Thursday, September 11, 2014
Lanskap Pokok Gantung
Jika mahu menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan gantung, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian.Pokok yang paling tinggi ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di tengah dan renek di hadapan. Ia bukan sekadar memperlihatkan susunan menarik, malah apabila ia mengeluarkan bunga, akan muncul panorama luar biasa. Bunyi percikan air mampu mencipta suasana yang nyaman dan menenangkan atau paling asas dalam bentuk kolam. Lebih menarik jika dilengkapi dengan air berpancuran. Paling mudah dapatkan bahan yang sudah siap dijual. Bina berdasarkan kesesuaian dan kreativiti. Pastikan landskap yang direka dan bina itu tahan serta mudah diselenggara. Jangan pilih pokok yang cepat mati atau terlalu ‘manja’ untuk dijaga. Semestinya pokok berbunga seperti petunia dan ros menjadi pelengkap taman Inggeris dan serikan elemen hiasan semula jadi itu dengan sarang burung jika menyukai konsep sedemikian. Bagaimanapun, pokok berbunga yang perlu sentiasa diselenggara lebih sesuai untuk taman segera majlis rumah terbuka. Bagi mengalakkan kesuburan pokok berbunga ia perlu berada di tempat yang redup atau tidak terlalu terdedah dengan matahari. Ketika menyiram, elakkan air terkena bunga atau ditimpa hujan. Paling selamat ialah konsep taman hijau kerana pokok hijau tidak memerlukan penjagaan rapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment