Wednesday, December 26, 2018

Musibah




Apa saja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. (asy-Syuura: 30) .

Apa saja bencana yang menimpamu maka itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. ( an-Nisaa: 79




Manusia umumnya menyangka kebahagiaan ada pada kuasa, pangkat, wang, harta-benda dan segala yang berbentuk duniawi. Padahal itu semua membawa kepada kehancuran. 

Elvis Presley punya ketampanan yang menjadi kegilaan peminat wanita di seluruh dunia, hidup mewah di Graceland yang luas melaut. Dadah yang digunakan untuk mengisi kekosongan jiwa akhirnya membawa maut


Mike Tyson tersohor dengan kehebatannya di gelanggang tinju, kerap terlibat dengan berbagai masalah sehingga menyebabkannya dipenjara. Namun, di tempat sehina itulah dia menemui kebahagiaan abadi iaitu ISLAM DAN IMAN.

Bagaimana dengan kita? Kita juga boleh capai kebahagiaan lestari dengan melepaskan belenggu duniawi dan mematuhi perintah-Nya, di samping menjalankan tanggungjawab kita ke atas makhluk ciptaan-Nya yang lain. Letakkan dunia di tangan kita saja dan bukan di hati.

Kita uruskan kewajipan dunia mengikut ketetapan-Nya. Kita tarbiyahkan diri secara berterusan. Kekal berusaha dan beramal mengikut kemampuan, menurut kadar kenikmatan yang Allah kurniakan pada diri masing-masing. Meskipun nikmat dunia yang kita ada berbeza-beza, namun tidak perlu bimbang kerana Allah pasti akan mencukupkannya untuk kita. 

Sesungguhnya, BAHAGIA ITU LETAKNYA DI SINI (tunjuk ke dada) ♡♡♡♡♡♡♡

Ubat Penyembuh Luka Di Hati



Untuk sembuhkan luka, kita perlukan ubat. Tetapi untuk hilangkan parutnya, kita perlukan masa.

Begitu juga halnya. Memaafkan umpama ubat. Melupakan perlu masa. 

Jadi berilah masa, jangan paksa hati untuk segera melupakannya.

Titik-Titik Dosa Di Hati



Dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi dalam hati. Mula-mula dia bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting dan daun-daun.

Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu dalam jiwa.

Imam al-Ghazali menyarankan, pohon kejahatan itu perlu dicabut dengan taubat sebelum akarnya bertambah banyak, berselirat dan terlalu kuat mencengkam.

Pada mulanya dosa akan menimbulkan rasa resah. Namun jika terus menerus dilakukan, hati akan terbiasa, kemudian ketagih, akhirnya serasi dan sebati dengan dosa itu.

Daripada titik-titik hitam, akan menjadi tompok yang lebih besar, dan akhirnya hati akan digelapkan seluruhnya oleh dosa-dosa.

Oleh sebab itu, semasa masih di tahap titik hitam lagi, hati itu mesti dibersihkan. Jangan tunggu sampai berkarat dan hati itu terkunci mati oleh dosa-dosa.

Ketika itu tertutuplah pintu hati untuk menerima kebenaran walau bagaimana indah, hikmah dan lemah lembutnya seruan ima

Menutup Aib Orang Lain



HIKMAH MENUTUP AIB ORANG LAIN

Kadang Allah menutup aib pelaku dosa-dosa 
yang banyak dan membuka aib orang yang 
dosanya sedikit.

Kerana orang pertama yang dosanya banyak, 
suka menutup aib orang lain, maka Allah pun menutup aibnya yang banyak.

Adapun orang kedua yang dosanya sedikit, 
dia suka membongkar aib manusia, maka Allah 
pun membuka aibnya yang sedikit.

- (Sheikh Abdul Aziz Ath Tarifi)

Sehari Di Balai Cerap Anak Bulan

Meluangkan masa cuti Krismas dengan hiking ke Balai Cerap Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor.




                                                 Bergaya di kaki Bukit Jugra


                              Di sinilah para pegawai Jabatan Agama Islam mencerap anak bulan.


                                Pejabat Baitul Hilal di Bukit Jugra. Hilal bererti anak bulan.

Ini Bukan Cruise To Nowhere





Kembara hidup di dunia bukanlah seperti pelayaran "cruise to nowhere" - hanya untuk makan minum, berseronok, hidup tanpa hala tuju dan misi tertentu.

Sebenarnya hidup kita di dunia adalah misi yang besar. Jawapan Tuhan tentang misi hidup manusia:

"Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk BERIBADAH KEPADA-KU." (Surah al Dzariyat ayat 56).

Maksud ayat ialah UNTUK MENJADI HAMBA-NYA. Ini kerja sepenuh masa sepanjang hayat - kerja full-time bukan part-time. Kita boleh bertukar majikan tapi TIDAK MUNGKIN KITA BERTUKAR TUHAN.

Kita diperintahkan melakukan Ibadah Asas (Fardu Ain), Ibadah Sunat dan Ibadah Umum berupa bekerja, berniaga, belajar, juga tugas sebagai anggota keluarga dan anggota masyarakat.

Malah tidur pun turut menjadi sebahagian daripada ibadah jika diniatkan untuk berehat bagi mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.

Walau apa jua yang kita lakukan sentiasa ingat bahawa kemurnian ibadah ialah menjaga HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA.

Wallahu'alam

Biar Kalah Jangan Salah



Dari minda seorang Hawa:

Kata guru,

Acapkali kita teralpa bisa duri yang terselindung di sebalik bunga. Juga terleka dengan hamparan baldu yang lembut dan halus sedangkan di bawahnya ada belati paling tajam.

Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kadang-kadang dikilas dalam diam dan dendam.

Pun begitu, tetaplah berlaku jujur walau dituduh bodoh. Jangan korbankan jalan yang benar hanya untuk mencapai kemenangan. Biar kalah, jangan salah. Percayalah, kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah!

Selesaikanlah dulu urusan kita dengan Allah. Nescaya, Allah akan bantu urusan kita dengan manusia. SESIAPA YANG MEMBURU AKHIRAT, DUNIA AKAN MELUTUT DI KAKINYA!

Sunday, December 9, 2018

Beza Refinance Top Up Loan Dan Overdraf


.
Ramai orang suka beli hartanah terutama kawasan di Klang Valley, sebab market value hartanah di Klang Valley naik dengan cepat, Contoh hartanah dibeli pada tahun 2012 dengan  harga RM300,000 sampai tahun 2018 hartanah market value sudah naik kepada RM600,000. 
.
Kalau anda ada hartanah tersebut ,anda boleh buat refinance dengan guna market value semasa RM600,000. Maksud refinance adalah tukar dari Bank A kepada Bank B. Contoh pada tahun 2012 awak buat pinjaman hartanah ini dengan bank A sebanyak RM300,0000 . Apabila tahun 2018 awak buat refinance RM600,000 kepada bank B. 
.
Bank B akan pinjamkan anda 90% daripada market value RM600,000 =RM540,000. Bank B akan tutup hutang bank A yang sedia ada, Contoh hutang bank A tinggal RM280,000. RM540,000-RM280,000= RM 260,000 adalah cash out.
.
Apa beza refinance dengan top up loan? Beza refinance adalah tukar dari bank A kepada bank B, top up loan adalah Bank A kepada bank A. Ambil contoh yang atas👆:
.
Tahun 2012  buat pinjaman dengan bank A sebanyak RM300,000 ,Sampai  tahun 2018 buat top up loan dengan bank A juga. Sama juga guna market value semasa RM600,000 dapatkan 90%=RM540,000. 
.
Top up loan boleh jimatkan kos guaman dan lebih cepat diproses sebab bank yang sama. Kalau refinance, prosesnya perlu ambil masa sikit  sebab bank yang lain dan kos guaman lebih lama. Refinance tempoh bayar balik boleh hingga 35 tahun tapi top up loan cuma boleh maksimum 10 tahun.
.
Refinance dengan OD (Overdraft) adalah bermaksud saya ambil contoh yang sama di atas👆 tahun 2012 ambil pinjaman RM300,000  dengan bank A sekarang tahun 2018 buat refinance dengan OD bank B. Bank B boleh bagi maksimum OD 90% ikut market value (ada juga bank bagi 80%) RM600,000 x80%=RM480,000 tutup hutang lama RM280,000. Dapat OD sebanyak RM200,000.
.
Kalau buat OD anda kena bayar 2 installment. Installmenr pertama adalah hutang RM280,000 setiap bulan agak-agak perlu bayar RM1300. Installment kedua adalah OD sebanyak RM200,000. 

For your infomation OD tidak ada tempoh bayar habis, kiraan installment OD adalah seperti ini:
.
Contoh interest OD 7.13% 
RM200,0000 OD x 7.13% =RM14,260 setahun / 12 bulan= RM1188.33 setiap bulan yang kena dibayar. 
.
Ramai orang business suka ambil OD sebab mereka boleh kurangkan interest dan lebih flexible ,Contoh Hutang OD RM200,000, peniaga boleh gunakan wang OD untuk beli stock. Kalau stock habis dijual, dalam masa 6 bulan dengan dapat untung RM100,000. Peniaga boleh bayar RM100,000 settle hutang OD,hutang OD tinggal RM100,000 x 7.13%=RM7130 setahun /12 bulan= Rm594.16 adalah installment baru. 

Installment OD adalah bergantung kepada berapa hutang masih tinggal. Kalau hutang OD dah settle,anda tidak perlu bayar lagi installment ,kalau nak guna lagi OD , ada RM200,000 standy by untuk anda. 
.
Selamat belajar 

Financial Coach 
Mr Ky Tee 

Friday, December 7, 2018

CINTA KEPADA RASULULLAH SAW.





Ada seorang pemuda yang kerjanya mengangkut barang di pasar . Setiap hari dia menyisihkan sebahagian upahnya untuk ditabung. Dan tabungan tersebut dibuka setahun sekali, bukan di malam lebaran, melainkan di malam 1 Robiul Awal.

Wang tersebut sebahagian dibelanjakan untuk membeli baju baru, minyak wangi baru,dan lain-lain, sebahagian lagi dibelanjakan untuk memesan makanan yang enak di katering untuk tetamu 50 orang pada 12 Robiul Awal. 

Ketika memasuki bulan Robiul Awal, wajahnya kelihatan bahagia sekali. Teman-temannya hairan dan bertanya mengapa kelihatan bahagia sekali padahal pada hari lahirnya sendiri dia tidak sebahagia ini. 

Maka dia menjawab, "Kelahiran saya tidaklah penting, tapi kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. adalah kelahiran hidayah bagi kita semua, kelahiran jalan syurga bagi kita. 
Jika bukan kerana kelahirannya, kita tidak akan tahu jalan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat." 

Bila malam 12 Robiul Awal tiba, dia solat Isya dan langsung tidur. Kemudian jam 1 malam, dia bangun dan bersiap-siap dengan memakai baju dan kelengkapan yang baru dia beli. Setelah itu, dia membaca selawat beribu-ribu sampai menjelang subuh. 

Di saat detik-detik kelahiran Rosulullah s.a.w., dia berdiri, membaca mahalul qiyam sendirian dengan berlinang air mata. Menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh cinta dan kerinduan. 

Saat tiba azan subuh, pemuda tersebut solat subuh di masjid. Kemudian dia mengumpulkan teman-temannya untuk membaca maulid. Dia meminta Ustadz untuk menceritakan tentang Nabi Muhammad saw. Setelah acara tersebut selesai, mereka semua makan bersama dengan jamuan yang disediakan oleh  pemuda tersebut.

Keesokan harinya dia mulai menabung lagi, begitu seterusnya sampai wafatnya.

Pemuda tersebut wafat sebelum tua dan belum sempat menikah. Beberapa hari sesudah kewafatannya, seorang temannya memimpikan dia berada dalam kenikmatan yang luar biasa.  Dia bertanya," Atas amal ibadah apa, kau mendapatkan kenikmatan seperti ini?" .

"Saya tidak tau",jawabnya.

Kemudian dia bercerita, "Ketika masuk alam kubur, saya dibangkitkan dan saya sedar bahawa saya telah mati. Saya juga ingat bahwa sebentar lagi akan didatangi malaikat Munkar dan Nakir. Saya ketakutan dan gementar. Lalu dari hujung saya melihat ada cahaya yang semakin mendekat. Saya fikir itu adalah malaikat Munkar dan Nakir. Saya tambah takut. Tapi setelah dekat dan saya dapat melihat wajahnya, maka hilanglah rasa takut itu." 

Saya berkata kepada orang tersebut, "Kalau saya tau yang datang setampan dirimu, tentu saya tidak akan ketakutan Saya kira malaikat Munkar Nakir itu sangat menakutkan." 

Maka orang tersebut berkata, "Saya bukanlah Munkar Nakir, tapi saya adalah orang yang kau rayakan hari kelahirannya di bulan Robiul Awal. Saya yang senantiasa kau rindukan dalam hari-harimu. Saya adalah yang senantiasa kau bacakan selawat dan salam dalam hari-harimu. Semua selawat yang kau lakukan itu, diajukan kepadaku. Sampai ketika saya mendengar berita kewafatanmu, maka saya meminta izin kepada Allah untuk memberi syafaat kepadamu di dalam kuburmu, sebelum saya memberikan syafaat kepadamu di akhirat nanti. Sebentar lagi Munkar Nakir akan datang kepadamu, tenangkan hatimu, saya akan menemanimu"......

[Sumber: FB Riza Haidar]

SEBAK!!!

Cinta Kerana Allah


 

Untuk menikah kau tidak perlukan orang yang sempurna. Menikah adalah bab mengambil keputusan, setelah kau melakukan proses pencarian.

Tidak ada MANUSIA sempurna, selalu ada kekurangannya..Jika kau melihat WANITA  cantik, di tempat lain juga ada WANITA  yang lebih cantik. Jika kau tertarik pemuda tampan, di tempat lain juga ada pemuda yang lebih tampan.

Kau hanya perlukan seseorang yang akan menemanimu, memahami dirimu, dapat menerima keadaanmu, mahu menjadi sahabat dalam suka dan duka, menjalani hidup bersama dalam keadaannya.

Kau tidak perlukan seseorang yang sempurna untuk menjadi suami atau 
isterimu, kerana memang tidak ada lelaki sempurna, tidak ada wanita sempurna.

Siapapun yang kau pilih untuk menjadi pendamping hidup, dia selalu memiliki kekurangan, sebagaimana dirimu pun memiliki kekurangan.

Maka jangan pernah berharap kesempurnaan dari MANUSIA. Sebab kesempurnaan hanya milik Allah. Kau hanya perlu memutuskan untuk memilih seseorang yang mencintaimu kerana Allah, dapat menemanimu dan membahagiakanmu kerana Allah..

SubhanaAllah...
Indahnya cinta kerana Allah

Thursday, December 6, 2018

BINA PERIBADI WAKTU MAKAN



Ibu bapa disarankan agar menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.

Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu.

Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita.

Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.

2. Baca Bismillah dan guna tangan kanan

Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya.

Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.

Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dikawal oleh syariat.

Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.

3. Ambil lauk terdekat dulu

Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar.

Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain.Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.

Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya.

4. Kawal suapan

Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.

Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa?
Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah. Mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.

Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri.

Oleh kerana makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.

[Sumber: FB Ahmad Ezry]


Tantrum Anak-anak


Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, didapati bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku (tantrum sebagai contoh) adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. 

Bahkan dalam banyak lagi kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza,peranan ayah pada usia awal kanak-kanak (0-5 tahun) adalah antara penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Baik peranan ayahnya, baiklah anak itu, buruk peranan ayahnya, maka buruklah anak itu.

Dengan kata lain, ayah yang tidak berperanan seperti yang sepatutnya terhadap anak-anak sejak kecil, akan merosakkan tingkah laku anak-anak tersebut. Begitulah besarnya peranan seorang ayah seperti yang dibuktikan oleh kajian sains. 

Ini sebenarnya telah ditegaskan lebih awal di dalam Al Quran, di mana kisah pendidikan anak-anak antara ayah dan anaknya lebih banyak berbanding kisah di antara ibu dan anak.

Antaranya adalah kisah Nabi Ibrahim berdoa untuk anaknya selepas membina Kaabah, kisah Nabi Ibrahim berbincang dengan anaknya Ismail (sebelum penyembelihan), kisah doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak, kisah nasihat Luqman kepada anaknya, kisah Nabi Yaakub bersama anak-anaknya di dalam surah Yusuf dan ketika hampir saat kematiannya di dalam surah Baqarah, kisah nasihat Nabi Ismail dan ahli keluarganya di dalam surah Maryam dan banyak lagi. 

Ya, dalam tarbiatul aulad, kisah-kisah dari Al Quran lebih berat terhadap peranan ayah dalam pendidikan anak-anak, kerana itulah yang sepatutnya.

Justeru itu wahai ayah, jangan sia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Tanggungjawab mendidik anak-anak jangan dilepaskan hanya kepada isteri, apatah lagi orang tua kita. 

Nikmatilah saat-saat berharga bersama anak-anak yang tidak akan dapat diulang kembali. 
Ciptalah momen-momen indah bersama anak-anak ketika usia kecilnya kerana momen-momen ini, akan diingati hingga mati oleh anak-anak.

[Bahan tulisan Hisyam Asyraf]

Friday, November 30, 2018

Cerpen Wudhuk




Semasa aku seusia 6 tahun, aku masih teringat zaman tadika.
Di mana waktu itulah aku baru belajar bagaimana mahu solat dan mengambil wudhuk.
Di situ juga teringat moment masa nak ambil wudhuk bersama rakan rakan yang lain.
Siap main main simbah lagi. Cop tangan basah dekat belakang rakan lain, dan bermain air.
Di samping itu, aku masih ingat lagi seorang ustazah yang menjaga kami dalam pelajaran islam.
"Ambil wudhuk ni tahu untuk apa?"

Semua terus sepakat menjawab..
"Untuk solat!!!!!!"
Apa aku ingat lagi pada waktu itu, ustazah aku tersenyum melihat telatah kami.
Comel bukan?? Masa kecik ni lah semuanya mendengar kata. Boleh dikatakan "lurus bendul"
Yang baik nak follow, yang jahat dibuang jauh.

Kenangan.

Kini aku sudah pun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti. Nak kata islamik, tak jugak sebab bercampur.
Aku berjaya dapat dalam bidang aku mahukan. Ya , bidang pendidikan.

Suatu hari aku bergegas pergi ke surau berdekatan blok akademik. 10 minit lepas, kedengaran azan zuhur sudahpun berkumandang.
Sebaik sahaja sampai , hanya sepasang kasut sahaja di muka pintu.

"Sorang je ni ada" bisik hatiku

Dengan kaki kanan, aku mula masuk dan memberi salam.
Aku terlihat seorang gadis mula mahu membuka hijab. Mungkin dia mahu mengambil wudhuk.
Aku juga mula follow apa dia lakukan dan meletakkan hijab aku di ampaian telekung.
Sewaktu aku mengambil wudhuk, aku mula perasan tingkah laku gadis itu mengambil wudhuk sangatlah mencuri perhatian aku.

Setiap langkahnya, mulutnya terkumat kamit. Seolah olah ada bacaan yang dibaca sebelum wudhuk itu dibasahi di anggota badannya.
Aku cuba endahkan dan mengambil wudhuk.
Selesai sahaja aku tunaikan solat zuhur, aku masih melihat kelibat gadis itu sedang melipat telekungnya.
Aku bergegas pergi ke arah gadis tersebut

"Assalamualaikum, lepas ni awak ada kelas?"
"Waalaikumsalam, ada. Pukul 3.15 nanti" 

Entah kenapa aku mula merasakan aura yang sangat positif apabila aku melihat wajahnya.

"Eh samalah dengan saya"
"Ohh begitu" senyumannya sahaja sudah mampu membuat aku terpukau.

"Errr sebenarnya saya nak tanya sedikit, boleh?"
"Ya , silakan"
"Tadi masa ambil wudhuk, nampak awak macam baca something sebelum awak sapu ke anggota badan. Awak baca apa?"

"Ohh tadi tu ya,?? Saya baca ayat2 yang perlu"

"Maksud awak?"

"Sebenarnya, banyak fadhilatnya sebalik wudhuk ni. Dan ayat ayat yang saya baca itu untuk mengambil peluang meminta Allah perkenankan apa saya mahu"

"Contohnya?"

"Semasa saya berkumur, saya baca 
      'Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidah ini'
Semasa saya membasuh muka, saya baca
       ' ya Allah putihkanlah wajahku dan janganlah kau hitamnya di akhirat kelak'
Semasa saya basuh tangan kanan saya, saya baca
         'Ya Allah berikan buku amalanku pada tangan kanan ku'
Semasa saya basuh tangan kiri saya, saya baca
           'Ya Allah janganlah kau bagi buku amalanku degan tangan kiri ku'
Semasa saya basuh kepala, saya baca
         'Ya Allah lindungilah aku dari panas terik di akhirat kelak'
 Semasa saya basuh telinga, saya baca
    'Ya Allah ampunilah dosa telinga ku'
Semasa saya basuh kaki, saya baca
'Ya Allah , mudahkan aku berjalan di titian siratul mustaqim dan permudahkan aku pergi ke masjid, surau dan majlis ilmu. Jauhilah langkah ku ke arah maksiat'"

"Banyaknya awak baca, awak tak rasa letih?"

"Kenapa perlu letih dengan perkara Allah suka?"

Aku terdiam. Betul juga apa gadis itu katakan.

"Wudhuk ni banyak baiknya. Cuma kita belum rasa feelnya. Ramai beranggapan wudhuk ini hanya untuk solat. Tapi sebenarnya wudhuk ini juga boleh dijadikan amalan harian"

"Apa kebaikan dia?"

"Cuba awak jadikan amalan harian. 2 minggu lagi kita berjumpa sini pada waktu dan hari yang sama. Setuju?"

Tanpa berlengah aku menjawab "setuju".

...

Sejak pada hari itu, aku mula menjadikan wuduk sebagai amalan harian. Sebelum pergi ke kelas, sebelum tidur, pada awal pagi malah terjaga tidur sekalipun.
Aku mula addapt dengan ambil wudhuk. Walaupun pada mulanya aku rasa benda ini menyusahkan.
Tetapi
Aku mula nampak suatu perubahan

Aku mula mahu belajar agama
Aku

mula mahu menjaga solat pada awal waktu.
Aku mula mahu menjaga lisan perkataan
Aku mula mahu mendirikan solat sunat
Aku mula mahu mendalami Alquran
Aku mula mahu menjaga diri dengan berpakaian baik(tutup aurat)

Dan paling gila sekali

Aku mula berpurdah.

Wudhuk sememangnya air yang dashyat. Air yang mujarab. Benar kata Allah. Setiap penawarnya itu adalah daripada dia.
Jadi bila kita gunakan apa yang diajar oleh ilahi, inn shaa Allah kita mula dapat untuk penawar hati dan fizikal.

Dahulunya kulit aku agak gelap, kini makin putih. Ya benar, aku memakai produk lain tetapi takdelah putih begini sekali.
Dahulunya aku ini suka berkata bukan bukan, kini aku menjadi pendiam untuk menjaga lisanku.
Dahulunya aku suka dengar lagu rock, kini aku suka dengar lagu yang bernada perlahan..

Aku mula merasa perubahan ini dan adakah ini berkat pengambilan wudhuk secara harian??


2 minggu sudah tiba. Aku duduk di surau dan menunggu gadis itu.
Dan akhirnya aku mula melihat kelibatnya.
Dia agak terkejut melihat kelibat aku, mungkin kerana pemakaian aku yang jauh sekali lainnya.

"Waaa dah berpurdah, cantiknya"
"Eh, awak ni"
"Kita solat dulu, then kita sembang kemudian"

Sewaktu mengambil wudhuk, aku masih melihat kelibatnya..
Mulutnya masih terkumat kamit.
Aku turuti langkahnya.
Sesudah sahaja aku selesaikan tuntutan wajib, kami mula duduk bersemuka wajah.

"Jadi, saya nampak banyak jawapan dari diri awak"

Aku terdiam "betul juga apa awak katakan, erm awak ceritalah apa fadhilatnya"

"Eh bukan awak sudah tahu?"
"Tapi saya nak tahuu dari awak"

Gadis itu tersenyum dan melihat aku dengan senyumannya paling memukau.
"Wudhuk ni tujuannya bukan sahaja untuk diri. Tapi untuk menyucikan diri. Bila kita jadikan wudhuk itu menjadi amalan harian, bermakna kita ada berusaha untuk menjaga diri kita sentiasa suci. Manusia sering melakukan dosa. Sedar atau tidak, dosa itu tetap mengalir. Tandanya manusia itu tidak sempurna. 
Tahu apa Allah pernah berkata
"Barangsiapa mengambil wuduk dengan baik, dosa dosanya akan megalir keluar di celah2 kukunya"

Bukankah itu bonus untuk kita?? Wudhuk itu juga penyeri wajah. Malah akan ditambah cahaya di wajahnya. Wuduh juga akan mendidik kita untuk menjaga diri dan menjaga apa yang perlu dijaga. Misalnya setiap lisan dan melihat.
Jika benar kita orang yang solat, sudah pasti mulut dan mata akan terjaga. Sebab apa??
Sebab kita dapat keberkatan air wudhuk itu.
Wudhuk ni juga mendidik kita untuk belajar tunaikan solat sunat dalam harian. Bila perkara sunnah sudah diamalkan inn shaa Allah perkara solat tambahan mampu dibuat"

"Waaaa besarnya anugerah wudhuk "

"Yup, tapi ramai tak perasan. Wudhuk ni awet muda jugak tauuu"

"Patutlah awak selalu cantik" aku tertawa kecil mengusik gadis itu.

"Isshhh budak  ni"

Kami tertawa kecil..
Terima kasih Allah :')

[Dari FB Anta Sufi Anta Sufi]

Thursday, November 22, 2018

Bayan Syurga


Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

Kenikmatan syurga tak pernah didengar oleh mana-mana telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

"Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore tak boleh ukur keluasan syurga.

Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua lelaki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, tak payah cemburu sangat dengan orang kafir.

Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya. 

Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

"Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

Pintu neraka siap sedia terbuka tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'

Ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu istimewa, Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.

Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

Antara nikmat dalam syurga  dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan. 

Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"

"Tiada apa-apa ya Allah."

"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.

[Sumber: FB Anta Sufi Anta Sufi]

Jangan Hina Orang Tak Tutup Aurat



Jangan menghina orang yang tak sempurna dalam menutup aurat.Jangan terus-terus menghukum.

Sampaikan apa yang kau ketahui,dan 'kefahaman' itu hanya Allah selayaknya yang memberi.

Aku dulu pernah jahil dalam agama.
Aku rabun dalam memahami syariat.
Aku hanya tahu tapi tidak faham.

Dulu yang aku tau..perempuan kena tutup aurat.
Aurat tu just kepala..rambut..itu yang aku faham..
So bila keluar still pakai T-shirt tangan pendek..pakai jeans..BERTUDUNG.

Selapas aku faham..aku hanya faham tapi aku takut untuk 'buat'..
Takut mulut-mulut puaka mengata itu dan ini.
Namun aku cari dan terus gali..
Aku dapat kekuatan dan aku mula buat apa yang aku faham..tanpa peduli mulut-mulut yang bunyi.

Bila dah dapat sedikit 'hidayah' teruskan untuk tambah hidayah..dekatkan diri dengan majlis2 ilmu.
Satu yang kau akan dapat..kau akan ubah Cara berpakaian.
Yelah mana ada orang pergi majlis ilmu pakai terbuka sana sini..confirm 'termalu' untuk pakai macam tu..so lama-kelamaan kau sendiri akan terbiasa untuk berpakaian 'selesa' automatik ikut syariat..

Cari kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan diri dengan agama.

Point kat sini aku suruh cari kawan macam ni sebab hati kita ni berbolak balik,so kita memang kena ada dorongan positif dan aura-aura positif untuk berhijrah..

So guys..
Kadang dalam kita menasihati dan menegur kita nak orang terus terima dan berubah..
No no..tak tak..salah tu..

Nak tegur nak nasihat it's okay..tapi jangan PAKSA orang untuk faham..terima dan UBAH sekelip mata.
Stage by stage okay..

Dan untuk yang 'terdetik' nak berubah..lembutkanlah hati untuk menerima nasihat dan teguran dari kawan-kawan yang lain..

Biar sama-sama masuk syurga okay😉.

[Sumber: FB Nasihat Agama]

Suami Tak Bertanggungjawab - Perlukah Isteri Hormat


🌸 *PERLUKAH ISTERI HORMAT SUAMI YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!?*🌸
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[Ustaz Hj Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, Soal Jawab Agama, 2 November 2018 / 24 Safar 1440H @Radio PerakFM]


SOALAN: 
Perlukah hormat lagi kepada suami yang tidak pernah mengerjakan solat, suka marah-marah isteri, tidak beri nafkah.. hanya isteri yang bekerja, dia tidak buat apa-apa pekerjaan.. perlukah lagi isteri ini hormat kepada suami itu?*


✅ Kalau suami tidak menunaikan solat, itu antara dia dengan ☝🏻الله تعلى. WAJIB isteri untuk masih hormat kepada suami.. isteri tidak berdosa atas sebab suami x sembahyang, itu dia dengan الله تعلى. Kita sebagai isteri, barangkali masih boleh menasihat.. tapi tidak ada wewenang atau kuasa nak paksa suami. Jadi.. walaupun suami tidak solat, isteri WAJIB untuk melaksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri.


✅ Kalau sekiranya suami suka marah-marah isteri, KEWAJIPAN isteri adalah untuk *Bersabar*. 


✅ Kalau sekiranya suami itu tidak beri Nafkah kepada isteri, yang ini Hak Isteri.. itu hak dia. Dia(isteri) *Boleh Tuntut Hak Melalui Mahkamah_______🏛* , tapi dalam proses menuntut dan sebagainya.. dia masih WAJIB melaksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri. 


✅ Jadi, KEWAJIPAN ISTERI.. WAJIB hormat dan melaksanakan tangggungjawab sebagai seorang isteri, adapun suami yang berdosa itu hubungan dia dengan الله سبحانه وتعلى. KECUALI, suami dah mula pukul  dan sebagainya.. itupun isteri kena report polis dan boleh menuntut haknya dimahkamah.


✅ Dalam bab nafkah tadi, kalau sekiranya isteri menuntut hak nafkah di mahkamah dan dapat buktikan bahawa suami tidak menunaikan kawajipan dia.. maka mahkamah boleh buat decision(keputusan)👨🏻‍⚖ sama ada suami WAJIB bagi nafkah kepada isteri ataupun tindakan yang lebih daripada itu.. bergantung pada mahkamah.


✅ Jadi, KEWAJIPAN isteri.. kalau dosa itu dosa suami kepada Tuhan, WAJIB untuk isteri patuh.. sampai tahap kalau suami menghalang isteri sembahyang, suami menghalang isteri pakai tudung.. dan itu sudah, suami sudah mencampuri hak الله تعلى. Dalam hal ini, isteri *Boleh Untuk Membantah* suami dia.
وَاللَّهُ أَعلَم....


🔐 *Untuk lebih jelas, boleh lihat & dengar disini:*


*Setiap: Juma'at, Jam: 10.00 - 11.00 pagi, No Tel: 05-5458559 (Boleh hubungi no ini utk bertanya soalan). No Wssp: 018-578 7780 (Boleh wssp sini, utk tya soalan + Nama & dr mana). FB: Radio Malaysia PerakFM.*


🌀Silakan Share @ C&p..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن


    ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤