Friday, August 1, 2014
Fakta Mengenai Yahudi dan Zionis
[Artikel ini kredit dari Asim Ariff]
Bangsa Yahudi sebenarnya bersaudara dengan bangsa Arab. Yahudi berketurunan Nabi Ishaq/Isaac a.s. dan Arab pula dari keturunan Nabi Ismail/Ishmael a.s. Kedua-duanya anak Nabi Ibrahim/Abraham a.s. Justeru Yahudi dan Arab adalah semitik.
Bangsa Yahudi meninggalkan Sepanyol/Spain ketika kejatuhan kerajaan Islam Andalusia pada tahun 1492 setelah sekian lama Yahudi mendapat perlindungan dari kaum Muslimin. Yahudi asal dipanggil Sephardic dan mereka hidup bersama Muslimin Arab di Iberia, manakala Yahudi Mizrahi tinggal di bumi Arab seperti Yaman. Kebanyakan Mizrahi telah memeluk Islam dan menjadi penduduk Palestine.
Lebih 80% immigran Yahudi di Israel bukanlah keturunan Yahudi yang asal di Palestine. Mereka adalah kaum Ashkenazi atau Khazar iaitu satu bangsa Germanic Caucasian yang memeluk agama Yahudi pada abad ke7 AD (rujuk wikipedia).Yahudi Ashkenazi adalah Yahudi jadi-jadian yang tiada kaitan dan hak ke atas Palestine/Jerusalem. Jika dilihat pada fizikal, mereka tidak kelihatan semitik seperti bermata hitam dan berambut hitam sebaliknya kebanyakan mereka bermata biru dan berambut blonde, lebih kepada penampilan keturunan Eropah. Mereka inilah yang lebih-lebih menuntut hak ke atas Jerusalem padahal mereka berasal dari Eopah Timur dan Russia.
Bangsa Yahudi telah ditindas sekian lama seperti peristiwa Holocaust di Eropah dan Pogrom di Russia. Namun Yahudi mendapat layanan saksama di bawah kerajaan-kerajaan Arab seperti Abbassiyah dan Umaiyah, malah dilantik sebagai menteri dan diberi kebebasan beragama. Di bawah Turki Ottoman, Yahudi beribadat dengan aman bersama Muslimin di kota Jerusalem. Yahudi dan Zionis jauh berbeza. Yahudi adalah umat beragama seperti juga Islam dan Kristian.
Zionisme adalah fahaman sekular bersifat ultra-nationalisme yang invasif dan bertentangan dengan ajaran agama-agama samawi. Pengasas zionisme iaitu Theodore Hertzl di akhir hayatnya telah meminta agar perampasan bumi Palestin dihentikan namun sudah terlewat.
[Foto memaparkan seorang tentera penjajah terjatuh ketika cuba menghalang penunjuk perasaan di Beit Amr Utara Bandar Khalil, Tebing Barat.]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment