Sunday, September 14, 2014
Capitán, Anjing Yang Setia
Inilah foto seekor anjing bernama Capitán yang tidur di sisi kubur tuannya, Miguel Guzmán pada setiap malam, sejak tuannya itu meninggal dunia pada 2006. Capitán hilang sebaik sahaja upacara pengkebumian selesai. Keluarga tuannya mencari ia di merata tempat tetapi tiada siapa pun yang melihatnya. Seminggu kemudian, beberapa orang yang menziarahi tanah perkuburan itu pada suatu petang melihat Capitán berbaring di atas kubur Miguel, lalu mereka memberitahu hal itu kepada penjaga kubur. Keluarga Miguel dimaklumkan dengan segera. Mereka datang dan membawa anjing itu pulang. Namun setiap malam anjing tersebut menyalak dan merayu sambil mencakar pintu untuk keluar. Bila dilepaskan ia tidak pulang sehinggalah keesokan paginya. Akhirnya keluarga itu dapat tahu bahawa Capitán berjalan 3 batu ke tanah perkuburan pada setiap malam untuk mengawal kubur tuannya. Penjaga tanah perkuburan tidak mengunci pintu pagar sehingga Capitán tiba di situ pada setiap jam 6 petang. Ia tidur di sisi kubur Miguel dan pulang selepas penjaga tanah perkuburan membuka pintu pagar pada waktu paginya. Begitulah rutin harian anjing yang setia ini selama bertahun-tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment