Friday, October 31, 2014
Demi Masa
Dunia ini umpama sebuah gedung beli-belah yang amat besar, disediakan oleh Allah untuk manusia membeli keperluan bagi dibawa pulang ke rumah akhirat. Setiap manusia dibekalkan dengan matawang berupa MASA yang terhad jumlahnya mengikut ketentuan Maha Pencipta. Yang bijak sentiasa beringat-ingat dan hanya membelanjakan wang MASA yang terhad itu semaksimum mungkin ke arah perkara-perkara penting lagi baik seperti yang diperintah oleh Allah dan diajarkan oleh Rasul-Nya. Ketika membelah-belah itu dia tidak pernah lupa memohon rahmat-Nya kerana dia sedar kebaikan yang dibelinya tidak mempunyai apa-apa nilai tanpa rahmat Yang Maha Agung. Yang boros pula berbelanja mengikut hawa nafsu ke arah perkara-perkara yang tiada nilai langsung malah buruk sekali. Tidak terfikir olehnya bahawa wang MASA itu akan habis jua suatu hari nanti. Baginya hidup hanya sekali dan mesti “enjoy” selalu. Taubat boleh ditangguhkan bila dia bersedia nanti.
Yang bijak pulang ke rumah akhirat dengan beg-beg yang sarat dengan pahala. Maka beruntunglah dia. Yang boros pulang dengan diri bersalut dosa. Maka rugilah dia.
Allah berfirman:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Surah Al Asr)--------------------------
Manfaatkan masa dengan qiamullail. Tip untuk mudah bangun awal:
• Tidur awal.
• Niat untuk bangun awal.
• Pastikan tidur dalam keadaan suci (berwuduk) dan membaca doa-doa yang disarankan oleh Nabi s.a.w. Antaranya membaca 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, An-Nas), lalu ditiupkan di tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan . Kemudian tidur dalam keadaan mengiring dan rusuk kanan ke bawah.
• Untuk lebih membantu, kunci jam loceng. Jangan letakkan jam berhampiran kerana dibimbangi tangan akan cepat menutup bunyi jam dan sambung tidur.
• Sebaik-baiknya tidur sebentar waktu tengah hari sebelum masuk zohor atau qailulah. In sya Allah kita akan lebih selesa untuk bangun awal.
--------------------------------------------------------
POSISI TIDUR RASULULLAH SAW
Abu Qatadah meriwayatkan: “ Jika Rasulullah saw hendak tidur pada waktu malam, Baginda akan baring menghadap ke kanan. Jika Baginda hendak tidur sebentar sebelum Subuh, Baginda akan menegakkan lengan dan meletakkan kepala di atas telapak tangan.” (Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim)
Wednesday, October 29, 2014
Positif vs Negatif
KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP:
1. Jangan benci sesiapa walaupun ada yang menyalahi hak.
2. Jangan sedih berlebih-lebihan walaupun masalah memuncak.
3. Hiduplah secara sederhana walaupun keadaan diri serba ada.
4. Buatlah kebaikan walaupun musibah bertimbun di hadapan.
5. Banyakkan memberi walaupun hidup susah.
6. Senyumlah walaupun hati sedang menangis.
7. Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin.
Sesuatu yang benar akan dihancurkan kerana perselisihan dan perpecahan di dalam tubuhnya,dan suatu yang jelas bathil (salah) akan menjadi kuat dan menang ketika teratur dan bersatu. Pertolongan Allah berada kepada jemaah (persatuan). Yang menyendiri akan menjadi makanan syaitan, seperti serigala menerkam kambing yang bersendirian.Sifat sombong dan merasa lebih kuat daripada orang lain merupakan punca kekalahan pada diri manusia. Nafsu sentiasa ingin menang sendirani,merasa lebih benar daripada orang lain. Inilah kejahatan yang telah disusun oleh syaitan dalam menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan.
Pencinta kecantikan, mudah kagum dengan segala yang cantik. Umpama lebah yang hinggap di bunga-bunga indah lalu mencipta madu yang bermanfaat. Pencinta Rasulullah s.a.w. sering mencontohi akhlak dan amalan baginda. Pencinta ilmu, mudah mesra dan kagum dengan ilmuan. Pendendam sentiasa melihat manusia dengan perasaan hasad dan mencontohi orang yang sealiran dengannya. Si Prejudis jiwanya penuh sangka buruk, mencaci maki sana-sini itu-ini. Jangan ikut rasmi lalat yang suka benda-benda busuk dan najis. Perangai bersalut "najis" membiakkan penyakit hati dan melumpuhkan alam. Wallahualam.
Thursday, October 23, 2014
Dari Mana Hendak Ke Mana
Sesungguhnya manusia diciptakan dari pensenyawaan telur ibu dan sperma bapa. Dari situlah kita datang. Hadirnya kita di dunia ini ialah untuk MENYEMBAH ALLAH. Hamba yang taqwa bangun tidur, mengucapkan syukur kepada Allah kerana menciptakan dia dan memberinya peluang untuk bernafas sehari lagi; juga bersyukur kerana ahli keluarganya dizinkan bernafas seperti dia. Penerima anugerah patut menyayangi diri sendiri dan tidak mensia-siakannya kerana inilah anugerah Allah yang terhebat. Manusia dicipta sebagai khalifah di muka bumi, dan sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga orang lain.
Manusia yang hanya mempunyai naluri kehaiwanan - makan, tidur dan kahwin, tiada hala tuju hidup. Rohnya dipegang oleh syaitan dan nafsu semata-mata. Manusia bergelar hamba Allah memerlukan lebih lagi iaitu makanan roh berupa ILMU. Kehadiran ilmu menyebabkan rohnya kini dipegang MALAIKAT. Sesungguhnya hati manusia memang medan pertempuran di antara nafsu syaitan dan malaikat.
Manusia dianugerahkan sepasang MATA FIZIKAL yang diguna untuk melihat alam dan kehidupan. Banyak perkara yang dilakukan semata-mata untuk memuaskan mata fizikal seperti mahu dilihat anggun dengan solekan dan pakaian indah, atau bergaya dengan rumah besar dan kereta mewah. Tindakan begini dipacu oleh MATA NAFSU yang suka membanding-bandingkan kedudukan diri dengan orang-orang di sekeliling. MATA AKAL memikirkan kejadian alam dan kehidupan makhluk yang ada di dalamnya. Semua persoalan Apa? Mengapa? Siapa? Di mana? Bagaimana? dijawab menurut logik dan ilmu yang ada pada diri masing-masing. Bagi seorang MUKMIN, yang penting ialah MATA HATI yang mampu melihat kekuasaan Allah dan semua kejadian yang menimpa segala makhluk-Nya sebagai pengajaran dari Yang Maha Agung.
Setiap anugerah dan musibah mempunyai makna tersendiri. Di mana mata fizikal dan mata akal sesetengah orang menganggap musibah sebagai kecelakaan, mata hati mukmin melihat kebaikan di sebaliknya. Baginya setiap interaksi yang diperolehi dari alam dan makhluk adalah “feedback” dari Allah, sama ada tindakan atau amalan yang dilakukan itu betul atau salah. “Markah” yang Allah beri hanya dapat dilihat di Akhirat.Seorang mukmin sentiasa melihat ke dalam diri dan bersikap proaktif memperbaiki sikap dan akhlaknya. Sebagai contoh, dia menganggap tempat kerja sebagai ladang pahala tempat menyemai benih kebaikan dengan penuh rasa ikhlas demi mencari rezeki yang halal bagi memenuhi keperluan hidup. Gaji yang “dituai” digunakan untuk nafkah diri dan keluarga. Tidak pernah curi tulang sebab perbuatan itu boleh menukar “tuaian” menjadi racun yang membawa keburukan di segi kesihatan, akhlak dan nasib bagi diri serta keluarga. Setiap tindak-tanduk yang dilakukan semata-mata kerana cintakan Allah dan Rasul, di samping berbuat baik dengan manusia lain.
Sentiasa berdialog dengan Allah, hatinya terfokus ke masa hadapan. Segala yang dimiliki di dunia digunakan untuk menempah kebahagiaan di akhirat. Tidak dibiarkan apa-apapun mengganggu keakrabannya dengan Yang Esa, tidak manusia mahupun gajet yang kini menjadi kegilaan orang seluruh dunia. Hidupnya bermula dari dalam diri ke luar. Akhlak dan tutur kata yang dibinanya merupakan dakwah kepada orang lain. Dia tidak terkesan dengan sikap negatif yang dilemparkan. Baginya Allah hanya mahu melihat AMAL yang dilakukan, bukan hasilnya. Jika ada yang menuruti, Alhamdulillah, jika tidak, diserahkannya bulat-bulat kepada Allah Maha Pemberi Hidayah. Sememangnya hati manusia berada dalam genggaman-Nya.
Setiap manusia pada setiap saat mempunyai pilihan: iman atau nafsu, dosa atau pahala, keredhaan atau kemurkaan Allah, taat atau maksiat. Apa sahaja aktiviti yang melalaikan dan tidak memberatkan timbangan di Mizan harus diketepikan. Orang yang sibuk mengejar akhirat, dunia akan mengejarnya pula. Hiduplah seperti yang Allah suka, bukan yang orang lain suka. Barangsiapa bekerja untuk dunia, dia akan ditipu oleh dunia. Oleh itu, sentiasalah mengaudit diri sendiri.
[Petikan siaran Tanyalah Ustazah oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad 22 Oktober 2014 TV9]
Wednesday, October 22, 2014
Drinking Water On Empty Stomach
It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.
METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water.
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute.
3.. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours.
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. This method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.
The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily..
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active. This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating. Cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks:
• Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
• Be aware of intense pain in the jaw line.
• You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
• Nausea and intense sweating are also common symptoms.
• 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
• Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...
Monday, October 20, 2014
Talbis Iblis
Syaitan mempunyai dua cara untuk memperdaya manusia:
1) Menghasut manusia supaya melakukan perkara-perkara berdosa seperti menipu, pecah amanah, rasuah, bersikap boros dan membazir, mengamalkan riba, menjadi “cyber warrior” yang mengutuk dan memfitnah pihak lain di alam maya dan sebagainya. Dosa-dosa ini dihias dengan begitu indah sehingga si pelaku menjadi terbiasa dan tidak lagi terasa bahawa ia adalah dosa.
2) Membiarkan manusia melakukan perkara-perkara berpahala seperti bersolek untuk suami, bersedekah, solat, bersilaturrahim dan sebagainya. Namun, secara licik syaitan menjadikan semua perbuatan berpahala itu menjadi dosa pula bila ia dilakukan tanpa diniatkan kerana Allah, sebaliknya kerana inginkan pujian, pangkat, harta dan sebagainya.
Imam Ibnu Jauzi memberikan satu analogi menarik. Katanya HATI adalah tempat segala-galanya yang menentukan sama ada seseorang hamba itu celik ataupun buta Allah. Kehidupan yang bahagia atau celaka bermula dari hati. Dalam hati itu ada TAMAN yang dipagari cermin. Pintu-pintu pagar cermin taman dikawal oleh para MALAIKAT.Lebih tinggi ilmu seseorang hamba, lebih ramai pula malaikat yang berkawal di pagar taman hatinya. Walaupun di pagar cermin itu kedapatan retak di sana-sini, tetapi tahap keselamatan taman masih dijaga oleh AKAL hamba Allah tersebut.
Di luar pagar cermin, ada pondok yang dihuni oleh NAFSU dan SYAITAN yang sentiasa menunggu peluang untuk menyelinap masuk ke dalam taman. Ketika akal manusia dalam keadaan ALPA, nafsu dan syaitan secara licik menyelimuti pintu pagar cermin dengan kabut tebal menyebabkan malaikat penjaga tidak dapat melihat bahawa manusia itu telah DITAWAN.
Ketika dalam tawanan syaitan, manusia mempertontonkan segala kebaikannya kepada umum, sama ada di alam nyata atau di alam maya. Dia berasa bangga bila disanjung dan dipuji. Hilang sudah rasa ikhlas kerana Allah.Syaitan membuka 99 kebaikan untuk manusia lakukan tetapi sasaran utamanya ialah satu kejahatan. Bilamana satu sahaja kebaikan itu runtuh, menerusi satu kejahatan itulah seluruh kebaikan menjadi binasa.Imam Ibnu Jauzi juga menceritakan tentang seorang salafussoleh yang diberi kemampuan oleh Allah untuk berkomunikasi dengan syaitan. Syaitan memberitahu salafussoleh itu bahawa: “ Mula-mula dulu aku yang mengajar manusia cara-cara menipu. Tetapi sekarang manusia pula yang mengajar aku cara untuk memperdaya. Kreativiti manusia sungguh hebat!”
Majlis-majlis ilmu juga sering menjadi tempat syaitan memesongkan hati. Ditimbulkannya rasa mengantuk, atau dipujuknya hadirin supaya berbual sehingga hilang tumpuan ke atas ilmu yang sedang diajar. Ustaz, ustazah dan ilmuan juga tidak terkecuali, malah lebih teruk lagi. Jika tidak berwaspada, akan muncul rasa bangga, sombong, takbur dan ujub, malah mengangggap diri lebih baik daripada orang lain semata-mata disebabkan ketinggian ilmu, padahal ilmu itu datangnya dari Allah.
Orang yang bijak dan cerdik dari perspektif Allah sentiasa bermuhasabah diri. Seboleh mungkin hawa nafsu dikekangnya. Dia cuba menghadirkan Allah di dalam hati dan tidak mahu dilalaikan dengan perkara-perkara duniawi. Pun begitu, sebagai manusia biasa masih juga ada jatuh bangunnya.Yang paling penting bila sedar diri telah tersasar, bangunlah dan segera mohon keampunan Allah. Kadang-kadang ketika sedang solat, tidak sedar air mata mengalir. Jika itu air mata taubat disebabkan pelanggaran perintah Allah, solat itu tidak batal, bahkan Allah menerimanya, asalkan tiada suara terkeluar yang boleh menyebabkan pembatalan solat. Pun begitu, keikhlasan taubat itu hilang bila ia diceritakan kepada orang lain sehingga timbul rasa riak pula. Ingatlah, riak itu muslihat syaitan. Seperkara lagi, air mata yang disebabkan oleh hal-hal duniawi seperti putus cinta, kecewa dengan ujian hidup, gagal ke IPT dan sebagainya tidak dikira air mata kerana Allah.
Untuk mengelakkan diri dari tipu daya syaitan, dekati Al-Quran setiap hari dengan membaca, memahami makna dan mengamalkannya, terutama Surah Al-Baqarah di mana terletaknya Ayatul Kursi, di samping mengamalkan doa-doa perlindungan tertentu. Jika hendak menasihati orang lain, doakan dahulu orang yang bermasalah itu. Kemudian baru tegur dia dengan penuh rasa yakin secara senyap-senyap. Jika bimbang dengan perkara-perkara yang boleh menyesatkan akidah, jauhkan diri dari orang yang mengaku”ustaz” apabila perkara yang disarankannya memang diketahui menyalahi perintah Allah.
[Petikan siaran “Talbis Iblis” oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman pada Sabtu 18/10/2014 & Ahad 19/10/2014, 6.30 petang RTM 1]
Sunday, October 19, 2014
Khasiat Acai Berry dan Minyak Bijan
Buah acai berry mengandungi flavanoid, antosianin dan antioksidan. Antioksidan berfungsi mencegah kerosakan sel tubuh akibat tindakan radikal bebas, di samping mampu melindungi sel daripada kanser. Flavanoid dan antosianin pula mempunyai fungsi tersendiri. Sebuah syarikat jualan langsung terkenal di Amerika Syarikat telah memasukkan pati acai berry dalam produk kosmetiknya kerana para saintisnya mendapati pati acai berry mampu memberi kesegaran dan keserian pada kulit.
Minyak bijan mampu melegakan dan melembutkan kulit,boleh dijadikan tonik berkhasiat juga sebagai ubat julap. Untuk rambut, ia mampu menghitamkan rambut, mengatasi masalah rambut kering dan masalah rambut beruban.Ia sesuai digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih-muih.Ramuan yang dihasilkan daripada daun dan akar pokoknya juga boleh dijadikan sebagai pencuci rambut.
[Zawidatul Asma Bt Zainuddin]
Petua Untuk Amalan
Semut benci timun, oleh itu letakkan kulit timun dekat lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.Untuk menghindarkan bau busuk sampah di dapur, letakkan sekeping roti ketika kita memasak.Untuk menghilangkan tanda dakwat pada baju, sapu ubat gigi di tempat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru dicuci.Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari jauh dari situ.
[ Sumber: Kakinovel]
Saturday, October 18, 2014
Solatlah Sebelum Disolatkan
MENURUT kajian rambang 50 peratus anak-anak yang tinggal dengan ibu bapa lebih mudah bangun awal dan bersolat. Apa sudah jadi pada 50 peratus lagi? Adakah mereka tidak bersolat disebabkan ibu bapa mereka sendiri mengabaikan perintah solat lima waktu itu? Menurut satu lagi kajian rambang yang lain, ramai pelajar universiti yang terlepas daripada pengawasan ibu bapa dan bebas membuat keputusan sendiri juga tidak bersolat. Terasa gerun sekali bila memikirkan keadaannya apabila anak-anak muda ini yang bakal berumahtangga dan bergelar ibu bapa pada suatu hari nanti juga akan mengabaikan solat. Ditambah pula dengan bilangan ibu bapa dan anak-anak mereka yang memang sudah tidak bersolat pada masa sekarang. Apa akan jadi pada umat Islam seluruhnya?
"Hai orang-orang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaga pula malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan`. – at Tahrim ayat 6. --------------Sabda Rasulullah s.a.w. Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun.
Sebenarnya solat penuh khusyuk dan merasai kehadiran Allah sedang memerhatikan setiap tindak-tanduk akan menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara buruk. Kita takut mendekati zina dan liwat, tidak sanggup mencuri dan merompak, bimbang memberi dan menerima rasuah, tidak sampai hati menganiaya manusia lain dan tidak bersedia memutuskan silaturrahim. Semua perbuatan buruk ini berpunca daripada berbagai bentuk nafsu. Jika solat dianggap rutin semata-mata maka ia tidak menghindarkan seseorang daripada melakukan perbuatan mungkar. Pernah diberitakan seorang guru agama ditangkap atas dakwaan mengedar ganja dan disahkan positif ganja menerusi ujian air kencing.
Seperkara lagi, apabila ibu bapa berhubungan dengan anak-anak yang berada di menara gading sama ada menerusi telefon, emel atau secara bersemuka, yang sering ditanya ialah “Bagaimana study?”, dan ini selalunya diakhiri dengan kata-kata “Belajar betul-betul, jangan main-main.” Realitinya ibu bapa lebih mengambil berat tentang keperluan kehidupan sementara daripada turut menuntut keperluan kehidupan abadi. Tidak ramai yang bertanya, “Dah solat?“ Pertanyaan ini memberi kesan besar pada kehidupan anak-anak. Sebaik-baiknya katakan pada dia “Belajar betul-betul, jangan lupa solat dan baca Quran. Sekurang-kurangnya semuka sehari. Baca terjemahan sekali. Nanti hati kita tenang. Mudah hendak belajar.“ Jika dilafazkan pada setiap kali berhubung secara bersungguh-sungguh dan dijadikan amalan perbualan, sesungguhnya ia mampu bertukar menjadi doa. Solat ialah tiang agama yang memisahkan di antara mereka yang menyembah-Nya dengan yang menganiaya diri sendiri dengan mencampakkan diri ke dalam Api Abadi. Cintai diri sendiri dan bersolatlah.
Allah S.W.T. berfirman: Dan ( ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia selain untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Az Dzariyat 56.
Wednesday, October 15, 2014
Gaza Tak Pernah Gentar
Rasa takjub pada diri sendiri menyebabkan manusia buta pada kebenaran. Sentiasa ada justifikasi yang datang dari dalam diri sendiri. Hanya kerana ego dan obsesi diri. Seharusnya kita sedar bahawa amar makruf nahi mungkar ada musuhnya.Dan zionis adalah yang utama. Ketakjuban ini membuatkan Zionis merasa diri mereka layak untuk menzalimi orang lain terutama umat Palestin.
Ketika membuat penggambaran untuk dokumentari MENTARI PALESTIN yang disiarkan di TV Al Hijrah, wartawan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim terkejut bila pada suatu masa kira-kira jam 2 pagi terdengar satu letupan kuat di tengah Gaza.Pagi esoknya mereka mendapati sebuah bengkel kereta ranap dan 2 orang warga Gaza cedera.Rupa-rupanya pada pagi itu Israel telah melepaskan roket di enam tempat berasingan.Bila diteliti nyata sekali roket itu buatan Amerika!!! Yang mengagumkan ialah kekentalan semangat warga Gaza yang meneruskan hidup seperti biasa.Malah pertandingan volleyball tetap juga berlangsung tidak jauh dari bengkel yang ranap itu. Kalau hal yang sama berlaku pada kita, agaknya bagaimana reaksi yang bakal terpamer? Jom lihat ke dalam diri.
Penjagaan Perabot
Untuk menjaga perabot daripada kulit, bersihkannya dengan memvakum sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika terkena kotoran, gunakan kain lembap dan lembut untuk mengesat permukaan itu. Bagaimana pun, jika perabot kulit di kediaman anda daripada jenis yang menyerap air elakkan membersihkan kotoran menggunakan kain lembap.Memadai dengan penggunaan kain kering bagi mengelakkan berlaku kerosakan perabot kulit berkenaan.Kain yang kering juga boleh digunakan untuk membersihkan kotoran daripada jenis lemak atau sisa makanan.Bagi mengelak perabot kulit terkena kesan calar atau benda tajam, elakkan memegang benda tajam ketika duduk di sofa atau kerusi santai. Bagi mereka yang membela haiwan seperti kucing, elak memilih perabot kulit. Mengenai perabot rotan pula, warna perabot itu lama-kelamaan akan pudar tetapi ia boleh diserikan semula dengan mencucinya menggunakan kain lembut dan air sabun. Ia juga elok jika dibilas dengan campuran air dan cuka.
Monday, October 13, 2014
Nikmat Allah Untuk Kebaikan
Allah menjadikan lidah untuk kita:
- berzikir dan berselawat
- membaca al-Quran
- membimbing manusia ke jalan kebenaran
- meluahkan kehendak dan hajat, sama ada bagi urusan dunia mahupun akhirat.
- memohon/mendoakan kebaikan untuk orang lain
- dan lain-lain perkara yang baik.
Allah melarang lidah digunakan untuk:
- berbohong
- mungkir janji
- suka membantah pendapat orang lain
- memuji diri sendiri
- melaknat
- mendoakan kecelakaan ke atas orang lain
- mengejek atau memperolok-olokkan orang lain.
- dan lain-lain perkara yang buruk.
(Bidayatul Hidayah; Imam Al-Ghazali)
Sunday, October 12, 2014
Perasaan Malaikat Pencabut Nyawa
MALAIKAT MAUT TERTAWA DAN MENANGIS KETIKA MENCABUT NYAWA...
ALLAH SWT bertanya kepada malaikat maut:
“Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam? ”
Maka Malaikat pun menjawab: “Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan segan.”
“Apa yang membuatmu tertawa?”
“Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut,
"Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun"
“Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah ku cabut nyawanya.”
Allah SWT. lalu bertanya: “Apa yang membuatmu menangis?”
Maka malaikat menjawab: “Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan.
Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di gurun tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu.”
“Lalu apa yang membuat mu terkejut dan segan? ”
Malaikat menjawab:
“ Aku terkejut dan segan ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau.
Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari bilik tidurnya, setiap kali Aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut, ”
Allah swt bertanya lagi: “Apakah kamu tahu siapa lelaki itu? “
"Tidak tahu, Ya Allah.”
“Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kau cabut nyawanya di gurun pasir gersang itu,
Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya. .."
Thursday, October 9, 2014
Stretching To Beat Back Pain
We always battle back pain at some point in our lives. Spending most of our day sitting, we’re at risk. One thing that can help: stretching. It lengthens and strengthens muscles, reducing pressure on [spine] disks and joints to ease and prevent pain. In fact, research has shown that back-pain patients who stretch as part of their treatment fare better than those who rely solely on anti-inflammatory medication. Doing these three stretches once a day to prevent or relieve discomfort. Hold each one for 10 seconds, then tense the muscles being stretched for 5 seconds before releasing into another 10-second stretch. (This technique of squeezing the muscles helps give you a deeper stretch.)
HIP OPENER----------Stretches the hip flexor muscles, which run from the lower back to the front of the thigh bone. Sit on the edge of a table, bench or bed. Lie down on your back and grasp your knees; your entire lower back should be in contact with the surface. Grab left knee with both hands and extend right leg so it hangs freely. Hold for 10 seconds, then tense the muscles being stretched. Repeat, then switch legs. Do two sets on each side.
SIDE STRETCH----------Targets a lower back muscle that runs from the top of your hip bone to the bottom rib. Lie on the floor on your right side, supporting yourself with your forearm. Bend your left leg and move it up toward your stomach as far as you can without moving your bottom leg. Plant your left foot on the floor. Slowly raise your upper body so that your right arm is straight. Stop when you feel a slight stretch in the right side of your waist. Do two sets on each side.
L-STAND----------Stretches a muscle under the glutes and hip joint. Stand facing a table or surface that’s about as high as the top of your thighs. Raise your right knee and lift your ankle so the entire outside of your leg is resting on the table. Your leg should form an L shape and be in line with your hip. Arch your lower back and lean your upper body forward. Do two sets with each leg.[Source:womansday.com /Photo Credit:lumoback-review.com ]
Tuesday, October 7, 2014
Kompas Dan Peta Panduan Kehidupan
MENJALANI KEHIDUPAN di dunia ini umpama merentasi Bukit Bukau, Gunung Ganang, Hutan Belantara dan Lautan Luas. TANPA KOMPAS Dan PETA, kita akan sesat .... Maksud Kompas di sini ialah PEGANGAN AGAMA - Tanpa AGAMA kita tidak kenal HALAL HARAM, SAH BATAL dan sebagainya. PETA Bermaksud ILMU - Ilmu Akhlak, Ilmu Berinteraksi Sesama Manusia, Ilmu Kemahiran Hidup dan sebagainya yang berkaitan dengan KEHIDUPAN ............. 'BUTA' agama tidak selamat di dunia, sementelahan lagi di Akhirat. Hidup menjadi SESAT - Malam macam siang dan siang menyerupai malam, Perintah Allah dan Larangan Allah dianggap KHUSUS untuk Pak Lebai, Ustazah dan orang-orang Agama sedangkan diri mengaku "Tiada Tuhan Melainkan Allah, Bersaksi Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah !", Tetapi kehidupan harian berpandukan LOGIK AKAL dan Fahaman Barat yang telah hancur. Al-Quran dan Al-Hadith dianggap khusus kegunaan para Ilmuan Agama ...... Saudaraku Muslimin dan Muslimah,marilah kita mengamalkan ISLAM sebagai JALAN HIDUP ..... Wallahu'alam.
[Megat Alisastro]
Sunday, October 5, 2014
Kematian - Guru Kehidupan
Kematian adalah penasihat dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia sendiri yang menentukan bagaimana akhir hidupnya iaitu menerusi cara dia menjalani kehidupannya di dunia. Pernahkah mendengar berita tentang penzina yang mati di katil hotel di atas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan penjudi mati di meja judinya… begitu juga ahli ibadah mati di atas sejadahnya…
Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa. Malam pertama DI ALAM KUBUR yang sepi lagi gelap yang tidak pernah terbayang. Telah hilang segala kegemilangan dunia… RUMAH yang dibangunkan dengan jerih payah bertahun-tahun…pengabdian ISTERI/SUAMI yang begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan. Kini hari itu telah pergi, masa telah tiada lagi, yang tersisa hanya dosa-dosa.
Teringat pada ISTERI/SUAMI yang dinafikan haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah HARAM… ORANG TUA, yang sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB yang meminta bantuan terapi kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN yang telah kita kecewakan.
Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…[Peringatan dari seorang sahabat]
Saturday, October 4, 2014
Kesihatan Kita Tanggungjawab Kita
Foto ini menunjukkan penyakit "chickenpox" pada tahap teruk. Darah sudah dicemari oleh kuman. Darah beku sudah kelihatan pada tubuh. Peristiwa malang ini telah menimpa seorang kanak-kanak perempuan. Dia telah dibawa berjumpa doktor sejak awal namun doktor itu mengatakan, "Normal la ni...tak ada apa pun, ambik ubat, balik rumah, makan, nanti OK lah". Keesokannya pun doktor mengatakan perkara yang sama."Chicken pox mestilah demam.Balik rumah, makan ubat ye...".
Tetapi, bila oksigen kanak-kanak itu turun di bawah 60, barulah doktor kata kes itu kritikal, dan mesti dirujuk kepada pakar di hospital kerajaan. MORAL CERITA: Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Jangan percaya bulat-bulat apa yang doktor cakap. Buat kajian sendiri. Cuba dapatkan pendapat doktor lain juga, terutama doktor di hospital. Al-Fatihah untuk si anak yang menjadi mangsa.
Penjagaan Bilik Air dan Tandas
Bilik air atau tandas adalah tempat yang harus dititikberatkan dari aspek kebersihan dan penjagaan. Ruang itu perlu dibersihkan sekerap mungkin terutama lantai bagi mengelak lantai licin disebabkan peng¬gunaan sabun, mandian atau syampu ketika membersih¬kan badan. Gunakan bahan pencuci yang dikhaskan untuk membersihkan lantai. Alternatif lain ialah meletakkan pelapik yang diperbuat daripada jenis plastik yang boleh mencengkam lantai, supaya permukaan lantai tidak licin dan lebih selamat terutama bagi bilik air yang digunakan warga emas. Bentangkan pelapik kaki daripada jenis kain di pintu masuk ruang itu sebagai pengelap tapak kaki, dan juga mengelak lebihan atau percikan air terkena bahagian luar. Dalam bilik air, gunakan selipar daripada jenis yang tidak licin. Nyamankan suasana ruang itu dengan haruman aromaterapi pilihan dalam mengilhamkan ruang bersih dan terjaga persekitarannya. [Harian Metro]
Thursday, October 2, 2014
Madu Kayu Manis Untuk Sakit Jantung
Syarikat pengeluar ubat-ubatan moden tidak suka perkara ini dihebohkan di kalangan masyarakat di mana fakta menunjukkan bahawa campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Para saintis telah mengetahui perkara ini sejak lama dahulu. Di antara kajian dari saintis barat ialah SAKIT JANTUNG: Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung.Apabila diamalkan setiap hari secara tetap, ia akan mengurangkan masalah kesukaran bernafas dan akan menguatkan jantung untuk mengepam darah.Di Amerika dan Kanada, jururawat menggunakan madu dan kayu manis untuk merawat pesakit jantung dengan jayanya. Campuran dua bahan ini didapati dapat mengembalikan kekenyalan salur darah dan memudahkan pengaliran darah di dalam arteri.
Golongan Selamat Di Hari Kiamat
Pada Hari Kiamat, antara golongan yang selamat dan mendapat syafaat eksklusif milik Allah ialah:
1)Orang yang mempunyai TAUHID yang benar. Dia mengenali Allah dan merasai kewujudan-Nya pada setiap masa, di mana-mana jua. Setiap hari dia menghubungi Allah menerusi talian 24434 (subuh, zohor, asar, maghrib, Isyak). Untuk merapatkan lagi hubungan, dicarinya Allah pada keheningan malam ketika orang lain sedang lena diulit mimpi. Ketika inilah dia menghubungi talian tambahan (solat tahajud, taubat,tasbih, hajat dan witir). Baginya, nama Allah bukan sekadar sebutan semata-mata, tetapi dihayati dengan penuh ketaatan…….
2)Pada Hari Kiamat, dengan izin Allah, AL-QURAN akan datang membawa syafaat kepada SAHABATNYA iaitu orang yang membaca, memahami dan mengamalkan perintah di dalamnya. …..
3)Pada Hari Kiamat, dengan izin Allah, PUASA akan datang kepada orang yang rajin berpuasa, sanggup menahan lapar dan dahaga serta nafsunya, sejak matahari terbit hingga matahari terbenam. ………….
(Petikan dari program Cinta Ilmu TV Al hijrah)
Subscribe to:
Posts (Atom)