Tuesday, February 14, 2017

Hati


Musibah terbesar dalam hidup ini bukan sakit, miskin, dihina, gagal...tetapi apabila hati melupakan Allah.

Lupa Allah itu akan menghilangkan ketenangan. Apabila hilang ketenangan, segalanya tidak akan berguna lagi...walaupun kita sehat, kaya, disanjung dan berjaya.

Ingatlah Allah. Ingatlah Allah banyak-banyak. InsyaAllah, apa sahaja yang kita miliki dan alami akan membawa bahagia!

Ingat Allah itu mudah tapi payah apabila kita lemah bermujahadah dan tidak mendapat taufik serta hidayah dari Allah.

Maka...berdoalah minta diberi hidayah dan taufik untuk mengingatiNya:

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

[Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berdzikir/mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].” (HR. Abu Daud dan Ahmad, shahih)

[Pahrol Mohamad Juoi]


Al kisah:

Luqman Hakim, tokoh pendidik yang disebut dalam Al Quran, telah membawa lidah dan hati kambing yang disembelih kepada majikannya apabila diminta membawa bahagian yang paling baik daripada kambing tersebut.

Kemudian, apabila diminta menyembelih dan memilih anggota yang paling buruk, Luqman masih lagi membawa lidah dan hati.

Bila majikan bertanya apakah rahsia membawa anggota yang sama, Luqman menjawab, " HATI ADALAH RAJA yang mempengaruhi tindakan dan kedudukan seseorang. Jika baik hati maka baiklah LIDAH dan bahagialah orang itu. Jika hati menerbitkan tindakan yang buruk, lidah turut memberikan imej buruk tentang diri."

=============

Lakukanlah perkara-perkara yang baik. Nescaya wajah akan bercahaya hasil dari hati yang dikurniakan NUR, tubuh yang sihat, rezeki luas dan dikasihi orang lain.
Perkara-perkara jahat yang dilakukan hanya mengakibatkan muka tiada seri, hati diselaputi noda, badan lemah, rezeki sempit dan dibenci manusia.
Jom ambil langkah proaktif untuk membaiki hati dengan amalan soleh.

#LebahSukaBungaWangi
#LalatSukaBendaBusuk

No comments:

Post a Comment