Thursday, March 29, 2018

Nasihat Jumaat Bahagian 2



Di antara sumber rezeki adalah taqwa dan tawakal.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, nescaya akan diberikan jalan keluar baginya dan diberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Dan barangsiapa tawakal kepada Allah SWT nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

Oleh itu tetaplah bekerja keras dan biarkan Allah SWT yang mengatur segalanya dan hanya kepada Allah SWT tempat berharap.





Saiyidina Ali r.a. berkata :

- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk.
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
- Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan berhati-hati dari dosa).
- Tiada kebaikan mengambil sahabat tanpa saling menyayangi.
- Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.






Ikhlas itu rahsia di antara Allah dan hamba-Nya.
Ia tidak diketahui oleh malaikat sehingga ia tiada kuasa untuk menulisnya.
Tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tiada kuasa untuk merosakkannya.


Perkongsian ilmu yang kita upload, meskipun ia dibaca oleh orang yang sama, namun dari ilmu berbeza-beza, ia akan memberi manfaat kepada kita, kesan dari orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi sedikitpun pahala bagi mereka yang mengamalkannya itu.


Dakwah Itu Mudah


Bahagia bukan diukur atas milik kebendaannya.
Kaya pula diukur pada betapa sedikit keperluannya.
Ini menjadikan dia seorang yang KAYA JIWA.

Kita diciptakan untuk saling melengkapi dan menasihati. 
Kita tidak ada hak untuk menghukum sesiapa. 
Hanya Allah yang mengenalinya.

Dakwah itu mudah. Boleh dilakukan di mana jua di bumi Allah.
Yang petah, maka bercakap dan berhujjahlah. Yang mampu menulis, maka tulislah perkara yang baik dan mudah diamalkan. Yang kaya, boleh menggunakan hartanya untuk memudahcara.
Yang tak petah, yang tak ada kemampuan menulis, yang tak punya apa-apa, berdakwahlah dengan tenaga empat kerat dan akhlak yang baik yang boleh dicontohi oleh orang-orang di sekeliling.



Buat baik dengan orang, hormat pada orang, belum tentu orang akan hargai dan balas kebaikan itu, tidak semestinya kita akan dihormati.

Pun begitu, tetaplah mengerjakan kebaikan dengan ikhlas, bukan kerana merasa diri kita baik dan bukan pula kerana mereka semua.

Kita mahu JADI YANG TERBAIK DI SISI PEMILIK SEMUA KEBAIKAN.




Katak memegang kuat pohon ketika ribut, namun apabila disapa angin enak sepoi-sepoi bahasa, ia jatuh akibat terleka.

Manusia memegang kuat ajaran agama dengan doa, zikir, selawat dan bacaan Al-Quran semasa dilanda musibah, namun dengan kehidupan enak sepoi-sepoi bahasa, ia sering jatuh leka. Nauzubillah min zalik.



Yang Termewah Bagiku



Meniti suatu jalan pasti ada kerikilnya....
Bahkan tak jarang berjumpa gunung nan angkuh.
Adakalanya ditemukan naungan rendang menyejukkan...
Menghempas dahaga yang menghimpit....
Namun ketika itu sebuah fatamorgana...
Berharap mengubah maya menjadi nyata.

Meniti putih di bawah payung HIDAYAH...
Memasuki gerbang dengan jantung berdebar...."ini mewah."...
Namun sabar mengalahkannya

Kulihat gemerlap dunia.... "kufikir ini mewah".....
Dan sabar mengalahkannya...

Kulihat CAHAYA HIDAYAH itu memang indah..
"Ini mewah"...
Dan sabar mengalahkannya

Saat ini HAL TERMEWAH bagiku...
Jika sabar DIHADIAHKAN Allah ta'ala kepadaku.... dalam ketaatan pada-NYA.
Jika sabar DIHIASKAN Allah ta'ala pada akhlakku.... dalam menjauhi melalaikan-NYA
Jika sabar DIKURNIAKAN Allah ta'ala pada peribadiku.... dalam menetapi takdir-NYA...

Kerana sabar akan MENGAJARKAN rasa syukur....
Dan syukur menghimpun hati dalam KEMEWAHAN

Jika saja hamba Allah di bumi ini memahami bahawa dalam kehidupan akhirat nanti tidak ada lagi kesabaran dalam menahan derita melainkan dalam jahannam saja..
Maka dalam kehidupan ini, kita tidak saja memilih untuk bersabar tapi juga menikmati saat diuji..

Maka bersabarlah dengan cintamu hingga
di suatu naungan nanti Allah azzawajalla mengumpulkan hamba-hamba yang saling mencintai kerana-Nya.

Rindu separuh jiwa..

Secercah senyum dan harapan......

(Syed Abdul Rahim)

Nasihat Jumaat Bahagian 1




Sebelum bergelar jenazah, pastikan semua nikmat yang Allah bekalkan kita guna untuk beribadah:
● Menuntut ilmu yang baik.
● Mengamalkan ilmu yang baik.
● Bekerja mencari rezeki yang halal.
● Bersukan.
● Berkeluarga dan mendidik keluarga amal makruf nahi munkar.
● Bersilaturahim sesama insan.
● Bersikap baik dengan makhluk ciptaan Allah.
● Menjaga kelestarian alam sekitar.
● Menjaga lisan dan semua anggota tubuh dari bermaksiat.
Semua itu menjadi ibadah bila dilakukan dengan niat kerana Allah Taala.


Hadiahkan Fatihah kepada dua insan yang banyak berjasa dalam hidup kita.
Hadiahkan Fatihah kepada mereka yang membuka jalan untuk kita ke syurga.


Jika ada hati, didiklah ia untuk mencintai perkara yang baik sebelum ia mati.
Jika ada mata, lihatlah perkara yang baik sebelum ia buta.
Jika ada lidah, tuturlah perkara yang baik sebelum ia bisu.
Jika ada sahabat, kasihilah dia sepertimana kita mengasihi diri sendiri sebelum dia pergi...


Yang pernah berdepan KELAPARAN, faham erti PERKONGSIAN. 
Yang pernah KEBULURAN, tidak suka PEMBAZIRAN.
Yang pernah susah, faham erti TABAH.






Monday, March 12, 2018

Curah Nasihat Berhati-hati




Tidak lurus lidah seseorang sehingga tulus hatinya. 

Oleh itu perbaikilah hati dan peribadi untuk memiliki rasa yang baik-baik. 

Ungkapkannya dalam tulisan yang tajam dan tepat menyelami perasaan sehingga mampu memberi manfaat kepada orang yang membaca atau mendengar.

Firman Allah: 
"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman." (Az Zariyat #55).

Hati itu memerlukan curahan nasihat yang perlahan, berhati-hati dan sedikit demi sedikit dengan kata-kata yang benar walaupun singkat.

Allah Itu Dekat Maha Melihat





Duhai hati, janganlah kau sisihkan Dia.
Ke mana pun kau sembunyi, Dia ada sedekat-dekatnya.

Sungguh iman itu turun naik
Namun jangan biarkannya jatuh merudum
Walau tersungkur, bangkitlah semula. 

Manusia biasa sentiasa membuat dosa,
Jadilah mukmin yang terus berusaha,
Sekalipun puncak iman belum jadi milik kita.

Usaha kita dilihat Allah,
Usaha kita adalah ibadah,
Jangan sekali-kali berputus asa.

Sabar Menanti Keputusan Allah




Maha Suci Allah, Dia tidak pernah lambat malah sentiasa tepat. 

Dia sentiasa bersifat "Maha" dalam segala-galanya. Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. 

Dengan segala sifat kesempurnaan itulah Allah mendengar suara hati hamba-Nya. 

Ketika manusia meminta dengan ilmunya yang terbatas, Allah mendengar dan memutuskan segala-galanya dengan ilmu-Nya yang luas.

Umur Berkurang Setiap Hari





Hassan Basri menuturkan 
Umur semakin berkurang dengan berlalunya hari demi hari.
Wahai anak keturunan Adam...
Sesungguhnya kau sama dengan hari-hari.
Apabila satu hari sudah berlalu bererti berlalu pula sebahagian dari hidupmu.

Maka hendaklah kau berfikir... "Samakah amalanku hari ini dengan hari semalam
Jika merasa banyak kebaikan yang telah dilakukan pada siang hari, hendaklah banyak bersyukur kepada-Nya agar dianugerahkan taufiq.

Jika tidak, hendaklah kau bertaubat dan berusaha menutup kekurangan ini pada malam hari dengan banyak beristighfar.
Sesungguhnya kebaikan menyingkir keburukan.

Bersyukur kepada-Nya yang telah menganugerahkanmu nikmat kesihatan.
Agar sisa umurmu dapat digunakan untuk menyemak kekurangan diri.

Keluarkanlah sedekah dan berusahalah melaksanakan kebajikan.
Perbaiki ibadah dan akhlakmu setiap hari.
Semoga menjadi hamba yang sentiasa dalam pandangan Rabb.

Monday, March 5, 2018

Bersederhana




Sibuk dengan gosip hiburan, politik, sukan; sibuk dengan kerenah ahli keluarga, jiran dan rakan; sibuk mencari ilmu tetapi tidak beramal.
Kita sengaja menyibukkan diri supaya dilihat sibuk.

Islam tidak suruh sisihkan hiburan, politik, sukan, ahli keluarga, jiran dan rakan. Islam memang suruh cari ilmu, beribadah dan berdakwah. Islam suruh seimbangkan semua aktiviti kehidupan.

Jangan sibuk sangat dengan urusan dunia sehingga terlupa akhirat. Usah sibuk dengan urusan akhirat sehingga melepaskan dunia.

Dunia ini ladang bercucuk tanam pahala. Hasilnya dituai di akhirat.

Islam suruh kita BERSEDERHANA dalam segala perkara. Jangan melampaui batas sehingga diri dan orang lain jadi merana.

Sunnah Pindah Tempat Duduk



Sunnah berpindah tempat duduk ketika mengantuk sewaktu khutbah Jumaat sedang disampaikan. 

Ibn Umar RA dari Nabi SAW bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu mengantuk pada hari Jumaat, hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya." 
(HR Imam Daud, at Tirmizi dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).

5 Tanda Orang Baik dan BIjak


5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK

1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.
2. Lisanun Na'imah (Tutur bahasa yang indah)
Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.
3. Qolbur Rahmah (Hati yang menyenangkan)
Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.
4. Shodrul Muftihah (lapang Dada)
Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.
5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)
Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.
Semoga kita senantiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama.

[CNP]





Jadikanlah .........
Yang indah itu budi
Yang lembut itu hati
Yang tipis itu benci
Yang tebal itu iman
Yang tajam itu akal
Yang baik itu sifat
Yang manis itu senyuman
Yang rapat itu persaudaraan

Ku sebarkan salam ukhwah buat kalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ilmu Dan Adab



Orang yang benar-benar berilmu pasti beradab. Tanpa adab, ilmu itu sekadar maklumat.

Ilmu bukan untuk dihafal tetapi yang memberi manfaat kepada diri penuntut ilmu itu sendiri dan orang lain.

Penuntut ilmu harus hormat kepada guru yang mengajar supaya ilmu itu mendapat keberkatan.

Jangan berlagak pandai melebihi ilmu guru, terutama jika guru itu tidak punya "nama dan tidak terkenal."

Ilmu yang diperolehi oleh Nabi Musa a.s. terhenti setakat tiga sahaja, lantaran terlalu banyak bertanya kepada Nabi Khidir a.s. , seorang nabi yang tidak terkenal berbanding Nabi Musa a.s. (Rujuk Surah Al Kahfi dari ayat 60 - 82).




Cuba bayangkan kalau sehari kita baca satu muka surat ayat al-Quran beserta tafsirnya sekali, termasuk asbab nuzul, dan tafsiran ulama dari kitab-kitab muktabar.

Ditambah pula dengan membaca satu hari satu hadith sahih beserta syarahnya sekali, insyaAllah setiap hari ilmu kita akan bertambah. Secara tidak langsung iman kita dan juga akhlak kita akan bertambah baik.

Kita pasti akan susah untuk berfikiran negatif dan berburuk sangka dengan orang lain. Motivasi serta produktiviti hidup kita akan bertambah baik. Percayalah, kalau tak mula sekarang maka bila lagi?






Kawan Bahagia



Kalau ingin menjadi raja, pakailah sifat QANAAH (rasa serba cukup).

Kalau inginkan syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah BUDI PEKERTI YANG BAIK.

Kedua-dua sifat ini ialah kawan kepada BAHAGIA.

(Sayidina Ali)




Kuasai Diri Dengan Keyakinan


Hati orang beriman terikat dengan Allah. Mereka dapat menguasai fikiran, nafsu dan perasaan. Tindakan mereka dari 'dalam ke luar' bukan dari 'luar ke dalam'.

Orang yang berjaya menguasai diri umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut.

Mereka bukan sesumpah yang akan bertukar warna setiap kali warna persekitaran berubah. Mereka bukan individu yang rela 'mengembek di kandang kambing'. MEREKA YANG MERUBAH SUASANA, bukan sebaliknya.

Bermakna, sesiapa yang lebih kuat keyakinan kepada Allah, maka dialah yang paling mampu menguasai dirinya!

"Ketika saya sampai ke kemuncak Everest, sebenarnya bukan gunung itu yang saya tawan, tetapi saya TAWAN DIRI SAYA SENDIRI". (Edmund Hilary).




Merangkak tetapi berjaya mencapai cita-cita itu lebih baik dari berlari tetapi berhenti di pertengahan jalan (Soekarno).

Pohonlah Hidayah




Tahu belum tentu mahu.
Sudah tahu belum tentu mampu.

Kerana itu pohonlah hidayah dan taufik.
Hidayah itu petunjuk yang merangkumi ilmu dan kesedaran.

Taufik ialah kemampuan melaksanakan hidayah.




"Orang yang sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya." (HR al Tirmizi dan Abu Dawud).

Maksud BERAKHLAK DENGAN ALLAH: Melahirkan ketaqwaan

Maksud BERAKHLAK DENGAN MANUSIA: Melahirkan kasih sayang.



Ilmu Dari Hati Yang Tulus


Ilmu dari hati, bermanfaat kepada diri. Ilmu dari lidah hanya sekadar penguat hujjah.



Tidak lurus lidah seseorang sehingga tulus hatinya.

Oleh itu perbaikilah hati dan peribadi untuk memiliki rasa yang baik-baik.

Ungkapkannya dalam tulisan yang tajam dan tepat menyelami perasaan sehingga mampu memberi manfaat kepada orang yang membaca atau mendengar.

Firman Allah:
"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman." (Az Zariyat #55).

Hati itu memerlukan curahan nasihat yang perlahan, berhati-hati dan sedikit demi sedikit dengan kata-kata yang benar walaupun singkat.




Jangan Putus Asa Dengan Allah






Duhai hati, janganlah kau sisihkan Dia.
Ke mana pun kau sembunyi, Dia ada sedekat-dekatnya.

Sungguh iman itu turun naik
Namun jangan biarkannya jatuh merudum
Walau tersungkur, bangkitlah semula.

Manusia biasa sentiasa membuat dosa,
Jadilah mukmin yang terus berusaha,
Sekalipun puncak iman belum jadi milik kita.

Usaha kita dilihat Allah,
Usaha kita adalah ibadah,
Jangan sekali-kali berputus asa.





7 anugerah di sebalik sujud:

1. Lambang keakraban dengan Allah.
2. Simbolik kerendahan hati.
3. Bukti ketaatan. 
4. Tanda kebijaksanaan.
5. Mempamerkan pujian dan tanda kesyukuran.
6. Menambah khusyuk.
7. Menjadi yang terpilih.

Sujud itu hadiah dan pemberian daripada Allah untuk kita nikmati, syukuri dan lazimi. Jangan sia-siakan.

Sunday, March 4, 2018

Belajar Dari Haiwan




Mari kita belajar dari seekor burung, Hudhud namanya. Yang menjadikan dakwah sebagai kekuatannya mengangkasa beribu-ribu batu jauhnya, demi menyampaikan kebenaran.

Mari kita belajar dari seekor anjing, Qitmir namanya. Yang setia menemani remaja solihin dalam menjaga iman dan aqidah mereka, tidur 309 tahun lamanya.

Mari kita belajar dari seekor ular, yang lahir dari tongkat Musa 'Alaihissalam. Ia tunjukkan di hadapan pentas sihir Fir'aun bahwa iman pasti mengalahkan makarnya.

Mari  kita belajar dari seekor gajah Abrahah, yang enggan berjalan menuju Ka'abah walau dipukul dengan cemeti dan didera, taatnya pada Allah diatas segalanya.

Terkadang, atau bahkan seringkali kita harus belajar erti kehidupan dari haiwan......

Yang pandangannya tulus jujur, tidak pernah berdusta dan lazim menzikirkan asmaNya.

[Dari FB Ahmad Ezry]

Nasihat Nabi s.a.w. Kepada Ali r.a.



Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut ...Aamiin…

[Dari FB Ahmad Ezry]