Sunday, June 3, 2018

Kita Dan Harta



Seorang hamba soleh bertemu dengan seorang lelaki sedang memegang wang dirham. 

Hamba soleh bertanya, ‘Wang ini milik siapa?’ 


Si lelaki berkata ‘Wang ini milik saya.’ 

Orang soleh selanjutnya menjelaskan: ‘Wang hanya akan jadi milikmu jika engkau infakkan pada jalan kebajikan, atau dalam mensyukurkan nikmat Allah’, lantas dia lalu bermadah:

أنتَ للمال إذا أمسكتَه ... فإذا أنفقتَه فالمالُ لَكْ ...

ANDA AKAN DIKUASAI HARTA SELAGI ANDA MENYIMPANNYA. NAMUN JIKA ANDA MENGINFAKKANNYA, IA AKAN JADI MILIK ANDA.

[Sumber: Tafsir Ibnu Kathir 8/473]



Ibnu Mas’ud pernah berkata: "Kalau kamu ingin menyimpan hartamu di tempat yang tidak dapat ditemukan olih pencuri bahkan semut sekalipun maka simpanlah dalam bentuk sedekah."
.
Imam Sofyan Al Saury pula selalu gembira apabila bertemu orang miskin atau orang memerlukan bantuan sambil beliau berkata: "Selamat datang orang yang akan mencairkan dosa-dosaku…."

Imam Fudhail bin Iyadh juga menuturkan : "Orang miskin yang kita santuni itu membawakan bekal kita sehinggakan bekal itu diletakkan di atas timbangan yang berat di sisi Allah SWT…"

Ketika Allah SWT mengurniakan banyak harta pada kita, namun di dalam harta itu ada hak orang yang dititipkan pada kita untuk kita sampaikan supaya datanglah RahmatNya , pengampunanNya dan Syurga. Begitulah mereka yang memahami makna sedekah.

Setiap tahun Amirul Mukminin selalu berkata:. "Tebarkan biji gandum di atas gunung, supaya tidak ada yang mengatakan bahawa burung-burung kelaparan di Negeri Muslim."



Sebegitunya, beliau bertanggungjawab atas amanah menjadi pemimpin, tidak hanya memikirkan perut rakyat, tapi sampai perut burung-burung yang beterbangan di gunung juga difikirkannya.

No comments:

Post a Comment