Thursday, February 22, 2018

Mata Dan Hati



MATA DAN HATI - nikmat Allah. Ke mana ia digunakan.

Mata manusia biasanya menilai manusia lain menurut apa yang dilihat dari segi lahiriah. Penilaian itu kemudiannya membentuk pendapat dalam hati.

Pendapat itu mungkin betul atau salah. Namun masih ada satu ruang yang dinamakan bersangka baik (husnuzon) di mana mata cuba menilai sesuatu dan hasil pandangan itu kemudiannya jatuh ke dalam hati dalam keadaan positif.

HUSNUZON

Bila melihat anak-anak kecil, katakan pada hati, "Betapa bersihnya mereka tanpa secalit dosa."

Bila melihat orang-orang tua katakan pada hati, "Betapa banyaknya pahala amalan mereka, sejajar dengan usia."

Bila melihat orang jahat, katakan pada hati, "Betapa kasihannya kerana mereka bermaksiat ketika dalam keadaan jahil. Semoga mereka diberi hidayah untuk berubah."

Bila melihat orang alim, katakan pada hati, "Betapa tingginya ilmu mereka, sedangkan saya masih jauh dari itu."

Natijahnya, CINTAILAH ALLAH. Apa yang bakal dilihat nanti adalah dari sudut pandang Allah yang tentunya baik-baik belaka.





Apabila orang kecil cuba menonjolkan dirinya besar, dia jadi semakin kecil.

Apabila orang besar bersikap seperti orang kecil, dia kelihatan semakin besar.

Apabila seseorang yang bukan pakar bercakap mengenai suatu ilmu yang bukan bidangnya, dia sedang mendedahkan keadaan dirinya yang longgar ilmu dan boleh menyesatkan.

Apabila seorang Doktor Falsafah menulis, boleh diketahui jika dia berilmu cetek atau benar-benar berilmu.

Apabila seseorang berpakaian ulama berceramah, boleh diketahui jika dia ulama tulen atau ulama jadi-jadian menerusi tutur kata dan adabnya, sama ada tenang dan teratur atau berapi dan penuh caci maki.

#JadiInsanYangHidupQanaah
#JadiInsanYangSedarDiri

No comments:

Post a Comment