Sunday, August 10, 2014
Menjadi Bintang Di Sisi Allah
Merendah diri adalah lawan kepada meninggikan diri.Dalam bahasa Arab, ia disebut sebagai tawaadhu'. Seorang penyair berkata:
تواضع تكن كالنجم لاح لناظرٍ # على صفحات الماء وهو رفيعُ
----------MERENDAH DIRI lah, maka engkau menjadi seumpama BINTANG. Bintang itu dilihat oleh orang yang memerhatikannya di atas permukaan air sedangkan bintang itu TINGGI.----------
ولا تكُ كالدخان يعلو بنفسه # على طبقات الجو وهو وضيعُ
----------Jangan jadi seperti ASAP. Ia NAIK SENDIRI ke atas tingkat-tingkat udara sedangkan ia RENDAH. Bagi orang yang beriman, hadis Nabi shallallahu alaihi berikut sudah cukup untuk diyakini dan diamalkan. Baginda shallallahu alaihi wa salam bersabda:
ما تواضع أحد لله إلا رفعه
"Tidak merendah diri seseorang KERANA ALLAH melainkan Allah MENGANGKATNYA" [Shahih Muslim (2588)] ------------
Lihat betapa susah manusia berusaha menjadi "BINTANG" di dunia. Pelbagai cara dan wasilah digunakan untuk mencapai sasaran ini. Sedangkan untuk DITINGGIKAN di sisi Allah, cukup mudah. Syaratnya dengan tawaadhu' kerana Allah. [Dr Abu Anas Madani]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jazakaullah hun hoiran....
ReplyDelete