Orang yang benar-benar berilmu pasti beradab. Tanpa adab, ilmu itu sekadar maklumat.
Ilmu bukan untuk dihafal tetapi yang memberi manfaat kepada diri penuntut ilmu itu sendiri dan orang lain.
Penuntut ilmu harus hormat kepada guru yang mengajar supaya ilmu itu mendapat keberkatan.
Jangan berlagak pandai melebihi ilmu guru, terutama jika guru itu tidak punya "nama dan tidak terkenal."
Ilmu yang diperolehi oleh Nabi Musa a.s. terhenti setakat tiga sahaja, lantaran terlalu banyak bertanya kepada Nabi Khidir a.s. , seorang nabi yang tidak terkenal berbanding Nabi Musa a.s. (Rujuk Surah Al Kahfi dari ayat 60 - 82).
Cuba bayangkan kalau sehari kita baca satu muka surat ayat al-Quran beserta tafsirnya sekali, termasuk asbab nuzul, dan tafsiran ulama dari kitab-kitab muktabar.
Ditambah pula dengan membaca satu hari satu hadith sahih beserta syarahnya sekali, insyaAllah setiap hari ilmu kita akan bertambah. Secara tidak langsung iman kita dan juga akhlak kita akan bertambah baik.
Kita pasti akan susah untuk berfikiran negatif dan berburuk sangka dengan orang lain. Motivasi serta produktiviti hidup kita akan bertambah baik. Percayalah, kalau tak mula sekarang maka bila lagi?
No comments:
Post a Comment