Thursday, March 29, 2018

Dakwah Itu Mudah


Bahagia bukan diukur atas milik kebendaannya.
Kaya pula diukur pada betapa sedikit keperluannya.
Ini menjadikan dia seorang yang KAYA JIWA.

Kita diciptakan untuk saling melengkapi dan menasihati. 
Kita tidak ada hak untuk menghukum sesiapa. 
Hanya Allah yang mengenalinya.

Dakwah itu mudah. Boleh dilakukan di mana jua di bumi Allah.
Yang petah, maka bercakap dan berhujjahlah. Yang mampu menulis, maka tulislah perkara yang baik dan mudah diamalkan. Yang kaya, boleh menggunakan hartanya untuk memudahcara.
Yang tak petah, yang tak ada kemampuan menulis, yang tak punya apa-apa, berdakwahlah dengan tenaga empat kerat dan akhlak yang baik yang boleh dicontohi oleh orang-orang di sekeliling.



Buat baik dengan orang, hormat pada orang, belum tentu orang akan hargai dan balas kebaikan itu, tidak semestinya kita akan dihormati.

Pun begitu, tetaplah mengerjakan kebaikan dengan ikhlas, bukan kerana merasa diri kita baik dan bukan pula kerana mereka semua.

Kita mahu JADI YANG TERBAIK DI SISI PEMILIK SEMUA KEBAIKAN.




Katak memegang kuat pohon ketika ribut, namun apabila disapa angin enak sepoi-sepoi bahasa, ia jatuh akibat terleka.

Manusia memegang kuat ajaran agama dengan doa, zikir, selawat dan bacaan Al-Quran semasa dilanda musibah, namun dengan kehidupan enak sepoi-sepoi bahasa, ia sering jatuh leka. Nauzubillah min zalik.



No comments:

Post a Comment