Sunday, August 24, 2014
Selamat Pulang MH17
Jenazah anak kapal dan penumpang pesawat MH 17 yang ditembak jatuh oleh peluru berpandu pada 17 Julai lalu di timur Ukraine selamat kembali ke Malaysia selepas usaha yang panjang dan sukar untuk mendapatkan jenazah mereka.
Jenazah-jenazah itu telah diterbangkan dari Lapanganterbang Schipol, Netherlands pada 9.40 malam hari Khamis (waktu Malaysia) menerusi penerbangan khas Malaysia Airlines MH6129 yang mendarat di KLIA pada 9.55 pagi Jumaat (22 Ogos).Pesawat itu telah diterbangkan oleh Kapten Datuk Misman Leham, Bakri Othman dan Zaim Khalid dan juga Yap Koon Kong.Sebaik sahaja enjin pesawat dimatikan, 20 kereta jenazah berwarna putih meluncur masuk dan berada dalam satu barisan.Tiada siapa yang dapat menahan kesedihan apabila pengusung-pengusung membawa jenazah masuk ke dalam kenderaan yang telah ditetapkan.
Air mata terus bercucuran melihat ABDERRAHMAN, 9 bulan, anak Pembantu Juruterbang Almarhum Ahmad Hakimi Hanapi, 29 yang turut dibawa ke Masjid Putrajaya. Ketika solat jenazah dilakukan, dapat dilihat Abderrahman turut sama berada di saf hadapan dengan didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung. Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi #MH17 17.7.2014 ‘See you in Jannah’(Dalam foto di sebelah, Almarhum Ahmad Hakimi Hanapi, hitam putih, bersama anaknya Abderrahman sementara foto di sebelah, anak itu didukung oleh sahabat Almarhum)
Tragedi ini tidak akan kita lupakan. TAKZIAH kepada seluruh keluarga mangsa MH17. Semoga Allah redha dan merahmati mangsa, diampuni segala dosa dan diterima amal mereka – AMIIN YA RABBAL AALAMIIN. Semoga pelakunya diturunkan azab hukuman di atas perbuatannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment