Monday, March 7, 2011

Keistimewaan Pokok Memanjat


Pokok memanjat mampu berfungsi sebagai tanaman lanskap yang menarik. Daunnya yang menghijau boleh menutup pagar yang buruk dan jika ia jenis berbunga, dapat mengindahkan lagi suasana taman. Jika disediakan pancang, pokok ini mampu memanjat dengan sempurna dan memberikan teduhan yang baik.

Bagaimanapun, berhati-hati dalam memilih pokok memanjat untuk menghiasai taman kerana ada jenis yang cepat membesar dan mampu memenuhi kawasan dalam masa beberapa bulan sahaja. Sesetengah orang memang gemar melihat pertumbuhan pokok yang cepat tetapi jika tidak diselenggara dengan sempurna boleh mendatangkan masalah. Pokok yang terlebih besar juga boleh memusnahkan struktur tempat ia memanjat dan menghalang pertumbuhan pokok sekitarnya.

Perlu juga diingat bahawa setiap jenis pokok memerlukan sokongan yang berlainan. Oleh itu pastikan pokok yang dipilih mendapat bentuk sokongan bersesuaian.  Tanpa sokongan pokok ini akan terus menjalar tanpa haluan. Jangan biarkan ia memanjat pada pokok lain kerana lama kelamaan boleh menyebabkan pokok yang ditumpangi mati.
(Sumber: Anjung Seri)

No comments:

Post a Comment