Ibu bapa disarankan agar menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu
untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan
adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:
1. Tunggu orang
yang paling tua
Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu.
Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan
tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar
pandangan kita.
Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita,
tengok waktu makan.
2. Baca Bismillah
dan guna tangan kanan
Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya.
Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang
yang halal dengan tangan kanan.
Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dikawal oleh syariat.
Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu
pada kesabaran dan istiqamah.
3. Ambil lauk
terdekat dulu
Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar.
Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha
ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak
kita bekerja.
Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain.Kalau dia tak mahu
lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain.
Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih
anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya.
4. Kawal suapan
Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.
Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk
apa?
Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah. Mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.
Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat
mulia di dalam diri.
Oleh kerana makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati,
sebab itu ia mempengaruhi roh.
[Sumber: FB Ahmad Ezry]
No comments:
Post a Comment