Thursday, September 25, 2014
Penjagaan Perabot Kayu
Bagi menghilangkan habuk, alihkan segala barangan di atas perabot bagi memudahkan kerja. Gunakan kain lembut yang dibasahkan dengan pencuci untuk mengelap perabot berkenaan. Lakukan proses mengelap mengikut corak kayu supaya tekstur asal dapat ditonjolkan.Kain kering tidak sesuai digunakan kerana mungkin akan mendatangkan kesan calar pada permukaan perabot berkenaan. Lakukan tugas mengelap lebih kerap bagi menghilangkan kesan kotoran kesat pada kayu perabot. Bagi menjaga ketahanan perabot kayu, gunakan alas ketika menghidang untuk mengelak kekotoran akibat tumpahan kuah atau air yang mungkin boleh meninggalkan tanda. Permukaan perabot kayu juga perlu dijauhkan daripada terkena alkohol atau pengilat kuku bagi mengelak risiko kerosakan. Jika pengilat kuku tertumpah, sapukan lilin pengilat menggunakan kain bulu. Anda boleh menggunakan lilin pengilat yang disapu setiap enam hingga 12 bulan. Buang lilin lama dengan campuran sabun lembut bukan alkali dan air.Jika perabot dan aksesori hiasan kayu berkenaan terkena kesan terbakar akibat nyalaan rokok, anda boleh menyapu tempat terbabit dengan pengilat penghilang calar sehingga kesan berkenaan hilang. Jangan gunakan pencuci besi atau tembaga pada bahagian pemegang perabot. Sekiranya pemegang boleh ditanggalkan, tanggalkan ia sebelum dicuci. Jangan dedahkan perabot antik atau kayu pada ruang yang mendapat cahaya matahari secara terus kerana ia akan memudarkan warna. angan sesekali menyimpan perabot antik di persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi seperti di ruang bawah tanah. Gunakan pelapik apabila memindah atau mengangkat perabot antik dan jangan sesekali memindahkan ia dengan cara menyeret atau menarik. Sebaiknya, apabila mahu mengalihkannya, angkat dari bahagian kerangka di bawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment