Sunday, June 3, 2018

Peringatan Buat Hamba Allah


• Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solat seolah-olah dia mempunyai kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
• Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara ini.


• Orang yang paling miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang dia ada dan sentiasa bekerja untuk menambah hartanya.

• Orang yang paling rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal kebaikan.
• Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
• Orang yang mempunyai rumah paling sempit adalah orang yang matinya tidak membawa amal kebajikan lalu kubur menghimpitnya.

 ⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫ 



Daripada Abu Umamah al-Bahili radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلاَنِ ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ ، فَأَتَيَا بِي جَبَلاً وَعْرًا ، فَقَالاَ : اصْعَدْ ، فَقُلْتُ : إِنِّي لاَ أُطِيقُهُ ،
Ketika aku sedang tidur. Datang dua orang lelaki kepada ku lalu mereka menarik lenganku. Mereka membawa ku ke sebuah bukit yang gersang. Lalu mereka berkata kepada ku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak mampu melakukannya.
فَقَالاَ : إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ ، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا بِأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ ، قُلْتُ : مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ ؟
Mereka menjawab: Kami akan memudahkan hal ini untuk engkau. Lalu aku naik sehingga aku apabila tiba di puncaknya, aku mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat. Aku bertanya: Bunyi apakah itu?
قَالُوا : هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ ، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي ، فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ ، مُشَقَّقَةٍ أَشْدَاقُهُمْ ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا :
Mereka menjawab: Ini adalah jeritan ahli neraka. Kemudian aku dibawa pergi sehingga aku tiba kepada satu kaum yang dirantai pada betis mereka. Mulut mereka dalam keadaan terkoyak, dan mengalirnya darah daripada mulut mereka.
قَالَ قُلْتُ : مَنْ هَؤُلاَءِ ؟ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ ،
Abu Umamah berkata: Aku bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Mereka adalah orang yang berbuka puasa sebelum tiba waktunya.
Sahih Ibnu Khuzaimah, Kitab al-Sawm, hadis no: 1986
[Dari FB Page Norhizat Ibnu Radzi]

Gunakan mata untuk membaca perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi buta.
Gunakan telinga untuk mendengar perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi pekak.
Gunakan lidah untuk bercakap perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi bisu.
Gunakan jari untuk menulis perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok jari kita jadi kudung.
Gunakan kaki untuk pergi ke tempat yang baik-baik, entahkan esok kaki kita jadi lumpuh.
Gunakan otak untuk fikirkan perkara yang baik-baik, entahkan esok otak kita jadi nyanyuk.
Hari ini buatlah perkara yang baik-baik, entahkan esok kita meninggal dunia.
GUNAKAN SELURUH KURNIAAN SEBAIK-BAIKNYA DAN SEDAR UNTUK APA KITA DICIPTA.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku." (Az Dzariyat ayat 56).



“Tiga golongan orang yang tidak akan menghadapi ketakutan pada hari kiamat yang dahsyat dan mereka tidak akan dihisab. Mereka bergembira di atas timbunan kasturi sehingga semua makhluk selesai dihisab.

Pertama, seorang yang membaca al-Quran semata-mata mencari keredhaan Allah dan dia mengimami orang ramai dan mereka suka dengannya.

Kedua, seseorang yang menyeru (manusia) kepada solat semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.

Ketiga, seseorang hamba Allah yang berlaku baik kepada tuannya dan kepada orang-orang bawahannya."
(H.R Tirmizi, Tabarani: Majma‘ uz-Zawa’id)

No comments:

Post a Comment