MALAIKAT: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"

ALLAH: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.

☆☆☆☆☆☆☆

Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI

Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI

Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI

*Ampunilah kami Hamba Mu yang lemah ini*

Sahabat Yang Jujur


Sentiasa pesan pada hati, Allah selalu ada dan tak pernah tinggalkan kita dalam apa jua suasana

"Tidaklah seseorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundahan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahannya."
(HR Bukhari no. 5641)



Ketika panas terik matahari membakar kulit dan ubun-ubun siapa yang tidak ingin mencari pohon rendang untuk berteduh? 

Ketika tekak mulai mengering dan dahaga siapa yang tidak menolak air putih yang menyegarkan.

Sahabat bagaikan pohon rendang memberikan keteduhan dan bagaikan air segar yang mengembalikan tenaga.



Orang yang nasihat kita, bukan dia yang paling sempurna. 

Cuma dia pernah buat salah macam kita buat sekarang. Dia tak nak kita ulang apa dia buat sebelum ini.