Tuesday, June 19, 2018

Street Dakwah



Berdakwah melalui media sosial memang baik. Cuma hasil kerja itu hanya Allah yang tahu. Tapi bagi admin yang terbaik ialah bila kita sendiri keluar berdakwah kepada masyarakat sama ada Islam mahu pun belum Islam.

Semasa menjalani kursus haji di Masjid Assyakirin KLCC, terlihat sekumpulan belia menyebarkan risalah mengenai Islam kepada orang-orang di jalanan. Ini usaha yang sangat bagus bagi mereka yang sedang berjinak-jinak dengan Street Dakwah.

Bila sudah petah berbicara, kita boleh mendatangi sesiapa saja yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Islam. Saat paling membahagiakan ialah bila telinga kita mendengar sendiri orang yang kita dakwahi itu mengucap syahadah.

Beribadah untuk diri sendiri itu memang baik tetapi jika kita panjangkan ibadah itu kepada hamba Allah yang lain, itu adalah terbaik. Ertinya kita memanfaatkan diri kita ke jalan Allah. Macam yang dilakukan oleh pendakwah zaman dulu.

Kerja dakwah bukan setakat syahadah saja tapi kena juga disusuli dengan usaha bagi memastikan muallaf itu menjalani cara hidup Islam yang betul.

Sebelum berdakwah kepada orang lain, kita mesti berdakwah kepada diri sendiri dulu dengan pembinaan akhlak yang indah. Sebaik-baik dakwah ialah melalui akhlak yang mulia. Ini bentuk dakwah yang dilakukan tanpa suara. Sangat tidak cantik bila lidah bercakap tentang dakwah sedangkan perangai kurang beradab. Sikap macam ini tidak selari dengan ajaran Rasulullah s.a.w.

Kerja dakwah mampu dilakukan oleh hati yang cintakan Allah, tidak kira siapapun. Wanita yang terikat dengan tanggungjawab keluarga boleh melakukannya dengan cara bersahaja iaitu bercakap mengenai Islam dengan jiran, pekedai dan sebagainya yang belum lagi   Islam. Saya bercakap mengenai hal-hal Islam dengan pemilik salun rambut Cina dekat rumah saya.

Street Dakwah juga sesuai untuk warga emas solo yang tidak terikat lagi dengan hal-hal keluarga. Daripada duduk beribadah bersendirian di rumah, lebih baik keluar bergaul di samping menyahut seruan Nabi saw: "Sampaikan kepadaku sepotong ayat."

Street Dakwah - sesuatu yang admin idamkan untuk melakukannya satu hari nanti. Jika Allah beri peluang untuk terus bernafas dalam keadaan tubuh dan minda yang sihat dan bebas dari bebanan yang dipikul sekarang. 

InsyaAllah.

19 Jun 2018

No comments:

Post a Comment