Thursday, August 28, 2014
Allah Membersih Dosa Hamba-Nya Setiap Hari
Alhamdulillah, tanpa disedari setiap hari Allah Yang Maha Pengampun membersihkan dosa hamba-Nya dengan perkara-perkara sekecil berikut ini. Cuba bayangkan jika ujian yang diberikan-Nya itu lebih besar lagi.
1. Penat - ketika melakukan sesuatu kerja; ketika melayan kerenah anak istimewa; menjaga ibu bapa yang sakit.
2. Sakit - tubuh dari seringan-ringan penyakit seperti tercucuk duri hinggalah penyakit kronik.
3. Bimbang - terhadap perkara yang belum berlaku; bila diri semakin dipanjat usia sedangkan status masih solo lagi; bila anggota keluarga masih belum pulang ke rumah.
4.Duka - kerana terkenang peristiwa lama; kerana rasa kecewa tidak dapat memberi bantuan lebih baik kepada orang yang memerlukan.
5. Derita Hati - kerana dicaci, dicemuh, dipandang rendah, diperbodohkan dan sebagainya.
6. Sedih - kerana menerima berita kematian orang tersayang.
Oleh itu jangan mengeluh. Bersyukurlah dengan setiap perkara yang kita tempuhi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment