serenemaklong.blogspot.com
Pada masa sekarang ramai orang yang belajar ilmu metafizik. Kini timbul dilema sama ada ilmu seperti ini dibolehkan dalam agama Islam. Di sini diperturunkan dua kisah bekas pengamal metafizik, seorang dari Malaysia menerusi buku Ruqyah Assyariah Islamic Exorcism Experience Stories dan seorang lagi dari Indonesia. Teruskan membaca:
Kisah Pertama
Awang Timur (mungkin nama samaran), adalah seorang bekas pengamal metafizik. Dia mengetahui ilmu ini secara kebetulan pada tahun 2000 ketika berada di Tingkatan Empat, menerusi sebuah buku yang dipinjamnya daripada Perpustakaan Negeri. Buku bertajuk “Metaphysics” itu sebenarnya merupakan buku terjemahan dalam Bahasa Indonesia dari sebuah buku berbahasa Inggeris hasil tulisan seorang penulis barat.
Dalam keadaan diri yang jahil ilmu agama, perkara psikik seperti ini menarik perhatiannya. Kebanyakan teknik metafizik yang dipaparkan dalam buku tersebut bersifat keupayaan kognitif seperti:
a) Aura dan Auric Vision.
b) Chakra (penerangannya setakat crown chakra sahaja)
c) ClaireVoyance, ClaireAudience dan bebeberapa jenis lagi.
d) O.B.E. (Out of Body Experience), juga dikenali sebagai astral project dan etheric project.
e) Mind Reading.
f) Teknik Melihat Masa Silam dan Masa Depan. g) Telemetry.h) Telepathy

Ketika berada di universiti, kajian mendalam ilmu psikik telah membawanya kepada ilmu Wicca (pagan witchcraft). Selain itu banyak lagi teknik metafizik pelik yang dipelajarinya, termasuk:
a) Pengetahuan lebih lanjut mengenai Chakra (salah satunya God’s Head Chakra).
b) Dan Tien, Tan Tien, Hara line Laser.
c) Kundalini, prana.
d) Psi-energy, ilmu pengolahan tenaga alam, juga ilmu psi-vamp.
e) Telekinesis.f) Pryrokinesis.
g) Hydrokinesish) Aerokinesis
i) Biokinesis
j) Invisiblityl) Levitation
Dia mampu menggerakkan objek tanpa menyentuh, dan membuat mantra sendiri untuk aplikasi psi-energy menggunakan kaedah programming. Disebabkan begitu taksub dengan ilmu kebatinan ini, dia telah menyertai berbagai komuniti ‘psionics’.

Ketika memasuki alam pekerjaan, Allah memberinya petunjuk bahawa ‘tenaga’ yang disedutnya selama ni merupakan jin-jin kecil. Dalam tubuhnya terdapat pelbagai jenis jin dalam bilangan yang banyak termasuk saka dan sihir. Khuatir akidahnya rosak, lantas dia pergi menjalani rawatan di sebuah Pusat Rawatan Islam. Akhirnya dia pula mempelajari ilmu perawatan Islam ini.
Pada 2007 dia berhenti mengamalkan metafizik songsang ini terutama ilmu psi-energy. Hanya yang tidak menyalahi agama Islam sahaja masih dikekalkan (iaitu tanpa penggunaan jin, mantra, sedut tenaga alam.)
Kisah Kedua:
Perdana Akhmad adalah seorang siswa semester akhir Universitas Islam Indonesia, Yogyakarta dalam jurusan Psikologi. Dilahirkan di Baturaja, Sumatra Selatan pada 12 Oktober 1980 dalam kalangan keluarga yang suka mengamalkan ilmu kebatinan dan sihir.
Ketika muda, ayahnya berguru dengan pengamal ilmu sihir, malah pernah membuat tapa pendam iaitu menanam diri sendiri dalam tanah di daerah Banten semata-mata untuk memenuhi syarat memperoleh ilmu tertentu. Adik beradik ayahnya juga turut belajar dan mengamalkan ilmu tenaga dalaman. Kerana itu Perdana Akhmad ingin mencontohi mereka.
Ketika belajar SMP di Manna Bengkulu Selatan, dia belajar mengolah pernafasan Budi Suci. Semasa di SMA pula dia belajar tenaga dalaman dengan pertubuhan Marga Luyu yang mengajar pengikutnya menyedut makhluk halus masuk ke dalam tubuh sendiri atau tubuh orang lain dan boleh mengajukan berbagai soalan kepada makhluk tersebut.
Ketika belajar di Universitas Islam Indonesia, Yogyakarta dia tidak lagi belajar ilmu tenaga dalaman namun masih berlatih mengolah pernafasan. Di sini dia mula mengenali Reiki menerusi sebuah buku. Dia ingin tahu lebih lanjut mengenai ilmu penyembuhan Reiki yang menggunakan tenaga alam semesta dan peningkatan kerohanian.
Selepas mempelajari Reiki Tummo, dia dapat merasakan sensasi pada tangannya sebagai tanda tenaga telah mengalir ke dalam tubuh. Perdana Akhmad juga sering bermeditasi Reiki dan mendapati bahawa aspek kerohanian ilmu itu banyak dipengaruhi oleh ajaran Budha dan Hindu. Bagaimanapun dia tetap mempelajarinya dengan alasan Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh umatnya mencari ilmu hingga ke negeri China.
Perdana Akhmad kemudiannya menyertai Laskar Jihad yang ditubuhkan selepas pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Maluku dan Poso. Ketika bersama Laskar Jihad, dia tidak mengamalkan apa-apa ilmu tenaga dalaman dan Reiki kerana ahli pertubuhan itu dilarang melakukan syirik, khurafat dan bid’ah dalam semua ibadah dan jihad.

Pertengahan 2000 dia pergi ke Ambon untuk berjihad. Di sana dia melindungi diri hanya dengan amalan zikir tanpa ilmu Reiki atau tenaga dalaman. Selepas peristiwa berdarah di Kebon Cengkeh pada 14 Jun 2001, dia pulang menyambung kuliah di Yogyakarta.
Perdana Akhmad kembali memperdalami berbagai aliran ilmu Reiki menerusi internet, yayasan Reiki di Jakarta dan juga di Yogyakarta. Malah dia pernah mengikuti seorang sahabat bukan Islam melakukan kungkum (berendam dalam air dan membaca ayat tertentu) di Sendang Kasihan, Yogyakarta. Sedikit demi sedikit dia terpengaruh dengan ajaran reincarnation dan kekuatan ghaib. Akhirnya dia memperolehi Master Trainer selepas berjaya menguasai lebih 30 aliran.
Yang peliknya, walaupun sering bermeditasi dan berlatih Reiki, dia sering menderita berbagai jenis penyakit ringan seperti pening kepala, sesak dada, rasa sakit atau panas pada bahagian tubuh tertentu secara terus menerus. Namun pengamal Reiki yang lain mengatakan ia adalah proses “pembersihan” tenaga kundalini.
Lama kelamaan dia malas beribadah dan kurang membaca Al-Qur’an. Malah dia lebih suka bermeditasi (seolah-olah menggantikan solat) yang dianggapnya lebih menenangkan dan mengasyikkan kerana dapat merasakan sensasi tertentu yang hebat seperti merasakan dia boleh terbang dan juga merasa kekuatan tertentu masuk dalam tubuhnya.
Pada 10 Februari 2003, Perdana Akhmad pergi menemui Pak Gatot Margono, seorang guru besar perguruan tenaga dalaman Chakra Buana di Magetan Yogyakarta. Di sana dia diberi penjelasan mengenai Ilmu meraga sukma,Trawangan, penyempurnaan Ajian Rajah Kala Chakra yang telah diketahuinya dahulu, ilmu panglimunan, kekebalan,silat ghaib, sampai ke tahap mampu membaca isi hati orang lain dan mengetahui sesuatu barang dengan mata yang tertutup.
Pak Gatot melakukan itu semua dengan membuka tubuh Perdana Akhmad melalui lakaran huruf-huruf Arab menggunakan jari-jari tangannya. Dia menempatkan di tubuh Perdana Akhmad suatu jenis malaikat yang membolehkan Perdana Akhmad menghimpun tenaga tingkat tertinggi dalam karomah melalui bacaan tertentu pada posisi Namaskar (tangan ditelungkupkan di hadapan dada). Saat itu juga Perdana Akhmad merasakan tangan yang ditelungkupkan itu bergetar dengan kuat, tanda tenaga itu sudah masuk.
Namun begitu Perdana Akhmad berasa agak pelik kerana walaupun Pak Gatot mengaku beragama Islam, dia tidak melaksanakan syariat Islam seperti solat, puasa dan sebagainya kerana katanya dia sudah sampai ke tingkat makrifat (seperti aliran Sufi atau ajaran Syekh Siti Jenar). Diterangkannya juga tentang ajaran kejawen mengenai saudara kembar Roh Pembimbing, Kesedaran Jiwa dan Sukma Sejati.
Pak Gatot mengatakan Sunan Kalijaga adalah Guru Kerohanian dia. Menurutnya Perdana Akhmad sudah bersedia untuk menerima ilmu tingkat tinggi. Waktu itu Perdana Akhmad merasa dirinya sudah menjadi orang hebat. Sehari semalam di tempat Pak Gatot, Perdana Akhmad mengambil keputusan untuk pulang ke Yogyakarta pada keesokannya.

Sebelum itu dia singgah di tempat bapa saudaranya di Solo dan tinggal di sana selama tiga hari. Sebuah bilik di tingkat dua rumah tersebut agak sunyi, lalu di situlah Perdana Akhmad bermeditasi pada malam pertama. Ketika meditasi, tangannya bergetar sendiri lalu membuat gerakan tertentu seperti gerakan Yoga, dan membentuk jurus tenaga dalaman. Malah tubuhnya mampu bersilat sendiri tanpa sebarang usaha di pihak Perdana Akhmad.
Meditasi pada hari kedua, ketika dia sedang menghimpun kekuatan dalam posisi Namaskar tiba-tiba hatinya tergerak untuk menulis. Selepas menyediakan pen dan kertas, tangannya bergerak sendiri dan memperkenalkan dirinya sebagai Sukma Sejati. Perkenalan ini kemudiannya disusuli satu persatu oleh pihak lain iaitu Kesedaran Jiwa, Kesedaran Hati dan Roh Pembimbing. Yang peliknya, dialog mereka hanya dengan cara menulis. Kata mereka ini cara pertama untuk berkenalan dengan Perdana Akhmad sebagai satu tubuh dan di tubuh Perdana Akhmad terdapat banyak Kesedaran.

Mereka sudah letih mendampingi Perdana Akhmad hidup di dunia. Mendengarkan keinginan kawan-kawan tersebut, dan sesuai dengan ilmu Reiki yang dipelajari, Perdana Akhmad lalu membuat suatu simbol Reiki di dadanya dan bahagian tubuh yang lain serta mempersilakan mereka mengambil kekuatannya. Perdana Akhmad turut mempamerkan kemampuannya meletakkan warna-warna pada kertas yang diinginkan oleh kawannya itu dengan mata tertutup.
Sekembalinya ke Yogyakarta, Perdana Akhmad pergi ke kafe siber untuk melihat emel kiriman kawan-kawan daripada kumpulan Reiki. Ketika sedang mengetuk papan kekunci, tiba-tiba dia mendengar dengan jelas suara ghaib kawan-kawannya seperti Sukma Sejati, Kesedaran Jiwa bahkan ada yang memperkenalkan diri sebagai Dewa-Dewa yang bercakap secara langsung dalam hati Perdana Akhmad.
Ketika duduk di kafe siber itu, keadaan Perdana Akhmad seperti dalam keadaan trance namun masih terkawal. Dengan mata batinnya dia melihat ramai makhluk mendatanginya dalam keadaan berbagai rupa sambil mengatakan mereka ingin menolong Perdana Akhmad menuju kesempurnaan. Kerana tidak tahan lagi berhadapan dengan makhluk ghaib dan mengetahui bahawa imannya semakin menipis, Perdana Akhmad lalu membaca Ayat Kursi berulangkali sehingga dia kembali sedar dan dapat pulang ke bilik dormitori dengan selamat.

Namun fikiran dan hati masih belum dimiliki sepenuhnya. Di bilik dormitori itu dia kembali tidak sedarkan diri dan lupa membaca Ayat kursi. Dia asyik berkurung dan bermeditasi dengan berbagai makhluk dan mengalami sensasi pelik. Waktu itu dia merasai kesedaran ghaib sedang menakluki satu persatu kesedaran dirinya dan terus menuju ke tingkat kesedaran lebih halus pada setiap lapisan diri. Sensasinya seolah-olah tahu tentang dunia dan hakikat keghaiban, dia bagaikan orang asing di dunia ini. Selama tiga hari Perdana Akhmad mengurung diri di dalam bilik. Ketika lapar dia hanya makan sedikit sahaja.
Kawan-kawan sebilik merasa pelik melihat sikapnya dan mengatakan dia diberatkan oleh ilmu yang dituntutnya. Mereka memaksa dia menemui seorang ustaz bernama Mas Untung.
Kawan-kawan sebilik merasa pelik melihat sikapnya dan mengatakan dia diberatkan oleh ilmu yang dituntutnya. Mereka memaksa dia menemui seorang ustaz bernama Mas Untung.
Mas Untung merawat Perdana Akhmad dengan Ruqyah dan ayat-ayat Al-Qur’an. Ketika itu tubuhnya bergetar bagaikan terkena arus elektrik. Dia mendengar banyak suara dalam tubuhnya menjerit kepanasan. Melalui Perdana Akhmad yang tidak sedarkan diri, makhluk-makhluk tersebut berdialog dengan Mas Untung. Selepas sejam diruqyah barulah dia sedar kembali.
Mas Untung mengatakan tubuh Perdana Akhmad dipenuhi jin dan syaitan. Dalam proses ruqyah, raut mukanya menjadi hitam. Dia dinasihatkan supaya kembali mengamalkan ajaran Islam. Waktu pulang ke bilik dormitori, dia seolah-olah kurang percaya dengan apa yang dialaminya.
Semasa di bilik, dia merasa sesak dada, lantas kawan-kawan cuba membacakan ayat-ayat Al-Qur’an dan membawa Mas Untung ke bilik itu. Selama lebih sejam Mas Untung meruqyahnya namun tidak berdaya melawan makhluk halus yang terlalu banyak. Dia meminta bantuan rakan perawatnya, Mas Faturakhman. Maka terjadilah "pertempuran" di antara Mas Untung dan Mas Faturakhman dengan 40,000 makhluk halus yang berada dalam tubuh Perdana Akhmad. Di luar tubuhnya masih ada ribuan lagi jin dan syaitan yang menunggu untuk masuk.
Jin dan syaitan itu dihantar oleh Pak Gatot untuk membantu menentang Mas Untung dan Mas Faturakhman. Mereka marahkan Mas Untung dan Mas Faturakhman yang menyebabkan Perdana Akhmad kembali ke agama Islam padahal mereka ingin "membantu" dia mencapai kerohanian sempurna. Mereka mendedahkan hal-hal peribadi Mas Untung dan Mas Faturakhman, juga rahsia ayah dan keluarga Perdana Akhmad yang ketika itu berada di Lampung.
Mas Untung dan Mas Faturakhman menekan bahagian tertentu tubuh dan mengurut kepalanya untuk mengeluarkan dan membunuh makhluk yang sedang menjerit-jerit kerana takut mati. Perdana Akhmad boleh merasa satu-persatu jin dan syaitan itu mati ketika nafasnya rasa putus dan tubuhnya tertekan ke bumi.
Dalam pada itu ada jin yang sempat mengancam hendak membunuh Perdana Akhmad jika kedua-dua perawat itu tidak dihalau dan memaksanya kembali mengikuti ajaran mereka. Namun secara batin, Perdana Akhmad mengiktikadkan dia hanya berserah kepada Allah SWT dan mohon ampun di atas segala dosa yang telah dibuatnya.
Menerusi proses Ruqyah itu akhirnya diketahui bahawa selain jin Pak Gatot, berbagai makhluk lain turut masuk ketika Perdana Akhmad membuat attunement Reiki. Dia tidak sedar kehadiran mereka yang mempunyai misi utama untuk menjebak manusia menjadi sesat dengan tipu daya.
Namun Alhamdulillah, dalam prosesi Ruqyah itu seorang jin bernama Ronggowarsito kemudiannya mengucap dua kalimah syahadah selepas keluar dari tubuh Perdana Akhmad dengan diikuti ribuan anak buahnya setelah menerima dakwah Mas Faturakhman.
Akibat keletihan, Mas Untung menyuruh Perdana Akhmad sendiri mengalahkan saki baki jin dengan Fadhilat Al-Qur'an yang diajarkannya. Kerana keadaannya yang belum betul-betul pulih anak muda itu pulang ke rumah ibubapanya di Lampung. Di dalam perjalanan makhluk halus kembali memujuknya. Perdana Akhmad mempertahankan diri dengan membaca Ayat-ayat Al-Qur’an dan mereka menjerit kepanasan.

Ketika di Lampung, dia diruqyah oleh Ustaz Ari Wibowo (sahabat Ustaz Fadlan) di Pondok Pesantren Darul Fatah dan juga Ustaz Darsono di sebuah tempat lain. Ternyata masih banyak jin dalam tubuhnya dan ada sihir yang terus menyerang dia.
Perdana Akhmad dikatakan bodoh tidak tahu apa-apa. Mereka sudah berpengalaman selama ribuan tahun demi misi untuk mempengaruhi orang-orang seperti dia yang sukakan tenaga dalaman. Mereka mengejek dengan mengatakan Energi Ilahi tidak mampu mempengaruhi mereka malah sangat lazat untuk “dimakan” dan Reiki itu adalah milik mereka.
Pada masa rawatan ini Perdana Akhmad juga berkelahi dengan makhluk halus yang masih tersisa di dalam tubuhnya. Dalam pertemuan itu dia melihat dua jin lelaki cuba memukulnya namun Perdana Akhmad tidak merasa sakit. Ketika satu jin cuba menebas tubuh Perdana Akhmad dengan pedang, kawan jin itu sendiri yang terkena.

Dalam pertemuan kedua mereka datang dengan rupa dan cara ketawa yang sangat menggerunkan tetapi mereka tidak berani mendekati Perdana Akhmad.
Pada pertemuan ketiga Perdana Akhmad melihat jin berbentuk seperti manusia tetapi tubuhnya besar dan sangat tinggi. Yang seorang lagi berbentuk kera dengan tubuh sangat hitam dan pendek kira-kira 50 cm sahaja. Mereka menyerang Perdana Akhmad bertubi-tubi namun jin bertubuh pendek dapat ditangkap dan tubuhnya ditekan kuat sambil Perdana Akhmad membacakan Ayat Kursi sehingga ia terbakar. Lantas jin yang bertubuh manusia itu tidak berani mendekati.
Setelah mendapat rawatan Ruqyah dengan Ustaz Ari Wibowo dan Ustaz Darsono dan melakukan zikir serta doa perlindungan diri, juga membeli mendengar kaset Ruqyah yang dibacakan Ustaz Fadlan, Perdana Akhmad merasa semakin baik. Jin yang masih ada dalam tubuhnya juga tidak dapat lagi membuat sensasi yang pelik.
Pada minggu pertama bulan Mac 2003, Perdana Akhmad menelefon Ustaz Fadlan untuk membuat perjumpaan konsultasi dengan dia. Yang peliknya sebaik sahaja Ustaz Fadlan menjawab panggilan itu, tiba-tiba Perdana Akhmad langsung tidak dapat mengawal diri dan jin dalam tubuhnya menjerit-jerit tidak sudi bertemu Ustaz Fadlan. Memandangkan jin itu bercakap secara lisan melalui mulut Perdana Akhmad, Ustaz Fadlan langsung meruqyah secara jarak jauh melalui telefon. Jin itu menjerit kepanasan. Dalam Terapi Ruqyah melalui telefon bimbit itu, Alhamdulillah Perdana Akhmad dapat mengawal tangannya untuk tetap memegang telefon. Setelah Perdana Akhmad sedar semula Ustaz Fadlan menyarankan mereka bertemu lagi sama ada di Jakarta atau Yogyakarta.
Pada hari Jumaat minggu ketiga bulan April 2003 dengan ditemani seorang kawan, dia pergi ke tempat terapi Ruqyah Ustaz Fadlan. Setelah turun dari motosikal terdengar suara Ustaz Fadlan sedang melakukan Terapi Ruqyah. Ketika itu dada Perdana Akhmad terasa sesak langsung jatuh terduduk di tanah. Dia memuntahkan wap yang begitu banyak dari mulutnya.
Ketika dibawa ke ruang Ruqyah, jin yang menguasai tubuh Perdana Akhmad menangis dan meraung kepanasan. Ustaz Fadlan membaca ayat-ayat Ruqyah sambil memukul dan menekan beberapa bahagian tubuh Perdana Akhmad. Lalu terjadi satu dialog dengan Ustaz Fadlan di mana jin itu mengaku dirinya dari golongan Ifrit.
Dia mengaku mempunyai ribuan anak buah di mana sebahagian besar telah keluar dari tubuh Perdana Akhmad. Gara-gara Ustaz Fadlan banyak anak buahnya tewas terbakar. Jin itu mengaku bahwa Reiki adalah kekuatan diri jin. Melalui berbagai jenis aliran Reiki yang Perdana Akhmad kuasai, banyak jenis jin yang berjaya masuk ke tubuhnya. Jin lain turut membantu ketika latihan tenaga dalaman. (Dialog itu telah dirakam oleh pembantu Ustaz Fadlan).
Ustaz Fadlan mengajak jin-jin itu bertaubat dan masuk agama Islam, tetapi mereka enggan malah ada satu jin yang takut dibunuh oleh Pak Gatot Margono jika dia keluar. Keengganan mereka menyebabkan Ustaz Fadlan terus memukul lagi. Akhirnya banyak yang menyerah kalah, lalu Ustaz Fadlan memberi Perdana Akhmad minum air sirih yang bertapis dan dicampur garam untuk menyedarkannya semula. Selepas sedar Ustaz Fadlan lalu memberi dia amalan doa perlindungan daripada gangguan jin yang mesti diamalkan. Ustaz Fadlan meminta dia datang lagi kerana masih ada sisa jin dalam tubuhnya.
Pada Jumaat berikutnya Perdana Akhmad ke tempat Ruqyah. Walaupun jin itu sudah lemah namun dia masih boleh membuat getaran pada tangan dan mengeluarkan air mata. Alhamdulilllah, setelah berusaha keras akhirnya proses Ruqyah itu selesai dan Perdana Akhmad dapat melaksanakan ibadah dan aktiviti harian dengan baik.

Di bawah ini adalah pantang larang metafizik dari sudut akidah Islam:
Auric Vision iaitu latihan kepekaan melihat aura boleh dipelajari dan diguna.
Alam memang mempunyai 7 lapisan tetapi istilah yang diguna dalam ilmu metafizik adalah tidak benar.
Titik cakra memang wujud, tetapi bukan untuk memanupulasi tenaga, cuma untuk kesihatan saja. Cara pengaktifan bukan dengan teknik pembayangan (yang kena pusar dan cahaya). Cukup sekadar menyentuh titik-titik cakra dengan hujung jari selama 2 hingga 3 saat.
Tidak boleh membaca mantra, sekalipun OMMM kerana dikhuatiri itu nama Jin.
Kaedah OBE, juga dikenali sebagai Meraga Sukma yang tidak ada mantra boleh diguna tetapi ada risikonya. Tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa panduan daripada orang yang arif.
Kaedah menyedut atau menarik "tenaga alam" tidak boleh sama sekali kerana bukan sahaja tenaga baik yang disedut, tenaga jahat juga turut termasuk ke dalam tubuh.
Kepekaan kognitif boleh dilatih tanpa menyedut "tenaga alam", asalkan faham mengenai mekanisme alam batin.
Mahu mengakses Akashic Records memang tidak boleh kerana Luh Mahfuz itu milik Allah dan hanya boleh dilakukan dengan keizinan-Nya.
Prakognitif yang juga dikenali sebagai melihat masa depan, mempunyai keadaan yang sama dengan Akashic Records. Ia tidak boleh diguna.
Pascakognitif iaitu melihat masa silam pula perlu dilihat akan kaedahnya. Kadang-kadang makhluk alam ini merakam apa sahaja yang dilihatnya dan memutar balik (playback) memori atau gambaran "semulajadi" ciptaan Allah yang sedia ada di alam maya ini.
Telekinesis tidak dibenarkan.
Mind reading atau membaca minda memang tidak boleh.
Telepati memerlukan latihan. Oleh sebab itu ia mungkin boleh dan mungkin juga tidak.
Memprogram 'tenaga alam' memang sah tidak boleh kerana kita seolah-olah memberi arahan kepada makhluk halus itu.
Pengamalan Aura adalah dibenarkan.
Ilmu Levitation tidak boleh diguna.
Ilmu Invisibility atau Ilmu Ghaib Pandang adalah tidak boleh kerana photonic cloud tu sebenarnya adalah jin.
Hara line, Dan Tien, Tan Tien yang diguna dalam Tai Chi tidak boleh tweak sembarangan. Bahaya padahnya.
Tachyon, Merkaba, Kundalini, Prana, Fifth Energy, Qi, dll nama berlainan sebenarnya adalah perkara yang sama. Jawabnya tidak boleh.
Remote Viewing juga dikenali sebagai clairevoyance yang menggunakan kaedah imbasan mesti dilihat pada kaedahnya. Kalau menggunakan tenaga alam itu memang tidak boleh.
Pendek kata, sesiapa yang ada jin dalam badan, tenaga psikiknya meningkat, bergantung pada bilangan jin yang ada di badannya. Tapi tidak semua orang yang ada 'psikik' itu dalam badannya ada jin. Dia mesti diperiksa dengan ruqyah yang dibaca oleh ORANG LAIN selain dari sendiri.
Mereka yang mempelajari ilmu metafizik terutama dalam bab menyedut/mengisi/membayangkan kemasukan ‘tenaga alam’ ini hanya menerima bulat-bulat apa yang mereka belajar tanpa mempersoalkan:
‘BETULKAH MANUSIA MAMPU MENYEDUT TENAGA ALAM?’
‘BETULKAH TENAGA YANG DISEDUT ITU BENAR-BENAR TENAGA ALAM, BUKAN YANG LAIN?’
‘DARI MANA PRINSIP DAN IDEOLOGI INI BERASAL?’
‘BETULKAH TENAGA YANG DISEDUT ITU BENAR-BENAR TENAGA ALAM, BUKAN YANG LAIN?’
‘DARI MANA PRINSIP DAN IDEOLOGI INI BERASAL?’
Bukalah minda, buang persepsi dan tanya soalan-soalan di atas pada diri sendiri.
Ingatlah satu-satunya ilmu yang terpelihara dan dijamin sendiri oleh Allah
adalah Al-Qur’an.
biokinesis apakah dibenarkan dalam islam?
ReplyDeletewih keren ya itu yg sampe bljr wiccan, jadi iri aku
ReplyDeleteSalam. terima kasih atas kesudian untuk menerima komen saya bertapak di blog yang cantik ini. Sudi-sudilah jemput ke blog saya pula yaa!
ReplyDeleteKlik Sini = https://admin-whatsapp.blogspot.my/